Archive for October, 2007

Isteri Solehah Mengatasi Paras Rupa

Sabda Rasullah s.a.w:

“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.

Agama
merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga.
Namun, tidak ramai di kalangan umat manusia pada zaman ini yang
meneliti dan mengambil faedah daripada panduan agama dalam memilih
calon isteri. Ramai di kalangan kita yang masih tidak menyedari bahawa
faktor ini berupaya memberikan kebahagiaan dan keuntungan dunia dan
akhirat.

Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan
Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di
hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan
mengamalkan apa yang difahaminya. Sentiasa bertaubat dan mendekatkan
diri kepada ALLAH dengan melakukan pelbagai amalan wajib dan sunat.

Wanita
yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih,
kemas dan cantik. Ini kerana agama memerintahkan dia melakukan
demikian. Semua itu dilakukan ikhlas kerana ALLAH berserta keyakinan
bahawa dia akan dibalas dengan pahala di sisi TUHANnya. 

Dia
sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang
bukan mahram. Percakapan yang lembut dan tepat seringkali menjadikan
dirinya disukai dan disayangi oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Masa yang terluang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah dan
demi kebaikan diri serta agama.

Mentaati Ibu Bapa

Kedua-dua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati
sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam
perkara makruf. Dia tidak pernah meninggikan suara jauh sekali
menyakiti hati kedua-duanya. Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang
berbunyi:

“Dan TUHANmu telah perintahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat
baik terhadap ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua-duanya atau
kedua-duanya sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan-MU,
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking dan menyergah
mereka. Tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada
kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah
(mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam
memelihara dan mendidikku semasa kecil." – Surah al-Israak: 23 – 24.

Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada

Harta benda bukanlah
matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan
tidak sombong. Malah seboleh mungkin melakukan kebajikan dengan
bersedekah kepada yang kurang upaya. Sebaliknya jika dia ditakdirkan
miskin, dia juga bersyukur dan bersabar. Dirinya sentiasa sedar bahawa
di luar sana masih ramai yang diuji dengan kemiskinan yang lebih
dahsyat daripada apa yang dialaminya. Segala yang ditentukan oleh ALLAH
buat dirinya diterima dengan penuh redha. Yakin bahawa setiap sesuatu
yang telah ditentukan oleh ALLAH ke atasnya adalah baik untuk kehidupan
dunia dan agamanya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sungguh
mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa sahaja keadaannya pasti baik. Ia
tidak pernah dialami oleh sesiapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia
senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia
bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga
sentiasa mengikut teladan wanita-wanita pada zaman sahabat dan
salafussoleh. Mereka berjaya melahir dan mendidik generasi yang bijak
pandai. Antaranya, dengan mencontohi Fatimah binti Muhammad r.a yang
sabar menghadapi kemiskinan, mencontohi Ummul Mukminin Aisyah binti Abu
Bakar r.a dalam kebijaksanaan dan kecintaan kepada ilmu, mencontohi
Ummu Sulaim binti Milhan r.a dalam kecintaan dan kesetiaan kepada suami
dan kejayaan mendidik, mencontohi Asma bin Abu Bakar r.a dalam semangat
yang kental dan ketabahan menghadapi pelbagai ujian hidup.

Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin

Oleh itu, adalah tidak
wajar bagi seorang mukmin sejati melupakan kesemua ciri wanita solehah
ini dalam memilih pasangan lalu menilai semata-mata dari sudut paras
rupa yang menarik tetapi buruk akhlaknya. Ini amat merugikan suami dan
rumah tangga muslim yang bakal dibina.

Segala ciri di atas
menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah
bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini. Keindahan ini tidak
dapat ditandingi oleh mana-mana ratu cantik dunia. Sekalipun pada
pandangan manusia lain dia tidak memiliki paras yang cantik.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

“(Kebiasaannya)
wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat.
Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat.
Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang
baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik.” – Surah al-Nur: 26.

Walau bagaimanapun, ini
bukanlah bermakna agama melarang sama sekali seseorang itu memilih
calon isteri yang cantik paras rupanya. Tiada siapa menafikan bahawa
paras rupa yang menarik boleh menambahkan lagi keinginan seorang lelaki
untuk menikahi seorang wanita. Ini merupakan fitrah dan diperakui oleh
agama.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila salah seorang
kamu meminang seorang wanita sekiranya dia dapat melihat wanita itu,
dia hendaklah melihatnya agar bertambah keinginannya untuk berkahwin.”
– Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Bazzar. Disahihkan oleh al-Hakim dan
Ibn Hibban.

Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wanita
itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, pilihlah yang beragama nescaya
kamu akan beruntung.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya

Namun, apa yang dilarang
ialah sikap seorang lelaki mukmin yang mengabaikan pemilihan isteri
dari sudut agama kerana mengutamakan rupa paras. Sehinggakan sanggup
memilih wanita yang tidak berakhlak semata-mata kerana kecantikannya.
Dan mengabaikan wanita mukminah lain yang lebih baik dari segi akhlak.

Ini
bersesuaian dengan firman ALLAH yang menyebut bahawa seorang hamba
perempuan yang beriman itu lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup
berbanding wanita musyrik. Walaupun rupa paras wanita musyrik itu lebih
menawan hati lelaki mukmin.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya
seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan
kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu." – Surah
al-Baqarah: 221.

Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami

Wanita
yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu
dan sedar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya.
Bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak diberikan didikan agama
yang secukupnya. Oleh itu, dia sentiasa memastikan anak-anaknya
membesar dengan sempurna dari segi rohani dan jasmani. Jadi, suami yang
meninggalkan anak-anaknya bersama isteri kerana mencari rezeki tidak
akan bimbang kerana dia sedar bahawa isteri solehah lagi beragama yang
dipilihnya itu berupaya menjaga dan mendidik anaknya dengan amanah
sepanjang ketiadaannya di rumah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap
kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang
dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa
yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan
ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah
suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap
seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang
dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Paling baik ialah
memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas,
iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan
suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni
dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada
dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas,
dia hendaklah mengutamakan agama.

Mendidik Isteri Tentang Agama

Mungkin ada di kalangan muslimin
yang mengatakan bahawa dia berupaya memberikan didikan agama yang
secukupnya kepada bakal isterinya kelak setelah berumah tangga. Lalu
memandang remeh usaha mencari wanita yang beragama sebagai calon
isteri. Tetapi, tidak ramai yang sedar bahawa bukan mudah mendidik
isteri tentang agama dari mula sehingga dia benar-benar faham agama
keseluruhannya. Usaha mendidik anak mungkin terbantut kerana isteri itu
sendiri masih belum mendalaminya. Ini merumitkan lagi tugas suami
kerana terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak dalam mencari nafkah,
mendidik isteri dan memastikan anak-anak membesar dengan agama yang
sempurna.

Sebaliknya, isteri yang telah pun faham dan
mengamalkan tuntutan agama dengan baik akan memudahkan tugas suami.
Bukan sahaja meringankan beban suami dengan memberikan pelbagai
pandangan yang bernas untuk kebaikan rumah tangga, malah anak-anak juga
membesar dengan didikan agama yang sempurna. Dan suami tadi tidak perlu
lagi memikirkan cara mendidik isteri kerana dia sendiri telah pun faham
segala tuntutan agama lalu menerapkannya kepada anak-anak dan rumah
tangga.

Paras Rupa, Harta Benda dan Kedudukan Tidak Kekal

Kecantikan
paras rupa, harta benda dan darjat keturunan tidak akan berkekalan.
Namun, kebaikan dan akhlak yang mulia akan kekal selagi hayat dikandung
badan. Sehinggalah ia membawa pelakunya ke syurga.

Antara
kelebihan wanita solehah ialah akan sentiasa menghiburkan hati suami,
redha dan menghargai pemberian suami serta sanggup bersama suami sama
ada ketika susah mahupun senang. Ini kerana, agama menuntut dia
melakukan demikian.

Sabda Rasululah s.a.w:

“Tidak boleh
bagi seorang manusia bersujud kepada manusia lain. Sekiranya perbuatan
sujud seorang manusia kepada manusia lain ini baik, nescaya aku akan
perintahkan wanita sujud kepada suaminya kerana hak suami ke atasnya
terlalu besar.” – Hadis tsabit riwayat Ahmad dan al-Bazzar.

