Semenjak membuat pengajian melalui kajian ini, perkataan fokus itu acap kali ditempel disegenap pelusuk organ fizikal dan rohaniah saya. Minggu lalu saya menemani kak hidayah bermain bowling di ampang.
Main bowling, kita kene fokus1
Canang kak hidayah. Jelas fokus kak hidayah saat dia melontar bola walau terkadang longkang juga menjadi laluannya (hehe). Nah, sekali lagi bagai dilekat didahi saya perkataan fokus. Beberapa minggu lalu juga pensyarah mengarahkan saya fokus kepada thesis saya.
Awak tampak mahu meliberalkan Islam itu” tegas seorang professor selepas pembentangan saya.
Seakan pendekatan lain yang konvensional, international dan sudah pun popular itu dinafikan keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah jenayah”
Tambahnya lagi. Terkulat-kulat saya dibuatnya. Ditampar perkataan ‘liberal’ itu amat menyakitkan. Mana mungkin saya berani-berani berfikir meliberalkan Islam, sedang saya tahu dan yakin Islam itu syumul dan universal. Gementar hati memerah terkulat-kulat saya menjadi sengihan panjang.
Erm sorry prof, but, I’m quite clear on what she’s trying to do. It is just that she have to re-organize her research structure in clear words and terms. And, she must clarify her focus2“
Deputy Dean post graduate fakulti saya cuba mempertahan. Saya tersenyum.
Erm, saya mohon kemaafan jika wujud kesilapfahaman. Begini. Saya tidak sekali menafikan kewujudan sistem perlaksanaan dan undang-undang yang sediada ini membantu menyelesaikan mahupun mengurangkan masalah jenayah. Tetapi, sebagai muslim, saya berasa bertanggungjawab mengungkap syariah ALLAH dan sistem perlaksanaan dari perspektif Islam yang mampu menjadi salah satu pendekatan terbaik dalam mengungkap seterusnya menyelesaikan kes jenayah semasa. InsyaALLAH, i’ll make things clear after this”
Saya mengakhiri sesi pembentangan dengan sedikit penerangan ‘lemah’ dari sudut saya sebagai muslim, bukan tujuan lain melainkan hanya sebagai tanggungjawab mengungkap khazanah Islam yang lama terkambus dek kerana dasar mengagungkan system dan pendekatan barat oleh para pemikir Islam itu sendiri. Perkataan fokus itu saya tenggelamkan untuk sesi itu.
Semalam, adik saya di universiti Islam ulung di timur tengah bertanya saya tentang perkara yang sama. Bagaimana membina semangat yang semakin lupus dan sirna akibat tekanan semasa.

.f.o.k.u.s.
Ayat itu saya julang lagi dimata adik iema. Dan persoalannya bagaimana mahu membina dan istiqamah dengan fokus?
MEMBINA KHUSYUK DALAM SOLAT
Persoalan membina fokus sebenarnya sudah lama dijadikan sebagai pendekatan ruh oleh ALLAH swt. Kata ustazah saya, solat itu merupakan punca ilmu kedua selepas alquran dan hadith. Di dalam solat, bukan sahaja kita menimba ilmu, malah terus sahaja melakukan praktikal ke atas sesuatu ilmu.
Mendirikan solat bukan sekadar-sekadar sahaja, buat menjalani ibadah, tetapi untuk merasai intipati penuh nikmat solat, ialah perlunya khusyuk.
Khusyuk menifestasinya kita fokus kepada maklum ibadah kepada yang Satu. Bagaimana? Sering saja kekhusyukan itu kabur dan susah di capai malah mati saat solat. Penyebabnya nyata iaitu kerana fikiran masih lagi mengisar hal isi perut dunia.
Lalu disinilah resepi pesan ulama’ ulung Ibnu Atthailah AsSakandari yang ertinya;
Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan dari kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuatkan hati merana.
Menuju khusyuk itu titiannya adalah fokus kepada Satu cinta yang layak untuk didambakan malah tidak juga pernah mengecewakan.
KEKUATAN SOLAT MALAM
Saya tidak lah sekuat mana dalam bertahajjud. Malah fokus ibadah tahajjud itu terkadang bersimpang siur kerana keterlewatan mengatur masa tidur dan bangun. Tetapi mengamalkan berpagi-pagian itu sungguh mencerna fokus pada kemuncak tinggi.
Pernah saya terbaca bahawa tiupan angin jam 4 pagi itu adalah terbaik berbanding angin-angin yang kita hirup setiap waktu. Sewaktu inilah angin memberi tindak balas yang terbaik kepada organ dan seterusnya mencergaskan otak dan minda kita.
