Archive Page 2

ISTIHADAH : Permainan Syaitan si Pendamping Wanita


Segala
puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.
serta ahli keluarga baginda dan para
sahabat.

 

 

 

Setelah
beberapa beberapa ketika saya bertangguh untuk memberi penjelasan
tentang perkara ini, dan atas keseganan sendiri untuk melakukan post
ini, akhirnya, insyaALLAH kali ini saya berusaha mengupas isu istihadah
ini sedikit berbeza dari biasa. Atas permintaan beberapa sahabiah, dan
adik usrah, saya harap pembaca lain akan sedikit terbuka walau isu ini
lebih kepada uru
san wanita.


 

 

 

Selalu saya di tanya oleh sahabiah yang mengalami masalah kitaran haid tentang waktu sebenar kitaran
haid dan cara mengenali dan membezakan antara haidh, nifas dan darah
istihadah, cara pengurusan dan amalan yang boleh dan tidak ketika dalam
setiap keadaan. Ketiga-tiga perkara di atas merupakan antara perkara
terpenting yang amat-amat perlu difahami teori dan praktikalnya bagi
setiap insan bergelar wanita. Ia amat perlu supaya ia memudahkan urusan
ibadah kita dan amat penting juga dalam uru
san
berumahtangga. Berkenaan dalam ikatan suami isteri, boleh saya katakan,
isu-isu ini turut penting bagi golongan muslimin dalam mengetahui dan
memahami ko
ndisi isteri terutamanya supaya kelak tiada kecelaruan berlaku.

 

 

 

Namun, entri kali ini, saya tidak bercadang untuk mengupas satu persatu teori dan pengurusan diri atas
ketiga-tiga perkara tersebut kerana terlalu banyak rujukan yang mudah
di dapati dan jauh lebih baik dari kefahaman saya sendiri, malah ia
juga merupakan rujukan saya. InsyaALLAH kali ini, saya ingin
memfokuskan kepada perspektif lain tentang istihadah, tentang wujudnya
istihadah yang lebih dari kerana ianya darah kotor yang disebabkan oleh
penyakit dan sebagainya.

 

Overview darah Istihadah


 

 

 

Atas kesedaran dan kefahaman seorang muslimah, istihadah lebih mudah di fahami sebagai darah wanita yang mengalir luar dari masa kitaran haid.
Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang
wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap
seperti sehari-dua dalam sebulan. Ia boleh di kesan dengan mengenal
pasti waktu keluarnya darah yang berbeza dan ‘terlebih’ dari biasa
(mengikut kitaran haid normal bagi individu), dan melalui warna darah.

 

 

 

Terdapat beberapa dalil atas kes istihadah. Dalil bagi kes pertama, yakni darah keluar tanpa terputus-putus ialah sebagaimana aduan Fathimah binti Abi Hubaisy radhiallahu ‘anha kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana di dalam Shahih al-Bukhari:


 

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak suci” manakala dalam satu riwayat yang lain: “Aku didatangi istihadah maka aku tidak suci.”


 

 

 

Dalil bagi kes kedua, yakni darah keluar dengan terputus sekejap ialah kisah Himnah binti Jahsy radhiallahu ‘anha yang datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu berkata:


“Ya Rasulullah, sesungguhnya aku didatangi darah istihadah yang banyak.” [Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud dan Sunan al- Tirmizi dan beliau (al-Tirmizi) mensahihkannya.]

 

 

 

Kesedaran
atas berlakunya istihadah perlulah hadir dari kefahaman tentang
perbezaan waktu suci sepatutnya dan waktu kotor sepatutnya (kitaran
haid). Jadi terlalu penting bagi seorang muslimah untuk mencatitkan
waktu kedatangan haid untuk memudahkan urusan ibadah kita terutamanya.
Banyak perbincangan dan buku yang boleh di rujuk untuk perkara ini.

 

 

 

 

 

Istihadah :: permainan syaitan?

 


Di
luar sedarnya kita, wahai kaum muslimah, saya ingin tegaskan di dalam
entri kali ini bahawa masalah istihadah merupakan salah satu bentuk
gangguan syaitan ke atas wanita. Hal ini ada di bincangkan di dalam
kuliah tafsir al-a’raf oleh Ustaz Zahazan di radio Ikim.fm, dan
beberapa kuliah fiqh muslimat di uia, serta terdapat beberapa buku yang
turut membincangkannya seperti fiqh wanita, petunjuk quran dan sunnah
berkenaan haid, istihadah dan nifas (terbitan alfirdaus.com), dan
beberapa kitab lain.