Sebuah riwayat menceritakan:

“Seorang
wanita datang kepada Rasulullah s.a.w kerana hajat tertentu. Apabila
selesai, Rasulullah s.a.w bertanya: Adakah kamu mempunyai suami? Dia
menjawab: Ya. Sabda baginda: Bagaimanakah kamu dengan dia? Dia
menjawab: Aku tidak melalaikan haknya melainkan jika melibatkan apa
yang tidak mampu kulakukan. Sabda baginda: Kamu perlu lihat keadaan
kamu daripadanya. Sesungguhnya dia adalah syurga dan neraka kamu.” –
Riwayat Ahmad dan al-Nasaai dengan sanad yang baik.

Wanita
solehah memahami hak suami. Dia berusaha menunaikan semua hak itu
semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Apa sahaja masalah rumah
tangga yang dihadapinya akan ditangani secara baik dan terbuka. Dia
juga bersedia menerima segala sikap baik dan buruk suami. Serta memohon
petunjuk ALLAH agar dipermudahkan segala masalah yang dihadapinya
ketika melayari hidup berumah tangga. Dia tidak akan sekali-kali
membuka rahsia suami kepada orang lain terutamanya yang melibatkan
rahsia di tempat tidur mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya
seburuk-buruk kedudukan manusia di sisi ALLAH pada hari kiamat ialah
seorang lelaki yang mendatangi isterinya dan isteri yang mendatanginya,
lalu salah seorang mereka mendedahkan rahsia pasangannya.” – Riwayat
Muslim.   

Mereka sentiasa gembira dan ikhlas menjalankan tugas
sebagai isteri semata-mata kerana ALLAH dan yakin terhadap sabda
Rasulullah s.a.w bahawa seorang wanita yang melakukan solat lima waktu,
puasa Ramadan, menjaga kemaluan dan mentaati suami, dia boleh masuk
syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya. (Hadis sahih riwayat
Ahmad dan al-Tobrani).

Oleh itu, segala perintah agama
dilaksanakan sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH. Muslimah yang baik
sentiasa memahami bahawa ketaatan yang diberikan kepada suami adalah
sebagai melaksanakan perintah ALLAH. Setelah itu dia akan diberikan
pahala yang tidak terhingga banyaknya. Keengganannya berbuat demikian
mengundang laknat dan kemurkaan ALLAH.

Tidak Menolak Permintaan Suami

Wanita solehah tidak akan
sekali-kali mengabaikan permintaan suaminya di tempat tidur. Dia
sentasa berwaspada terhadap sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut:

“Demi
yang jiwaku di tangan-NYA, mana-mana suami yang memanggil isteri di
tempat tidur, lalu isteri itu enggan memenuhinya, maka segala yang ada
di langit dan bumi akan murka terhadapnya sehinggalah suaminya redha
kepadanya.” – Riwayat Muslim.

Dia juga memahami bahawa
permintaan suaminya itu wajib dipenuhi segera dan tidak boleh
ditangguhkan walaupun ketika itu dia sedang sibuk di dapur atau berada
di atas kenderaan.

Permintaan yang ditunaikan itu dapat menjaga
dan membantu suaminya menghindari segala bisikan dan runtunan syahwat
yang  melanda fikirannya. Dan menenangkan jiwa suaminya. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Nabi s.a.w bersabda:

“Apabila
salah seorang kamu tertawan dengan seorang wanita dan hal itu berbekas
dalam hatinya, dia hendaklah segera mendapatkan isteri dan
menggaulinya. Sesungguhnya itu akan membuang segala perasaan yang ada
dalam dirinya.” - Riwayat Muslim.

Hal ini amat berbeza sekali
dengan wanita yang tidak memahami tuntutan agama. Mereka
sewenang-wenangnya menolak permintaan suami dan menganggap perbuatan
itu tidak mendatangkan sebarang dosa. Mereka sewenang-wenangnya memberi
alasan penat atau sebagainya. Amaran dan ancaman laknat ALLAH dan
malaikat terhadap perbuatan itu langsung tidak berbekas dalam hatinya.

Wanita
solehah yang memahami kewajipan itu akan berusaha sebaik mungkin
menjalankan tanggungjawabnya. Sepenat manapun, dia akan berusaha
menunaikan segala permintaan suami. Ini kerana, redha ALLAH kepadanya
terletak pada redha suami terhadap dirinya.

