Archive for March, 2008

Impian ku menjadi pencinta Cinta AgungMU


Segala
puji hanya bagi ALLAH, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.
serta ahli keluarga baginda dan para sahabat.

 

Banyak
entry samada di dalam blog dan laman friendster saya mengenai ciri-ciri
lelaki idaman wanita, muslimah dambaan muslimin, zauj dan zaujah
penyejuk hati dan sebagainya. Bercakap ciri-ciri calon ini pasti semua
tersenyum. Inikan fitrah. Cuma saya terfikir, apakah calon-calon idaman
saya? Hmm…benar saya sendiri tak jumpa jawapannya. Bukannya apa,
takut mahu demand terlalu tinggi sedang diri ini tak seberapa, serba serbi lemah.  Umumnya,
jika di tanya muslimah, gaya bagaimana yang menjadi idaman, tentunya
yang pasti jawapan nya adalah yang soleh. Ada juga tambahan seperti,
mampu menjadi imam atas serba serbi, ciri-ciri mujahid ILAHI, tenang
apabila memandang dan sebagainya. Sama kesnya pada muslimin, jika
ditanya ciri-ciri zaujah idaman, pasti ramai yang memilih yang solehah
dan tentunya sejuk mata memandang.

 

Apapun,
itu pasti tidak salah. Sememangnya agama menggariskan seperti itu.
Cinta itu memberi, bukan meminta. Itu fahaman sebenar atas cinta
sebenar sebuah rumah tangga. Jika kita terlalu meminta itu dan ini,
mengharap yang terbaik dari pasangan, tentu kita kelak akan lemah dan
kecewa atas kelemahan dan kesilapan pasangan dan lebih buruk mampu
membawa kepada perpisahan. Jadi perlunya kita dahulu berusaha menjadi
yang terbaik, baru hasilnya baik. Adanya pepatah Inggeris yang saya
suka.

 


‘Never ask things to be easier, ask yourself to be better. Never look for the best, just be the best.’

 

Sebenarnya
bukanlah perlu untuk tidak berangan-angan langsung dan tidak
menggariskan apa-apa kriteria, namun perlulah kita dahulu cuba untuk
menjadi garisan-garisan contoh kriteria terbaik. Letak dahulu cerita
ini di belakang, saya lebih suka memandang kepada cinta sejati yang
utama patut saya cari dan capai dalam hidup. Ya, cahaya cinta itu, yang
tak pernah sirna, sentiasa ada di setiap jalan hambaNYA, namun
telindung dek kelemahan kita sendiri. Tatkala membaca entry dari blog adik azrin yang bertajuk Si Solehah yg mengujai diri..

 

….
saya terfikir, bertapa teringing nya saya menjadi muslimah solehah
seperti itu untuk DIA yang satu. Meraih cintanya pasti itu yang kita
inginkan sebelum kita mendamba cinta manusia. Tapi, mampu kah saya?..
jauh berlayar saya menyelami lautan kata-kata nukilan adik azrin ni.
Maaf saya ubah sikit dari nukilan asal. Yang sebenar boleh link di atas.

 

 

Impian Muslimah Solehah kekasih ILAHI

 

 

 
 
 

Muslimah Solehah 
Hiasan Anugerah Ilahi
 
Muslimah solehah
 
Sentiasa tenang jiwanya mengingati ILAHI

Lantaran sentiasa membesarkan Allah di dalam solatnya
Dan Sunnah Rasulullah menjadi jalan hidupnya
Kalamullah adalah akhbar dan hiburan jiwanya
Janji-janji Allah adalah jaminan ketenangan hatinya

Sumber jiwanya beroleh kekuatan
Agar sabar merintangi musibah
Istiqamah dalam mujahaddah
Berteguh menjunjung hukum-hakam Allah

Jiwanya damai, tidak mudah bergoncang
Ujian hidup baginya fitrah;
Sebagai mehnah, didikan terus dari Allah
Salah satu antara dua :
tanda kasih sayang Allah atau penghapusan dosa yang meningkatkan iman

Berwaspada dengan firman Allah :

 
 

" Barangsiapa yang tidak rela terhadap takdir Ku tidak sabar terhadap cubaan Ku dan tidak syukur terhadap nikmat pemberian Ku, maka carilah Tuhan selain Aku"

Berkhalwah pasrah di hujung malam munajatnya adalah bicara cinta rutinnya
Rintihan dan pengaduan adalah bait puitis
Tidak pernah merelakan dirinya hanyut dibuai perasaan
Gelodak rasanya tidak mudah dituruti

Dia insaf
Hiburan yang tidak membimbing jiwa ke arah cinta Agungnya
Adalah pembohongan dan sia-sia
Ketenangan yang diilhamkan hanyalah sementara
Sentuhan iramanya tidakkan mampu memecahkan masalah
Gemerlap sinarnya tidakkan menyuluh jalan keluar
Bahkan jiwanya yang sakit akan semakin parah
Tusukan asyiknya adalah jarum-jarum syaitan
Matahati akan buta, kaburlah hikmah yang tersirat

 

Tidakkan nampak jalan akhirat
Inilah yang ditakuti dan sentiasa diawasinya !!

Maka kepada Allah lah dipanjatkan segala pengaduan dan Dia-lah
sebaik-baik tempat pergantungan.
Seperti yang dinukilkan dalam firman Allah :
"Apabila ditimpa musibah , mereka mengucapkan; Sesungguhnya kami adalah
milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat
keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannnya dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk"

 

(Al-Baqarah : 156-157 )

Inilah muslimah solehah
yang tidak akan membiarkan dirinya
menjadi busar panahan syaitan
diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam

 

Jatuh pandangan nya sentiasa dalam kawalan hatinya
Paut cintanya hanya kerana yang satu
Layar rindunya sentiasa menuju arah redha ILAHI
Bila di uji, dia tegar kerana yakin janji yang Haqiqi
Bibirnya sentiasa tersenyum walau mehnah datang dan pergi
Redha hatinya walau cinta duniawi mengkhianati
Lantaran yakinnya pada cinta ALLAHu Rabbi yang sentiasa di sisi

Natijahnya : Lahirlah jiwa sakinnah bernafsu mutmainnah

 

Dan mendapat alu-aluan Allah :
"Kembalilah kepada Tuhan mu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya"
(Surah Al-Fajr : 27 )

 
 

Dialah
kekasih dambaan kami, ALLAH swt. Kekasih sejati yang tak pernah
mengkhianati. Namun, mampu kah untuk terus memiliki di dalam diri yang
serba lemah ini. Penat memikirkan perkara dunia yang datang dan pergi,
sehingga kadangkala berjaya ‘melupakan’ sebentar tentang ‘cinta Agungnya’.
Bak terjaga dari lena yang panjang, memikirkan kembali hati yang
‘terpukau’ untuk mencintai nikmat lebih dari mencintai pemberi Nikmat,
ALLAHu Rabbi. Moga perjalanan kita kali ini dibawah tarbiyyahNYA dan
menuju cahaya cintaNYA yang hakiki, yang abadi dan yang mutlak. Cinta
agungMu pertama-tamanya yang aku dambakan ya ILAHI, terimalah cinta
yang tidak seberapa, namun akan ku usahakan semampu ku. Muslimah
solehah kekasih ILAHI yang sentiasa ku impikan. Bukan sahaja hiasan
indah duniawi, tetapi menjadi bidadari di taman syurgawi. Mendamba
kasih ILAHI, mengharap cinta Haqiqi.

www.nahwannur.blogspot.com