 

 

 

Tentu, terlalu normal orang mengatakan bahawa darah istihadah merupakan darah kotor seseorang
yang mungkin di sebabkan oleh beberapa faktor seperti penyakit,
pengambilan makanan, stress dan sebagainya. Dan ini sememangnya
terdapat hadith sahih tentangnya. Namun, saya tertarik untuk
membincangkan satu hadith;

 

 

 

Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya
ia (pendarahan kamu) adalah hentakan dari hentakan-hentakan syaitan,
maka (apabila) kamu didatangi haid selama enam atau tujuh hari pada
ilmu Allah Ta’ala, hendaklah kamu mandi apabila kamu lihat bahawa kamu
telah suci (dari darah haid), maka hendaklah kamu solat pada pada dua
puluh tiga malam atau dua puluh empat malam dan siangnya dan hendaklah
kamu berpuasa.”

[
Sunan Abu Daud– no: 248 (Kitab al-Thaharah) dan Sunan al-Tirmizi – no: 118 (Kitab al-Thaharah) dan berkata al-Tirmizi, hadis ini hasan sahih]

 

 

 

Hadith
ini jelas menyatakan bahawa darah istihadah merupakan darah yang
disertai oleh syaitan. Suatu perkara yang besar saya kira untuk di
fahami oleh muslimah terutama sekali yang berhadapan dengan istihadah.
Permainan pertama berkaitan istihadah adalah dalam urusan beribadat.
Sudah tentunya seseorang yang mengalami istihadah akan mengalami
kekeliruan sekaligus mengundang perasaan was-was dalam melakukan
ibadah. Jadi tidak hairanlah mengapa muslimah yang mengalami hal
istihadah sering bertany
a kepada
pelbagai pihak, walau sudah berulang kali dek kerana inginkan
kepastian. Alhamdulillah, at least mereka sedar akan pentingnya
memahami hal istihadah dan pengurusan supaya tida
k
menjejaskan urusan ibadah. Jadi jelas sekali, ini merupakan salah satu
tipu daya syaitan dalam membina perasaan was-was sekaligus menghalang
kita mencapai kesempurnaan dalam ibadah seperti solat.

 

 

 

Selain
itu, masalah istihadah dan permainan syaitan yang ke dua melibatkan
sistem hubungan suami isteri dan institusi rumah tangga. Merujuk kepada
surah al-baqarah ayat ke 102, di situ ada
menyatakan bahwa terdapatnya sihir syaitan yang berperanan memporak
perandakan dan mencerai beraikan suami isteri dan ada ulama’ yang
menghuraikan salah satu method yang di maksudkan adalah istihadah yang
mana ia merupakah salah satu daf’ah (tipu daya) syaitan ke atas wanita
dan suami dalam melahirkan kecelaruan dalam institusi rumah tangga
melalui hubungan suami isteri tersebut. Ini di sokong oleh beberapa
hadith yang menyatakan bahawa, syaitan itu pendamping bagi kaum
muslimah, dan ada juga hadith yang menyatakan wanita itu pembawa
syaitan. Jadi jelas membuktikan bahawa istihadah merupakan salah satu
permainan spiritual syaitan ke atas emosi dan hubungan suami isteri.

 

 

 

 

 

Punca atas sedar

 

 

 


‘Kita stress lately, workload berat sangat…hmm, macamana ya?’ itu alasan selalu saya terima dari sahabiah yang bertanya.

 

 

 

Dari
perspektif lain, sebenarnya muslimah perlu selalu bermuhasabah.
Berfikir di luar kotak fikiran biasa. Sistem edaran darah wanita
merupakan salah satu anugerah besar bagi seseorang wanita. Ada yang
mengatakan ‘hadiah’ untuk wanita setelah setiap hari menanggung
pelbagai kerja dalam kehidupan dan kitaran darah merupakan ‘cuti umum’
untuk menghilangkan lelah. Selain itu, kitaran darah juga menyucikan
sistem tubuh wanita dengan membuang setiap darah kotor. Jauh dari itu,
dapat dilihat, bahawa sistem ini merupakan ‘signal’ bagi muslimah yang
berpenyakit, dan sebenarnya merupakan ‘ingatan’ untuk mereka yang
sebenarnya sakit dari segi spiritual.

 

 

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:

 

“Sesungguhnya
yang demikian itu ialah ‘irq (penyakit) bukanlah darah haid maka
apabila datang haid maka hendaklah kamu meninggalkan solat.”
[Shahih al-Bukhari – no: 306 (Kitab al-Haid)]

 

 

 

Terdapat
dua jenis penyakit di sini yang dihuraikan oleh beberapa ulama’ atas
maksud ‘irq (penyakit) di dalam hadith di atas. Penyakit yang jelas
adalah penyakit fizikal iaitu berkemungkinan seseorang yang mengalami
istihadah merupakan tanda-tanda wujudnya penyakit dalaman di dalam
tubuh badan wanita. Dan penyakit ke dua yang dimaksudkan ialah penyakit
jiwa. Penyakit jiwa ini bermaksud hubungan kita dengan ALLAH swt yang
mana semakin hari semakin lemah.

 

 

 

Seorang wanita yang mengalami istihadah tentunya faham keadaannya semasa itu. Bagi mereka
yang stress, selalu cenderung mendera fizikal dengan meratapi stress
tanpa cuba mengkaji spiritual semasa saat itu. Saya telah mengupas isu
stress secara ringkas (di sini). Ia jelas menunjukkan bahawa sebab-sebab hadirnya stress yang sekaligus bisa menjarakkan hubungan semasa kita dengan ALLAH swt.