Menjaga Batas Pergaulan

Isteri
solehah sentiasa memelihara auratnya ketika berurusan dengan lelaki
yang bukan mahram. Cara percakapan dan akhlak sentiasa diawasi agar
tidak melanggar batasan syarak. Dia tidak bercakap melainkan perkara
yang baik. Jauh sekali mengumpat dan mengeji orang lain. Larangan
mengumpat, menghina dan mengejek orang lain yang dinyatakan dengan
jelas oleh al-Quran dan sunnah sentiasa terpahat dalam hatinya.

Isteri
solehah membimbing dan menasihati suami dalam melakukan apa yang
terbaik untuk agama dan rumah tangga. Juga memberikan pandangan yang
bernas terhadap dakwah dan kerjaya suami. Wanita pertama yang menjadi
contoh terbaik dalam hal ini ialah Khadijah binti Khuwailid, isteri
pertama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan orang pertama yang beriman,
membenarkan, menyokong, berkoran jiwa dan raga serta sentiasa bersama
baginda di saat-saat sukar baginda dalam menyampaikan dakwah.

Segala
kebaikan, sokongan dan pengorbanan beliau ini mendapat pengiktirafan
dan penghargaan daripada ALLAH S.W.T. Sehinggakan ALLAH dan Jibril
berkirim salam kepada beliau dan menjanjikan sebuah mahligai untuknya
di syurga kelak. Hal itu adalah penghargaan ALLAH terhadap segala
kebaikan, layanan dan pengorbanannya buat suami tercinta.

Abu Hurairah menceritakan ketika saat wahyu mula-mula turun di mana baginda selalu bertahannuts di Gua Hirak:

“Jibril
mendatangi Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini Khadijah
telah mendatangimu. Bersamanya ada bekas yang berisi lauk, makanan atau
minuman. Apabila dia mendatangi kamu, maka sampaikanlah kepadanya salam
TUHANnya dan daripadaku dan berilah khabar gembira kepadanya tentang
sebuah mahligai di dalam syurga yang dibina daripada emas. Tidak ada
kesusahan dan keletihan di dalamnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Sentiasa Bersih dan Kemas

Wanita solehah telah dididik oleh
keluarga yang beragama. Dia cintakan ilmu pengetahuan dan sentiasa
bersedia menghadapi apa juga cabaran hidup. Dia akan sentiasa
menguruskan rumah tangga mengikut apa yang dipelajari dan dididik
kepadanya sejak kecil. Menjaga akidah, amal ibadah, solat, puasa dan
memastikan seluruh anggota keluarganya mentaati perintah agama. Dia
juga sentiasa berhias untuk suaminya dan memastikan dirinya sentiasa
kemas, bersih dan harum ketika berada di hadapan suami.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Antara
punca kebahagiaan anak Adam ialah memiliki isteri yang solehah, tempat
tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. Antara punca kecelakaan
anak Adam ialah isteri yang jahat, rumah yang tidak selesa dan
kenderaan yang tidak elok.” – Riwayat Ahmad melalui para perawi yang
sahih. 

Wanita solehah hanya berhias dan mempamirkan
kecantikannya hanya untuk suaminya. Dia tidak mempamerkan di hadapan
suami melainkan apa yang cantik dan wangi. Dalam sebuah riwayat
diceritakan:

“Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik
wanita. Baginda menjawab: Yang menyukakan kamu apabila memandangnya.
Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga
harta kamu.” – Riwayat Ahmad dan selainnya dan dihasankan oleh
al-Albani. 

Malang sekali ramai di kalangan wanita memandang
remeh perkara ini. Mereka salah faham lalu mempamerkan diri di hadapan
suami dalam keadaan kusut masai, berbau, pakaian compang-camping dan
sebagainya. Lebih buruk lagi ada yang hanya berkemban sepanjang berada
di rumah.

Sebaliknya apabila hendak keluar rumah, mereka berhias
secantik mungkin untuk dipamirkan kepada lelaki yang tidak berhak
melihatnya. Ini bukan sahaja tidak wajar, malah mengundang dosa besar
dan musibah terhadap keharmonian rumah tangga muslim.

Kesimpulan

Sebagai
kesimpulan, dalam memilih calon isteri, faktor agama perlulah dijadikan
matlamat utama. Jika itu yang dicari, sudah pasti suami akan mendapat
segala kebahagiaan dan ketengan di dunia ini sebelum menuju kepada
kebahagian yang kekal abadi di akhirat kelak.

