Bagaimana Aqal kt di dalam Kubur?

Bagaimana Aqal  Kita Tatkala

Di Dalam Kubur ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Apa perasan kita jika
berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia
selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah
mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh
kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10
minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan
semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh
kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa
dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Bagaimana Bentuk Pusara Kita ?

Dalam alam barzakh adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti semasa hidup?

Ramai yang menjawab : "Tidak"

apabila saya utarakan hal ini.

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ 

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no
6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47  : Al-Haithami :
Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi’ah ; Syeikh Syuaib
: Hasan Lighairi)

Kematian Itu Pasti

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal.

Dalam keadaan status
penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan
tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang
kecil dan berselimut.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu.

Disebut dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya :
"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang
itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa’ad
Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan
sanad yang baik ; al-Mughni ‘an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn
Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din
al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Bulan

Sempena 10 akhir Ramadhan ini, segeralah kita menyiapkan diri sehabis
mungkin untuk selamat dari sebarang azab kubur yang amat mengerikan.

Bagi orang yang bertaqwa,
inilah peluang terhebat. Bagi individu yang hatinya diselaputi sifat
nifaq dan dosa. Ia adalah a ‘piece of cake’ dan ‘need no worries’,
hidup untuk ENJOYYYY!! . Nau’zubillah.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Ramadhan 1428 H

1 Oktober 2007

0 Responses to “Bagaimana Aqal kt di dalam Kubur?”


  1. No Comments

Leave a Reply