 

 

 

Antara perkara lain yang melibatkan penyakit rohani ialah;

 

1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat

 

2. Kelemahan roh:
e.g.: instinct. Dan kelemahan batin dalam menghadapi setiap urusan .
Jadi ini sala h satu sebab wanita yang menghadapi stress ada yang akan
mengalami istihadah

 

3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik

 

4. Kelemahan akal : Akal tidak dapat menerima bebanan semasa dek kerana tidak diarahkan oleh kekuatan iman dan sebagainya

 

 

 

 

 

Atasi secara spiritual

 

 

 


Terdapat beberapa cara mengatasi Istihadah secara spiritual iaitu;

 

 

 

1. Selalu berwudu’.
Sentiasa memperbaharui wudhu seperti yang di lakukan oleh Rasulullah
saw untuk memastikan diri kita sentiasa suci dan jauh dari gangguan
syaitan

 

2. Mengamalkan doa; Bismillahillazi la yadurru maas mihi syai’un fil ardhi wala fissamai wahuwassami ul’azim

 

3. Memperbanyakkan hadir ke majlis-majlis ilmu

 

4. Bertadabbur

 

5. Bersedekah; memelihara harta dan mensucikan jiwa (salah satu melalui zakat)

 

6. Mengamalkan zikir.
Walau dalam keadaan berhadas. Dan ALQURAN sebagai zikir terbaik dan
pakaian jiwa. Amalan lain seperti Al-mathurat dan al-manzil

 

7. Mengamalkan solat dhuha

 

 

 


Apapun
maksud dan sebab di sebalik hadirnya istihadah yang di beri oleh ALLAH
swt buat insan bergelar wanita, ia merupakan anugerah terbesar iaitu
sebagai ‘signal’
awal dalam memberi peluang wanita untuk mengambil langkah untuk
mengubati. Walau berpenyakit fizikal sekalipun, bersangka baiklah
kerana ia pasti dapat menyucikan dosa kita di dunia tanpa perlu di
hitung di akhirat, dan bersyukurlah kita masih di beri masa untuk
mengambil langkah mengubati tanpa terus di tarik nyawa, dan jika ia
tanda stress dan permasalahan jiwa, maka itu tandanya DIA sentiasa
mengingati kita dan memberi waktu untuk kita bermuhasabah supaya kita
sentiasa berhubung denganNYA dan sehingga waktu kita bertemu denganNYA
dalam keadaan bersih jiwa. SubhanALLAH. Bukankah begitu untung menjadi wanita ^__~ kita sentiasa berada di bawah jagaan dan tarbiyyahNYA.

 

 

 


Jadi,
apapun keadaan menghambat, jangan lupa untuk selalu bermuhasabah akan
kekurangan diri bukan menyalah kan takdir semata atas musibah yang
melanda. Dan walau sesibuk mana pun kita dan di mana jua kita di
campakkan, pasti kan sentiasa hati dan jiwa kita tetap berhubung
denganNYA.

 

 

 


Wallahua’lam

 

 

 


p/s [nahwanNUR] : Bagi sahabat sahabiah, ikhwah dan akhowat, dan sesiapa sahaja yang inginkan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh
Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin, terbitan alfirdaus.com boleh hubungi
saya. Sebarang tambahan, pembetulan amat-amat di alukan buat
perkongsian bersama. Bagi yang menghadapi masalah ini, selamat mencuba.
Moga ada manfaatnya di sini.

 

 

 


Sumber rujukan:

 

1. Beberapa sesi kuliah berkaitan fiqh muslimat, fiqh taharah, tafsir al-quran oleh ustaz zahazan etc

 

2. Buku Fiqh Muslimah, Tarbiyyatul aulad fil Islam oleh Abdullah Nasih Ulwan dan e-book Petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas karangan Syaikh Muhammad al-Shalih al-‘Utsaimin

 

3. Diskusi ilmiah dengan ustazah dan sahabiah yang di hormati

Mendidik Hati ini

Ahad, 2008 Mac 30


Mendidik Hati ini


Hati adalah sumber keperibadian kita. Ia adalah pemimpin dan pengarah seluruh perilaku seharian kita. Ia adalah tempat kehidupan kejiwaan dan spiritual. Hati itu pada awalnya suci, fitrah, cenderung kepada Allah. Lalu kemudian ia dikotori oleh dosa-dosa, dan kederhakaan kepada Allah dan kepada sesame manusia. Bila kotoran itu telah menutupi hati, ia akan sakit, lalu malas beribadah, sulit menerima nasihat. Bila kondisi itu tidak segera ditangani, hati bisa mati, lalu kafir melawan Allah, menilai yang baik itu buruk, dan yang batil itu sebagai kebenaran.