Seorang suami
memerlukan pembantu yang solehah lagi bijaksana dalam melayari
kehidupan berumah tangga. Dengan ini tugas suami dalam memberikan
pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya menjadi lebih mudah. Dan
bahtera rumah tangganya dapat belayar dan berlabuh dengan aturan yang
betul dan diredhai ALLAH S.W.T.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1314.0

Sebelum kumencium tanah—nota buat Bunda

Sebelum ku mencium tanah
ingin sekali kukhabarkan padamu
bicara cintaku ini
agar nanti tidak ku terlewat
dan ajal datang menjemputku pulang
ke sisi sang Khaliq
Cintaku tidak akan pudar seiring usiaku
dan aku akan mencintaimu hingga akhir hayatku…
semoga kau mendengarkanku
saat ini…

by Zahraannur
http://zahraannur.wordpress.com

Setelah aku di paling~RAST~

Hampir aku hanyut
Kerana rindu
Pada harta
Yang pasti reput
Dan lenyap di sini

Hampir aku lupa
Pada yang kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku hina
Didalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling

Sungguh aku hina
Menagih secebis keampunanMu
Setelah aku malu

Sekelipnya mata mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia KAU ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedugup jatuh terleka
Dibuai arus dunia
Selangkahkan menghampiri
Kehancuran

(Ulang)
Yang hanya ku hina
Didalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah aku dipaling

hijjaz~tajuk sekali lagi lupe :p~

Biar berlinangan air mata
tak kan ku hentikannya
biarkan ia menyembuh luka
hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
sungguh ku tak mampu menghadapi semua iti
sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan perit jerih kehidupan
bisa meleraikan iman
kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
tak bisa mengubah segalanya
malah hingga taubat nasuha
mogakan di terima
Namun ku percaya
masih ada kesudahannya
kerana Allah itu maha kaya
maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
pasti ada jalan keluarnya
rezeki yang tak disagka-sangka
cukup Allah baginya
berkuasa segala-galanya
terima seadanya…

Dermawan

"Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata : Rasululah saw., adalah
sederma-dermawannya manusia dan sederma-derma beliau adalah di (bulan)
Ramadhan ketika Jibril menjumpai beliau. Ia menjumpai beliau pada
setiap malam Ramadhan, lalu beliau mentadaruskan Al Qur’an. Sungguh
Rasulullah saw. adalah lebih dermawan dalam kebaikan dari pada angina
yang diutus."
(HR: Bukhari)

Gradasi~~tak tahu tajuk ape :p~~

Di saat cinta menyemai rasa di jiwa

Menghiasi hidup indah

kan

masa

Luluhkan dengki menghapuskan benci

 

Kala cahaya-Nya

Membuka mata yang terlena

Sedarkan dari nafsu akan dunia

Rasa yang fana dan maya semata

 

Kan

ku ungkap rasa yang terindah

Tentang berkembangnya cinta

Yang semerbak wangi dalam jiwa

Yang kekal abadi selamaya


Hanyalah untuk Allah

Kan

kupersembahkan

Cinta tertinggi dan termurni

Yang tumbuh dalam nurani

 

Hanyalah untuk Alloh

Kan

kusandarkan

Segala pengharapan dan doa

Beri daku cahaya-Mu

 

Hanya Pada Allah kusandarkan

Hanya Pada Allah kudoakan

Hanya Pada Allah kuharapkan

Bagaimana Aqal kt di dalam Kubur?

Bagaimana Aqal  Kita Tatkala

Di Dalam Kubur ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Apa perasan kita jika
berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia
selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah
mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh
kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10
minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.

Setiap kali saya fikirkan
semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh
kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa
dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Bagaimana Bentuk Pusara Kita ?

Dalam alam barzakh adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti semasa hidup?

Ramai yang menjawab : "Tidak"

apabila saya utarakan hal ini.

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ 

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w  menyebut  berkenaan  ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no
6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47  : Al-Haithami :
Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi’ah ; Syeikh Syuaib
: Hasan Lighairi)

Kematian Itu Pasti

Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal.

Dalam keadaan status
penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan
tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang
kecil dan berselimut.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu.

Disebut dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya :
"Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang
itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa’ad
Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan
sanad yang baik ; al-Mughni ‘an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn
Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din
al-Maqdisi,  5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Bulan

Sempena 10 akhir Ramadhan ini, segeralah kita menyiapkan diri sehabis
mungkin untuk selamat dari sebarang azab kubur yang amat mengerikan.

