Suri Rumah Tangga?

Bismillahirrahmanirrahim… tak tahu nak mulakan tulisan dengan apa..dan tak
tahu nak bincang topik apa..cumanya ada beberapa persoalan yg tak pernah putus
dlm fikiran sy yg kadangkala di anggap enteng oleh kebanyakan.. huhuhu..kata
tak tahu menulis tapi teringin menulis..ape2 je lah…kalau suka, baca,
alhamdulillah semoga ada iktibarnya.. kalau tak suka, sy pun tak boleh nak buat
apa2.. hikhik.. ramuan pertama perbincangan kpd inti utama..hahaha..biar pening
kepala org baca..okey, terusje pd tajuk pertama..tentang kerja..

alhamdulillah dah 2bulan sy bekerja setelah tamat pengajian.. Cuma yg
menjadi kekeliruan kerisauan kekacauan dlm hati adlh kerana kerjaya ini tidak
seperti yg sy bayangkn sejak kecil.. hikhikhik..gelak lagi sy sebabnya teringat
cerita sepupu yg pernah tinggal dgn keluarga sy waktu kecik2 dulu.. ‘ayah kamu
risau sgt2 dgn km..’ sy hanya tersenyum sbbnya sy sudah tahu perkara yg paling
merisaukn ayah sejak dulu.. ‘apa cita2 kamu dilah?’ayah tanya waktu
kecik2..kenangan terindah di samping semua ahli keluarga, mak, ayah, yop,
angah, alang n adik yg masih kecil, tadika kalau tak salah.. habis semua
ditanya, dn akhir tiba masa sy menjawab…. ‘nak jadik macam mak..’
excited..tp,lain pulak reaksi semua org..tercengang..mak keje ape?..’nak jadik
macam mak lah…suri rumah sepenuh masa’ jawab sy sambil tersengih lagi
kesukaan sbb semua org tahu cita2 sy.. rupanya cerita tak habis kat situ.. kak
ijah (sepupu) bukak balik crite lama dn sy seperti biasa cuma senyum..ya,
memang itu cita2 sy dulu kini dan selamanya.. Cuma yg menghairankn, kenapa
mesti org hairan dn ada yg tak boleh terima.. ‘km ingat lelaki sekarang boleh
harapke? Sekarang taraf hidup tinggi, semua kene guna duit, mampu ke laki kamu
nk tanggung? Mungkin bg kamu niat tu suci, tapi kt mesti tolong suami..’ rakan
sy membidas..hahaha..lelaki mesti pelik, hal2 n pon perempuan bincangka? Huh,
mestilah, setiap perbincangan kami jugak kadangkala perancangan..Cuma
perancangan otak yg tak tertulis saje, itu rahsia kaum ibu :p sapa kata tak
mahu tolong suami, siapa kata niat tu suci dan siapa pulak kata lelaki sekarang
tak boleh diharap? Yang korang nak cari yg tak boleh harap watpe? ..anggapan
orang, kt tak boleh nak ubah, cuma bg sy ada sebabnya setiap impian sy simpan
dlm hati. ‘Nk jadi macam mak sebab mak tak pernah marah kalau sy nakal, tp, mak
cukup pantang kalau sy jahat.. mak yg ajar sy ABC, mak yg mula2 ajar sy faham
malu, mak yg jaga sy ngan adik beradik lain, tak penah mengeluh..mak yg mula2
suap sy, mak yg selalu senyum kalau ayah balik walau dlm keadaan penat @
marah,..mak yg ajar sy dn kawan2 mengaji..dn dlm mak lah sy mula2 tinggal’
huhu…macam iyo yo oo je alasan tuh.. tu sebab sy tak pernah bg tahu org..
‘poyo’, beriya, macam baik mesti kene batang idung.. Biakanlah.. ‘Pak Cik
selalu suruh kak ijah tolong kamu, sbb die risau sgt bile km kate nak jd macam
mak?’ sy senyum lg.. sy tahu, ayah risau bukan sebab kerja mak sbg ‘suri rumah
tangga’ tu hina, cuma, dlm banyak adik beradik sy lah yg punya cita2 ‘serendah’
itu, ditambah lagi, pencapaian akademik pun seperti menyokong keinginan sy
(teruk lah tuh..heheh). Alang selalu kene panggil ngn cikgu sbb adik die ni
malas buat keje, tdo++, nakalnya waktu kecik2
J.

Dscn5916_1

adik beradik yg banyak bagi semangat


Bg saya itulah kerjaya yg paling mulia… suri rumah tangga.. bukanlah definisi bg wanita yg tak
berkerjaya..sbb ada jugak suri rumah tangga dan part time ‘bekerja’. Cuma apa
yg kt nak faham, setiap kaum ibu itu, tanggungjawab sbg suri rumah tidak akan
terlepas, samaada fulltime @ part time… Kerjaya yg paling memerlukn
ketabahan, kesabaran dn stratergi yg berkesan dlm pengurusan…  tak tahulah pulak pandangan org lain..ini hanya pandangan sy semata tanpa fakta tapi atas pemerhatian dn penganalisaan..hikhik..senyum yop senyum :-)

2 Responses to “Suri Rumah Tangga?”


  1. 1 L i E n sZ February 12, 2008 at 12:14 am

    faka…best ar bace blog ko…
    best sgt2…bile nk bukukan utk lin ni?
    special edition
    khas utk lin sorg je…

  2. 2 سهارين May 26, 2008 at 3:30 am

    ada jugak org yg mcm nie…
    ingatkan dah xde…

Leave a Reply