HATI YANG RAPUH INI ~Rahimah Rahim~

Di hati ku lakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila ku tentukan arah serta tujuan
Rela ku hadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus ku turuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan…

Meneliti bait-bait lagu diatas tersentuh jiwa saya kerana banyak kebenarannya. Hati ini terlalu rapuh. Ia cukup jelas melihatkan perkaitan hidup dan hati yang cukup rapat. Lumrahnya, hidup adalah medan ALLAH swt menguji ketetapan hati kita. Menguji keteguhan iman seseorang, keteguhan hati dalam redha akan kecintaan kita padaNYA. Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. Dan, kebanyakan kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang mengingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada.

Inna ALLAHa ma’ana, wakafa billahi wakiila

Adapun, hati itu bisa disucikan kembali. Apapun halnya, kembali lah jua kepada ALLAH swt. Tuhan penguasa pemilik penentu segala sesuatu. Zikir dan doa berperanan dalam kesihatan dan kesucian hati. Ia mendekatkan diri kita dengan ALLAH swt, penguasa dan penentu suasana hati kita. ZIkir dan doa merupakan menifestasi kesungguhan kita untuk menyucikan hati.


”Ya Allah, kurniakanlah taqwa dalam diriku, sucikanlah hatiku. Hanya Engkaulah yang mampu menyucikannya. Hanya Engkaulah pemiliknya dan hanya Engkaulah penolongnya”


Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala dinik

Impian ku menjadi pencinta Cinta AgungMU


Segala
puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

 

Banyak
entry samada di dalam blog dan laman friendster saya mengenai ciri-ciri
lelaki idaman wanita, muslimah dambaan muslimin, zauj dan zaujah
penyejuk hati dan sebagainya. Bercakap ciri-ciri calon ini pasti semua
tersenyum. Inikan fitrah. Cuma saya terfikir, apakah calon-calon idaman
saya? Hmm…benar saya sendiri tak jumpa jawapannya. Bukannya apa,
takut mahu demand terlalu tinggi sedang diri ini tak seberapa, serba serbi lemah.  Umumnya,
jika di tanya muslimah, gaya bagaimana yang menjadi idaman, tentunya
yang pasti jawapan nya adalah yang soleh. Ada juga tambahan seperti,
mampu menjadi imam atas serba serbi, ciri-ciri mujahid ILAHI, tenang
apabila memandang dan sebagainya. Sama kesnya pada muslimin, jika
ditanya ciri-ciri zaujah idaman, pasti ramai yang memilih yang solehah
dan tentunya sejuk mata memandang.

 

Apapun,
itu pasti tidak salah. Sememangnya agama menggariskan seperti itu.
Cinta itu memberi, bukan meminta. Itu fahaman sebenar atas cinta
sebenar sebuah rumah tangga. Jika kita terlalu meminta itu dan ini,
mengharap yang terbaik dari pasangan, tentu kita kelak akan lemah dan
kecewa atas kelemahan dan kesilapan pasangan dan lebih buruk mampu
membawa kepada perpisahan. Jadi perlunya kita dahulu berusaha menjadi
yang terbaik, baru hasilnya baik. Adanya pepatah Inggeris yang saya
suka.

 


‘Never ask things to be easier, ask yourself to be better. Never look for the best, just be the best.’

 

Sebenarnya
bukanlah perlu untuk tidak berangan-angan langsung dan tidak
menggariskan apa-apa kriteria, namun perlulah kita dahulu cuba untuk
menjadi garisan-garisan contoh kriteria terbaik. Letak dahulu cerita
ini di belakang, saya lebih suka memandang kepada cinta sejati yang
utama patut saya cari dan capai dalam hidup. Ya, cahaya cinta itu, yang
tak pernah sirna, sentiasa ada di setiap jalan hambaNYA, namun
telindung dek kelemahan kita sendiri. Tatkala membaca entry dari blog adik azrin yang bertajuk Si Solehah yg mengujai diri..

 

….
saya terfikir, bertapa teringing nya saya menjadi muslimah solehah
seperti itu untuk DIA yang satu. Meraih cintanya pasti itu yang kita
inginkan sebelum kita mendamba cinta manusia. Tapi, mampu kah saya?..
jauh berlayar saya menyelami lautan kata-kata nukilan adik azrin ni.
Maaf saya ubah sikit dari nukilan asal. Yang sebenar boleh link di atas.