Bagi orang yang bertaqwa,
inilah peluang terhebat. Bagi individu yang hatinya diselaputi sifat
nifaq dan dosa. Ia adalah a ‘piece of cake’ dan ‘need no worries’,
hidup untuk ENJOYYYY!! . Nau’zubillah.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

19 Ramadhan 1428 H

1 Oktober 2007

Hari Ini Tetap Indah Bagi Ku :-)

 

162495348l_2

Bismillahirrahminirrahim..padaMU aku berserah


Assalamualaikum warahmatullah.

Kesekiankali walau tak tahu nak tulis ape tp tulis jugak.
Hari ni tajuk tak spesifik dan takde ape keistimewaan. Cuma sembang2 kosong dgn
‘skrin monitor’. Beberapa bulan ini sy diasak oleh pelbagai persoalan hati dn
fikiran yg menuntut sy mencari dan terus mencari. Dan di tambah lagi dengan
soalan rakan-rakan yg agak sama dgn persoalan hati sy. Namun apa yg merisaukan
dr sy sendiri adlh penerimaan rakan atas stp pandangan sy, dan penerimaan sy
terhadap pandangan2 yang telah sy baca. Takut2 atas kelemahan dn kekhilaafan
sy, mereka salah interpretasi, dn menyebabkn perkara yg tak diingini terjadi.
Lupakan tentang soalan rakan2 sy, sy cuba lari sejauh mungkin, namun kembali
berkait dgn diri sy. Benar. Saya tersepit krn sy pernah cuba lari dr persoalan
itu dlm diri sy, namun, tak berjaya dn ia semakin menambahkn ke’pening’an dlm
diri sy.

Sejak berminggu lalu sy mendpt
beberapa panggilan talifon, sms, email dn mesej dr fs daripada beberapa rakan.
Kebanyakan persoalan dn permasalahannya sama. Hati dn perasaan sesame
berlawanan jantina. Apa boleh sy katakan? Sungguh sy pun tak mengerti tentang
itu sbb sy belum pun pernah melaluinya, walau sy sedang mengalaminya, maksud sy
bukanlah sy sedang ber’couple’, tp sedang menyukai, itu sahaja. Betullah
agaknya apa yg org selalu katakana bhw perempuan kalau dah nak @ sudah habis
belajar, perkara yg dia fikirkan adalah ‘perkahwinan’..huhu, betulke? Itu sy
tak pasti. Isu ‘couple’ , ‘bercinta scr islami’ dn ‘pertunangn hati’ ini secara
jujurnya sy katakan mmg turut menjadi persoalan dlm dri saya. Haramke? Bolehke?
Adeke? Sy jadi keliru dn takut nak menjawab dgn org yg bertanya sbb sy sendiri
pun kurang kepastian. Namun, sy usahakan juga atas sbb sahabat2 dan sy sendiri.
Banyak artikel yg sy baca dan pendapat lebih kurang sama namun ‘berbeza’. Sy
cuba beritahu sahabat2 sy dgn pelbagai cara mengikut kemampuan mereka menerima
pandangan sy. Namun, soalan mereka tak berhenti kat situ. Kena putuslah ye?
Habistu bukan ke kalau dah masing2 sama2 dah berjanji, maknanya itu dah dikira
‘bertunang’ dlm islam? Kan dlm islam waktu bertunang tu lah berlakunya proses
‘taaruf’? Ah, sy semakin pening.

