tanda-tanda KIAMAT
September 18, 2007
Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum..sekali lg ini hanya bcara ana sbg insan biasa serba daif..semoga kt semua mendapat manfaat atas setiap peringatan dr teman2 kita..dn kita berusaha persiap kan dr utk menemui ALLAH swt dlm keadaan hati yg bersih dn beriman sepenuhnya tidak kira bilapun kiamat datang.. Apepun, hidup mati, kiamat etc++ itu semua atas urusan dn kehendak ALLAH swt sahaja…kita sebagai hambaNYA wajib menjalankn tanggungjawab selagi kita hidup dn berkemampuan..semoga setiap dosa kita diampunkn ALLAH swt dn sentiasa berada dlm baraqah dn rahmat ILAHI..insyaALLAH..sama2 kita fikirkan sejenak hadith2 berikut selaras sgn setiap perkara yg telah berlaku mutakhir ni…adakah kita berada dipenghujung? dn yang pasti…dimanakah kedudukan@tahap keimanan kita sebagai hambaNYA setakat ini? hmmm…wallahua’lam
_nahwanNUR_fadilah_
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat"
HADITH-HADITH dn PERKARA YG TLH BERLAKU
Rasulullah S.A.W telah bersabda,
” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan
di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”
Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki
taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum
dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan
tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka
kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”
Sekiranya hadis di bawah mempunyai kesalahan harap dimaafkan dan perbetulkan utk kebaikan semua
Di antara tanda kiamat:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan
salah 1) diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” - Sahih Bukhari~ dah mulai kan?…
(fyi, hari ini kaum militan Yahudi sedang berusaha mengepung dan
membakar masjid Al Aqsa. Palestina sedang mempertahankan. Mari kita
berdoa beroda utk kejayaan dan kemuliaan Islam)2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk,
yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keledai). Maka
pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim~ Dah tampak kan?…
3) Bermaharajalela alat musik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition dan macam macam lagi
4) Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” -
Riwayat Nasai.~ terlihat sudah masjid2 besar tanpa jamaah…
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan
silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengakui orang tua karena malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - Riwayat Ahmad~ boleh kita hitung berapa ulama besar yang tinggal.. .
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani~ george bush
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - Riwayat Ahmad~ Terkadang sesama muslim kenal pun tak bertegur sapa…
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”.~ Pakaian zaman sekarang ini (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani~ Gak percaya lihat saja sendiri…
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2
yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana
itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim -~ coba baca majalah2 yang popular sekarang ini…
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad~ tengok ke peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″ - Sahih Muslim~ Dubai dah turun salju… Mina dah kena banjir
lebih lanjut boleh rujuk di sini
http://www.harunyahya.com/ (boleh download 5 bahagian)
Entry Filed under: koleksi HADITH. .
Leave a comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Subscribe to the comments via RSS Feed