 

 

Impian Muslimah Solehah kekasih ILAHI

 

 

 
 
 

Muslimah Solehah 
Hiasan Anugerah Ilahi
 
Muslimah solehah
 
Sentiasa tenang jiwanya mengingati ILAHI

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan jiwanya
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan hatinya

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :

 
 

" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta rutinnya
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta Agungnya
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat

 

Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah
sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah
milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk"

 

(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah muslimah solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

 

Jatuh pandangan nya sentiasa dalam kawalan hatinya
Paut cintanya hanya kerana yang satu
Layar rindunya sentiasa menuju arah redha ILAHI
Bila di uji, dia tegar kerana yakin janji yang Haqiqi
Bibirnya sentiasa tersenyum walau mehnah datang dan pergi
Redha hatinya walau cinta duniawi mengkhianati
Lantaran yakinnya pada cinta ALLAHu Rabbi yang sentiasa di sisi

Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmainnah

 

Dan mendapat alu-aluan Allah :
"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )

 
 

Dialah
kekasih dambaan kami, ALLAH swt. Kekasih sejati yang tak pernah
mengkhianati. Namun, mampu kah untuk terus memiliki di dalam diri yang
serba lemah ini. Penat memikirkan perkara dunia yang datang dan pergi,
sehingga kadangkala berjaya ‘melupakan’ sebentar tentang ‘cinta Agungnya’.
Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang
‘terpukau’ untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat,
ALLAHu Rabbi. Moga perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan
menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak. Cinta
agungMu pertama-tamanya yang aku dambakan ya ILAHI, terimalah cinta
yang tidak seberapa, namun akan ku usahakan semampu ku. Muslimah
solehah kekasih ILAHI yang sentiasa ku impikan. Bukan sahaja hiasan
indah duniawi, tetapi menjadi bidadari di taman syurgawi. Mendamba
kasih ILAHI, mengharap cinta Haqiqi.

www.nahwannur.blogspot.com

“Before and After - ISLAM”

Fbf5d06cf5e128909cc46b6c4ad83554_web_1

I see now my quest in life had been in vain.
I desired pleasure and material gain.
For those around me, my goals where plain,
I tried to achieve them all without regard to pain.
I wanted the glitter and glamour this world provides.
I couldn’t see the treasures that all this hide.
My ‘Quest for wealth’ - could never buy what I needed most.
My ‘Search for fame’ - was like trying to catch a ghost.
But when my prayers were for ‘Guidance’ from the ‘One Above’.
I found success in ‘Total Submission’ to the Will of Him — in Love.
I found all the riches, glory and happiness that one might require,
But most of all I discovered my real heart’s desire.
I found the which is the secret of Life’s Lease,
I found the One Who Gave all, when He gave me PEACE.
It finally came after all those years of trouble and strife
That to do "ISLAM" is the PURPOSE OF LIFE.

- Poem by Yusuf Estes

sumber: www.nahwannur.blogspot.com

Cukuplah :: Moga perjalanan ku kali ini menuju cahaya cinta MU ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim…
Penat memikirkan urusan-urusan yang menghambat sehingga kadangkala berjaya ‘melupakan’ sebentar tentang ‘ultimate objective’ kita didunia iaitu semuanya kerana ALLAH, untuk meraih redhaNYA dan untukNYA. Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang ‘terpukau’ untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat, ALLAHu Rabbi. Moga perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak.

Teringat kata-kata Umar ibnu khattab

‘Tidak akan kau berasa gundah walau sesaat/sekali jika kau tahu apa yang di cari’

Maka atas setiap urusan kita perlulah faham tentang objektif semasa dan objektif utamanya adalah kita lakukan kerana ALLAH swt. Sama-sama kita berdoa semoga hati kita lebih terarah kepadaNYA berbanding nikmatNYA, dan diterima kasih kita yang tidak seberapa ini.

Doa Rasulullah saw pesan kepada Muaz supaya sentiasa amalkan:
‘Ya ALLAH ya Tuhanku,bantulah aku untuk mengingati MU, dan mensyukuri nikmat MU’
‘Ya ALLAH ya Tuhanku yang berkuasa mengubah-ubah fikiranku, tolong kukuhkan fikiranku keatas agama MU dan taat keatas agama MU’

Rabbi yassir wala tuassir, rabbi asnim bil khair
Ameen ya Rabbal alamin

Stress

Punca stress mengikut islam:

1. Kelemahan hati: hati yang tidak kuat
2. Kelemahan roh: e.g.: instinct
3. Pengaruh nafsu: terarah kepada benda yang tidak baik
4. Kelemahan akal
Cara menangani stress menurut islam:

1. Tadabbur Al-Quran
2. Tafakur
3. Taqarrub kepada ALLAH swt dan cuba jauhkan dari maksiat
4. Husnul Dzon kepada ALLAH swt: yakin setiap ketentuanNYA pasti yang terbaik bagi kita
5. Bersyukur kepada ALLAH swt
6. Berkhalwat dan bermuhasabah diri
7. Selalu mengingati mati
8. Senyum selalu dan redha
9. Bersedekah- tasaddaq
10. Beruzlah: menyendiri

MARAH yang sepatutnya dan yang terlampau

Waktu : 7.35am, 1 Muharram 1429H, 10 Jan 08

Bismillahirrahmannirrahim.. Segala puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Daripada Abu Hurairah r.a.:

Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Menegur dan marah

Teringat saya suatu ketika saya dan sahabiah menziarah rumah sewa sahabat lama kami. Sedang makan malam, tiba-tiba sahabat tadi menegur salah seorang daripada kami. Terkejut juga, namun masih terjaga hemahnya.