Sy tertarik dgn tulisan Ust.
Hasrizal (saifulislam.com) krna beliau selalu menekankan tentang ‘root and basic’ bg sesuatu perkara. Di
sini sy byk belajar bermuhasabah tentang ‘tujuan dan sebab’ sesuatu perkara itu
dilakukan atau diarah utk dilakukan, baru perlu kt lihat kpd ‘cara2 dan
pendekatan’ utk melakukannya. Dan sudah menjadi tanggungjwb kt sebagai muslim
utk mengaitkan setiap perkara yg berlaku dn bakal kt lakukan dgn menjadikan
islam sbg asas dn pertimbangan. Pekara mudah sebagai contoh adalah kepada
persoalan ibadah kt. Adakah selama ini ibadah kt selama ini hanya sbg ‘ritual
and culture’
semata? Kini baru sy sedar, kefahaman sy selama ini tentang
ibadah amatlah cetek yg menghalang sy betul2 istiqamah dgn sesuatu ibadah dn
kadangkala tiada kekhusyukan. Dan melalui pembacaan sy dr blog lain, sy kini
faham akan konsep dan tujuan ‘perhambaan’ sy selama ini. Selama ni sy selalu
fikirkan tentang apa sahaja yg sy lakukan, sy kena ikhlas sbb sy nak ia
diterima sbg ibadah di sisi ALLAH swt. Namun, kadangkala sy gagal mencari
keikhlasan tersebut dek kerana kurangnya kefahaman sy tentang ‘root and basic’ bg ibadah. Artikel
Ibadah adalah Cinta amat mengujakan sy utk membacanya. Dan petikan kata2 ibnu
Qayyim tentang ibadah benar2 memahamkan sy tentang ‘tujuan dan sebab’ dan ‘root and basic’ ibadah dan kecintaan.
Maka fahamlah sy sekarang kenapa kebanyakan ustaz ‘menghalang’ dan menafikan
istilah couple.

 

Syair_hab_mg_sk

~~Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.~~ Ibnu Qayyim


Sy tidak menafikan fitrah
mencintai sesama insan, Cuma sy galakkan dr utk berfikir status ibadah sy yg
mana kini sedang mendamba cinta insani melebihi dambaan sy pada cinta hakiki.
Dan baru kini sy benar2 faham akan kata2 umar ibnu khattab tentang ‘tidak akan gundah hatimu walau sesaat jika
kamu benar2 faham dan tahu tujuan dan matlamat sebenar kamu atas apa yg kamu
lakukan’.
Dan kalau kita masih berkasih-kasihan dengannya, mengucap kata
rindu dan sayang kt padanya melebihi kata rindu dan sayang kt padaNYA,
melaporkan stp geri tindakan kt padanya setiap saat melebihi laporan kt
padaNYA, jadi apakah status ‘percintaan scra islami’ yg kt war2 kan? Tidakkah ia
kelihatan seperti ibadah kt terarah kpd si dia? Jika ya, masih relevankah
istilah couple, ‘bercinta scra islami’ atau mungkin ‘prtunangan dgn hati’ utk
kt terus tegakkan sebagai sesuatu yg ‘fitrah’ dan dibolehkan didlm islam?

Saya tidak katakana disini
perasaan mencintai seseorg itu suatu kehinaan sedangkan sy turut mengalami yg
sama. Dan tidak sy katakan ‘pertunangan dgn hati’ itu tiada dlm islam. Tapi, sy
mengajak sahabat2 bermuhasabah tentang tindakan kt mengawal setip perlakuan kt
utk tidak mengikut tuntutan perasaan dan mencari cara yg betul2 diredhai ALLAH
swt dalam melayari setiap ikatan perasaan.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan
janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahuinya.”
(AL-BAQARAH ayat 42)

"Dan juga kaum Ad dan Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan
menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka lalu ia menghalangi
mereka dari jalan (ALLAH), sedangkan mereka adalah orang-orang yang
berpandangan tajam.


(Surah Al-Ankabut,Surah ke-29,ayat 38)


 

Sama2 kita renungkan maksud2
surah di atas dan bermuhasabah. Seperti kata Abu Saif a.k.a. Ust. Hasrizal ~
betulkan SIKAP terhadap ilmu dan ilmuan. Agar semua yang membaca dapat belajar
mengenal batas dan membataskan diri~.

Apa2 kelemahan datang dari sy
sendiri. Sekadar mengingati dan memahami diri sendiri dan berkongsi dengan
sahabat2 especially sahibah2 tersayang. Kerana ana sayangkan kalian J
Untuk rujukan lanjut sy cadangkan sahabat2 membaca pada blog2 dan buku2 islam
dan ilmiah (saifulislam.com, tehranifaisal.blogspot, ukhwah.com,
studiomuslim.com dsb~cadangan sy shj) dan pertimbanglah menggunakan akal
berlandaskan iman dan berpandukan syariat melalui al-quran dan sunnah
Rasulullah saw.

Wallahua’lam..Ana faqir ila ALLAH swt

Wp18_full_2

“O Allah the Beloved One,
I ask You to make me a lover of You,
a lover of everyone who loves You,
and a lover of any action that may bring me closer of loving You.”