Malah, ada suatu hadith yang menyatakan bahawa;
Kekuatan seorang itu terletak kepada solat tahajjudnya
Begitu juga terbukti saat membelek sirah Rasulullah saw yang mana digambarkan para sahabat itu seperti;
Ruhbanun fillail, wa fursanun finnahar yang bermakna, ibarat pendeta di malam hari dan satria di siang hari
Malah ALLAH swt sendiri sudah memberi gambaran malam sebagai waktu terbaik istirehat seterusnya menjana kekuatan dalam waktu singkat dengan ketenangan;
Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.
(al-qashah, 73)
Ketenangan malam itu sebenarnya memberi ruang untuk manusia fokus kepada pembentukan diri tanpa gangguan. Melainkan gangguan dari perasaan kita sendiri. Menakut-nakutkan diri dengan bayangan pelbagai benda. Fokusnya entah yang apa-apa, sedang memang ada yang memerhati kita di malam hari, iaitu ALLAH swt dan para malaikatNya yang mengawal selia manusia. Yang halus itu tetap ada, tetapi ia halus. Seseorang yang besar hatinya mengingati Tuhan pasti tidak terjejad ibadahnya kerana perkara halus ini.
MEMBINA TITIK MULA DARI DHUHA
Saat fajar menjengah bumi, wisel dhuha berbunyi. Waktu ini pasti bumi dipenuhi mereka yang berpapasan ketempat kerja, kuliyyah mahupun untuk urusan apa sahaja. Namun waktu penamatnya sekitar 2 jam putaran. Lalu, amat beruntung mereka yang mahu menggunakan sedikit waktu untuk beribadah kepada ALLAH swt. Ya, kerja juga suatu ibadah.
Saya begitu tertarik dengan pihak pengurusan beberapa syarikat tempat kenalan saya bekerja yang merutinkan bacaan surah al-waqiah dan solat dhuha seawall sebelum waktu bekerja. Itulah kerja terawal mereka. Bukanlah meletakkan kepercayaan kepada kalam ALLAH swt itu mampu memberi rezeki, tetapi berusaha dan tahu bahawa dengan sedikit usaha pasti juga tetap dipandang ALLAH swt.
Permulaan solat dhuha keatas waktu kerja sebenarnya merupakan pembentukan suatu titik fokus untuk satu hari tersebut. Bermulanya sudah kita fokuskan sebagai pengibadahan kepada ALLAH swt, lalu setiap bebanan kerja atau pelajaran dipandang sebagai suatu amanah dan tanggungjawab dari ALLAH swt, lalu pasti kita mahu melakukan suatu yang terbaik buat meraih rezeki yang bukan sahaja lumayan, tetapi penuh keberkatan.
….
Dan banyak lagi pendekatan yang mampu membina titik fokus kecemerlangan dalam kehidupan. Dan tiga faktor ini menjadi pemangkin yang saya lihat mampu memberi impak besar kepada seseorang dalam menangani kehadiran pelbagai musuh kepada kecemerlangan seperti malas, tiada semangat dan bersahaja (sambil lewa) yang mana mampu meruntuh benteng dan mengaburi titik tumpu.
Mata mungkin kepenatan, minda menjadi kelelahan, semangat semakin kabut, hati jadi kalut, namun, jernihkan kembali dengan ibadah yang meruntun jiwa dengan mengingati Ilah. Lalu melembutkan tembok rasa dari permaianan nafsu yang menggugah.
Satu yang akak dapat dari tamrin sekarang, berdoalah dengan dengan nama-nama ALLAH, sebutlah nama-nama ALLAH dan letakkanlah pergantungan tertinggi itu pada ALLAH…” pesan ringkas kak hidayah lewat sms.
Ya, tamrin hari ini saya tidak dapat hadiri kerana ada aula’ lain buat minggu ini. Alhamdulillah, selepas membaca mesej itu, kabut-kabut kemalasan yang menarik ligat pelapik mata beransur pergi lalu menjadi diri segar bugar kembali. Kuyu anak mata menatap skrin laptop memancar sinar luar biasa.
Ya, rupanya fokus itu telah manusia zikirkan hariannya, konon buat mengukuh titik tumpu kepada sesuatu target atau perancangan. Walhal, harusnya fokus itu harus membulat pada tekad memasak hati, tetapi tetap zikir dengan menyebut zatNya itu adalah haq terbesar meniti dibibir dan hati seorang muslim. Ia intipati utama sebenarnya dalam membentuk jati dan kekuatan diri manusia.
Sedikit ini dahulu perkongsian, maaf atas kelemahan penulisan yang ekspres kerana waktu dan masa terus menjeling diri saya, ada fokus yang lebih aula’ yang punya titik tuju isnin ini. Doakan saya ya
Dan untuk itu saya dahului dengan ucapan Terima kasih
0 Responses to “FOKUS”