‘Oh iyeke?! Kenapalah selama ni tak pernah terdengar pun begitu?’ jawab sahibah saya, nada tertanya-tanya dan sedikit menekan. Sahibah yang menegur tadi mungkin rasa tercabar atau apa sebabnya, dia menjawab kembali dalam nada memerli dan sambil ketawa kecil.

‘tulah kamu, bukannya nak pergi majlis ilmu, dengar ceramah, tengok tv hiburanje yang tahu…’ kami semua agak terkejut. Berseloroh ke bergurau ke apa sampai mengeluarkan ayat begitu sekali. Apa lagi yang berlaku, maka jadinya perbalahan antara mereka berdua. Nasib baik sahibah saya yang ditegur tadi mengambil langkah mengundur diri kebilik, sudah tak jumpa jalan penyelesaian agaknya, dan menangis. Bungkam dan habis di situ.

Manusia pastinya tidak lepas dari melakukan kesilapan, dan itu perlunya ukhuwah buat menegur dan menasihati. Menegur dan menasihati secara tegas ini boleh dikategorikan sebagai marah yang masih boleh diterima. Kerana islam ada garis panduan dalam menegur sesuatu. Hemah dan menjaga kehormatan orang yang ditegur supaya teguran mudah diterima, dan kelak tidak terjadinya salah faham, kemudian menimbulkan kemarahan dan menghasilkan perbalahan.

Setakat mana kemarahan dan kesabaran kita?

Kemarahan merupakan lumrah bagi setiap hamba ALLAH swt. Namun, kemarahan dan amarah merupakan dua perkara yang sedikit berbeza yang dibataskan oleh perasaan dan kekuatan iman. Kemarahan adalah suatu perasaan yang hadir atas sebab-sebab mungkin disakiti dengan sengaja mahupun tanpa sengaja, namun dibatasi oleh satu perasaan sabar. Manakala, bezanya amarah apabila perasaan marah kita melampaui sehingga ada sesetengahnya bertindak mengherdik, meninggikan suara, menyakiti malah lebih teruk sehingga tergamak mencederakan dan membunuh orang yang berkaitan. Jelasnya, amarah adalah suatu perasaan yang tidak lain dikuasai syaitan dan tanpa kawalan iman dan kadangkala di luar kewarasan seseorang.

Jangan marah ertinya mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. Selain itu, ia juga bererti menahan marah bila dia marah. Maksud di sini ialah pengurusan tindakan apabila kita marah. Kebiasaannya, kemarahan boleh membawa kepada tindakan luar kawal bagi melaksanakan tuntutan ledakan marah seperti memukul, memaki hamun atau mengamuk. Namun, kebiasaannya, muslimah jika dilihat lebih cenderung kepada memendam dan memulaukan.

‘Kenapa pulaukan dia kot ye pun marah ke tak setuju?’ soal saya pada seorang rakan kerana saya perasan dia cuba-cuba menjauhkan diri dengan seorang lagi rakan kami. Dia diam tanpa menjawab.

Di dalam buku karangannya al-Halal wal haram fil islam, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi menyebut bahawa tidak bertegur sapa dalam hadith di atas adalah hasil dari pertengkaran dan pergaduhan berkaitan dunia semata-mata, adapun jika bertengkar dan tidak bertegur sapa berkenaan urusan akhirat, maka hukum tiga hari sebagai maksimum adalah dikecualikan berdasarkan kepada beberapa peristiwa sirah Rasulullah saw ketika perang Tabuk. Jadi berdasarkan ini, jelas dilihat bahawa marah yang dianjurkan adalah apabila ia mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang dibenci oleh Allah swt. Itupun tidak digalakkan untuk berpanjangan melebihi tiga hari seperti hadith di atas.

Beritahulah jikalau tidak berpuas hati dan marah, kalau tidak orang tak tahu salah sendiri… jangan terus-terusan memulau, nanti orang sekeliling akan salah faham. Kan tak elok timbulkan fitnah. Dua-dua boleh dapat nama buruk. Lebih teruk, takut-takut influence orang lain untuk memulaukan orang tersebut.

Ini lagi satu masalah kita muslimah. Bila tidak puas hati atau marah, suka cakap belakang, mengumpat, sehinggakan ramai memulaukan orang yang diumpat. Dosa mengumpat tidak syak lagi adalah sebuah dosa yang agak besar.

"Adakah kamu suka memakan daging mayat saudara kamu?" (Surah Al-Hujurat:12)

Di satu ketika Jabir r.a mengatakan bahawa dia bersama Nabi SAW di satu tempat dan terbau busuk di tempat itu, lalu Nabi SAW berkata " Adakah kamu tahu apakah bau ini ? , inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin" (Ahmad, dengan perawinya thiqat).


Tidak mahu marah dan si penyabar

Aku bukan jenis marah-marah’ dan si penyabar adalah dua personaliti yang berbeza. Yang sama adalah pilihan mereka untuk tidak memarahi pihak yang menyakiti, itu sudah tentu perkara yang terbaik. Supaya yang lain tidak terluka. Namun, persoalan di sini, yang mana satu lebih dianjurkan agama?

‘Aku bukan jenis yang mahu marah, tapi jangan ingat aku tak kesah!! Sakit tu tetap ada..’. Hmm..bagaimana? Bukankah itu seakan berdendam namanya? Saya tertarik dengan satu ayat yang saya dengar di radio.

Kalau benar-benar kita jenis yang tak boleh marah, maka berlapang dadalah, jangan disimpan dalam hati ataupun berdendam, cuma jadikan ia pengajaran supaya kita sendiri tidak mengulangi sekaligus melukai orang lain. Jika benar tidak boleh tahan, mengadulah pada ALLAH swt yang sentiasa mendengar dan maha mengetahui segala sesuatu. Tidak perlu beritahu yang lain. Namun, dalam menyimpan rasa yang sepatutnya, janganlah pula memulaukan orang tersebut. Jika masalah tidak besar, maka jangan diungkit, namun jika masalah dirasakan besar, maka berbincanglah sesama sendiri, semoga kelak ada jalan keluar dan tidaklah berbekas dihati. Inilah kita boleh katakan sebagai penyabar. Berbeza sedikit, bukanlah kita tidak kisah dengan sesuatu yang mereka lakukan pada kita, cuma, sikap boleh memaafkan dan redha atas perlakuan manusia.


Tidak mahu memaafkan

Pernah seorang rakan bertanya kepada saya, bolehkah untuk tidak memaafkan kesalahan seseorang yang juga sahabat kami yang benar-benar melukakan hatinya.

‘Mana tahu dia buat macamtu? Dia dah minta maaf?’ soal saya kembali. Dia mengangguk. ‘Jadi maafkanlah’ saran saya. Maafkanlah, itulah saranan saya pada umum dan diri sendiri. Kerana, siapalah kita yang tidak mahu memaafkan, sedangkan kita sendiri selalu melakukan kesalahan. Tidak menyukai perbuatan seseorang itu perkara yang patut, namun tidak memaafkan seseorang setelah dia benar-benar memohon kemaafan dan kesal dengan perbuatan tersebut, itu kurang relevan kerana seakan-akan kita tidak redha akan suatu ketentuanNYA. Ya sememangnya hak untuk memberi kemaafan tertakluk kepada mangsa, namun itu jika melibatkan dosa besar, walaubagaimanapun, islam sentiasa mengalakkan kita untuk memberi pengampunan dan bersikap belas pada mereka yang bersalah yang telah bertaubat dan insaf dengan benar.

Maafkan lah kerana itu mungkin bukan sahaja membantu kamu menenangkan hati kita yang sedang marak, marah mungkin membantu orang tersebut untuk tidak mengulangi lagi perbuatannya. Saya tertarik tentang satu kisah salafussoleh, Abu Darda berkaitan perkara ini.

Pada suatu ketika berjalan, beliau melihat sekelompok orang sedang mengeroyok seorang lelaki. Lelaki tersebut cedera teruk dibelasah dan dicaci maki mereka. Abu Darda’ datang menghampiri, lalu bertanya, “Apa yang terjadi? Mengapa begini?”

Jawab mereka, “Orang itu jatuh ke dalam dosa besar.”

Kata Abu Darda’, “Kerana itu janganlah kalian caci maki dia, dan jangan pula kalian pukuli. Tetapi berilah dia pengajaran dan sedarkan dia. Bersyukurlah kalian kepada Allah yang senantiasa memaafkan kalian dari segala dosa.”

Tanya mereka, “Apakah Anda tidak membencinya?”

Jawab Abu Darda’, “Sesungguhnya saya membenci perbuatannya. Apabila dia telah menghentikan perbuatannya yang berdosa itu, maka dia adalah saudara saya.”

Orang itu menangis dan taubat dari kesalahannya.


SubhanALLAH, bukankah memaafkan dan menasihat kan itu lebih indah dari berdendam dan memulaukan? Dalam hidup ini sememangnya sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza dan khilaf dari diri kita masing-masing yang serba kurang ini. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.

Sakit ini satu nikmat

Kerananya kita menyedari akan perihal rahmat

Hikmah yang tersembungi di dalam langit tinggi

Hanya pemilik langit dan bumi yang mengetahui

Kesembuhan itu aku tidak ingini

Keredhaan itulah yang aku dambai

~Aidh Abdullah al-Qarni, La tahzan~

Marah itu suatu kesakitan. Bersyukurlah dan berusahalah untuk bersabar semampunya tanpa ada bekas di hati, kerana di setiap redha kita akan ujian kesakitannya, di situ lah terletaknya rahmat. Rahmat anugerah dari ILAHI, sebagai tanda tarbiyyah dariNYA

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. "
( Surah An-Nahl : 126 )

‘Memaafkan akan jadi lebih lengkap jika kita melupakan perkara tersebut di dalam hati’

Riwayat bukhari : " tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa (kerana gaduh) lebih dari tiga hari..yang lebih baik antara keduanya adalah yang memulakan salam" ( al-Bukhari)

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas”
(Al-Maidah : 87)

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI (Dari sahabiah utk sahabiah)

UNTUKMU MUJAHIDAH SEJATI (Dari sahabiah utk sahabiah)

mujahidah sejati
intan permata mutiara mahkota
seindah pelangi di cakerawala
menghiasi taman indah nan permai
mujahidah sejati
engkaulh srikandi pembela agama
peribadi solehah hiasi diri
subur dgn iman dan ketaqwaan..

mujahidah sejati
akhirat utama kerna dunia bkn pilihanny..

mujahidah sejati
hatiny brbeza kerna diasuh iman dan taqwa..

mujahidah sejati
berbekal al-quran dan as-sunnah
bersulam pengorbanan bisa menggegarkn isi dunia..

mujahidah sejati
terus subur mekar mewangi
seindah suria menerangi bumi
harapan ummah yang abadi…

mujahidah sejati
menyoroti langkah khadijah aisyah fatimah
menjadi muqarrabin brmujahidah menuju cinta dan kasih Allah…
paras rupa bukanny ukuran
nilainya sama di sisi Tuhan
cuma ibadah yg membezakan wanita solehah di sisi Tuhan..
berhati-hatilah hasutan dunia
kerna ia merbahaya
jgn dibiarkn ia brtakhta dlm diri dgn dosa….

O’ Allah..help me

O’ Allah..help me

O’ ALLAH… please help me
I don’t want to hang around with her
I don’t want to touch her
I don’t want to spend so many times with her
With useless things
I’m afraid
If I go out with her
I will commit haram things
She and I will get sin…Nauzubillah
I want this relationship get blessing from YOU
We plan to get marriage after graduation
It’s a long period
However, I feel that it’s the best for both of us
When the time arrive, I hope YOU will make it easy for us
O’ ALLAH, help me…help me…help me…
In control my desire, my self and my action
Only to YOU I pray for…help me…
Ameen…Ya Rabbal Al-amin…
sumber: iium wafa’ society

Senyumlah Sahabiahku

Senyumlah sahabiahku

Senyumlah sahabiahku
Senyumlah walau hatimu di sakiti
Kerna walau mereka mentertawakan kamu
Memaki herdikmu
Memandangmu hina dek kerana khilafmu
Dengan izinNYA, aku akan sentiasa beusaha untuk berada disisimu
Dalam sihat dan sakitmu, dalam tawa dan dalam sendamu
Dan dalam suka dan dukamu
Kerna ku percaya
Ujian yang kau hadapi bukan sahaja untuk menguji kekuatan imanmu
Namun juga satu ujian buat menguji utuhnya ukhwah yang kita bina keranaNYA
Menguji ketulusan kita untuk saling membimbing menuju redha dan kasihNYA

Sahibahku muslimah solehah
Ujian ini sesungguhnya mehnah dunia bagi mengingati kita padaNYA
Hiasan indah syaitan di mata manusia
Bagi memenuhi janji mereka pada sang pencipta
Untuk menyesat kan kita hamba NYA
Namun buat muslimah solehah
Ujian itu bukan untuk di tangisi dan bukan untuk di kesali
Tetapi untuk di renungi dan di jadikan paradigma
Buat kita membina benteng iman dan taqwa yang tegar
Sebagai persiapan untuk sama menuju ke destinasi cinta utama

Temanku cermin diriku
Izinkan ku sentiasa di sini
Teguh berdiri di sisi mu dalam tawa dan tangismu
Membina kekuatan bersama mu
Ujian ini kita terima sebagai tarbiyyahNYA bersama
Sebagai pengajaran buat kita dan buat muslimah lainnya
Ayuh kita bina kekuatan itu
Berusaha biar taubat ini di terima oleh NYA
Walau di lihat hina di mata manusia
Kerna itu mungkin kafarah kepada dosa kita
Dan semoga ada ganjaran atas kesabaran kita
Dan semoga kita peroleh hikmah berkat redha kita akan ujianNYA

Sahabat ku buah hatiku
Izinkan ku di sini bersama mu
Kerna ini hari mu memerlukan ku
Kelak mungkin kan tiba suatu ujian yang lebih hebat buatku
Dan kala masa itu tiba
Itulah masa diri ku memerlukan diri mu
Itulah masa diri mu di sisi bersama ku
Kerana aku tidak mahu hanya menjadi sahabat mu ketika indah dirimu dihiasi iman
Aku mahu juga kita saling membimbing tika hebat iman kita di uji
Kerana itu nilai sebenar sebuah persahabatan
Dan ukhwah yang kita bina kerana ALLAH
Senyumlah sahabatku
Kerna senyuman mu bisa menyejukkan hati ku
Membawa keceriaan pada hari-hariku
Dan mengingati ku bahawa bertapa sayangnya daku pada ukhwah ini
kerana sayang dan kasihku padaNYA

« Previous PageNext Page »