Archive for September 27th, 2007

Kerja, Jiwa, Amanah dn Tanggungjawab :: Ikhlaskan aku ya ALLAH

Image382_1

tempat kijo yg semak waktu 1st day

Bismillahirrahmanirrahim..ini sambungan previous post..huhu..Sampai alam bekerja.. kerja kat mana?..consultant firm.. ‘wah, private
company tuh..mesti tinggi gaji..’ huhu, kenyataan ke pertanyaan tuh? Bingung
jugak saya.. tp, alhamdulillah, lumayan tu tidak, cuma harapan saya, gaji yang saya dapat
yakin halal nya setimpal dengan kerja yang saya lakukan.. maksud kamu? Soalan lagi yang
sahabat tanya..maksud saya, kenapa kamu sedih kalau orang suruh kamu buat macam-macam sedangkan
yang ‘macam-macam’ kamu lakukan tula yang bagi kamu pengalaman dan ilmu..

Bagi saya, walau kerja-kerja
pengkeranian sekalipun orang suruh saya buat, saya rasa syukur supaya taklah hujung
bulan masa dapat gaji saya berfikir-fikir kerja apa yang saya lakukan yang melayakkan saya mendapat
gaji sebanyak ni? Walau secara profesionalnya, gaji say atak lah sebesar
profesion lain.. namun alhamdulillah..cukup

Cuma..hmmm, banyak ‘cuma’ nya ye..yang sekarang cumanya ialah
profesion ni seperti tidak selari dengan jiwa saya.. ape yang jiwa kamu nak?
Hahahah..macam-macam… saya suka komputer, sejarah, math n astronomi, bahasa..ape
lagi? Boleh dikatakan semua pernah jadi cita-cita saya.. ahli astronomi, pakar
matematik, jurutera, pakar bahasa, computer programmer..Cuma yang tak pernah
terlintas ialah nak jadi, guru, doktor dn pelukis..dn akhirnya, atas ketentuan ALLAH swt,
pelukis jugalah profesion saya..huhu, alhamdulillah di sini rezeki saya… itu saya faham dan saya terima seadanya..

Namun, saya cuba mencari kerjaya yg lebih kepada
perwatakan saya.. sedang dan masih mencari di samping menjalankn tugas saya dalam
kerjaya sekarang seikhlas dan sebaik yang mungkin.. ‘Ha!!! Kamu!! Kenapa kamu takut sangat dengan saya?
Saya makan kamu ke? Saya makan orang ke? Tolonglah kuatkan sikit suara kamu tuh? This
is your final presentation..You’ve to be more serius!!’ huhu, kene sergah lagi
saya..sebabnya mudah dan seperti kebiasaan seawal saya memasuki bidang ni… ‘orang
yg macam ni, kurang self-confidentnya..believe yourself, kalau tak client pun dah
tolak proposal kamu awal2..’ kata sorang lagi yang pasti mengguris hati sesiapa sahaja yang
mendengarnya…marahke saya mendengarnya? Berkecil hati ke saya? Hmmm…bagi saya,
itulah yang membina kekuatan dalaman saya..biar orang tak tahu di mana kekuatan yang
saya bina..asalkan saya faham kekuatan telah saya bina sedikit demi sedikit..

Realitinya…

..saya memang sedari dulu kurang minat melukis..tapi, suka sangat tengok lukisan orang lain especially abang saya. Kagum dengan orang yang pandai melukis. Tapi, kehendak dan perancangNYA lebih teliti dari yang saya dapat jangkakan, dan atas ketentuanNYA juga sekarang saya bekerja dalam dunia seni..dan melukis idea menjadi suatu ‘kewajipan’. Alhamdulillah dan saya harap melalui lukisan dan idea saya dapat memberi manfaat buat orang lain dan semoga ALLAH swt sentiasa redha dengan kerja saya sekarang. Tidak keseluruhan
jiwa saya masuk dengan bidang ini, namun itu semua sudah menjadi tanggungjawab saya
untuk men’jiwa’i nya dan ikhlas dlm melakukannya..sebab bagi saya, ini yang ALLAH swt
amanahkan saya buat masa sekarang..
masa depan? saya masih mencari sesuatu yang lebih dekat dengan jiwa.. insyaALLAH doakan ye semua..mungkin suri rumah tangga sepenuh masa..hahaha..senyum yop senyum :-)

Suri Rumah Tangga?

Bismillahirrahmanirrahim… tak tahu nak mulakan tulisan dengan apa..dan tak
tahu nak bincang topik apa..cumanya ada beberapa persoalan yg tak pernah putus
dlm fikiran sy yg kadangkala di anggap enteng oleh kebanyakan.. huhuhu..kata
tak tahu menulis tapi teringin menulis..ape2 je lah…kalau suka, baca,
alhamdulillah semoga ada iktibarnya.. kalau tak suka, sy pun tak boleh nak buat
apa2.. hikhik.. ramuan pertama perbincangan kpd inti utama..hahaha..biar pening
kepala org baca..okey, terusje pd tajuk pertama..tentang kerja..

alhamdulillah dah 2bulan sy bekerja setelah tamat pengajian.. Cuma yg
menjadi kekeliruan kerisauan kekacauan dlm hati adlh kerana kerjaya ini tidak
seperti yg sy bayangkn sejak kecil.. hikhikhik..gelak lagi sy sebabnya teringat
cerita sepupu yg pernah tinggal dgn keluarga sy waktu kecik2 dulu.. ‘ayah kamu
risau sgt2 dgn km..’ sy hanya tersenyum sbbnya sy sudah tahu perkara yg paling
merisaukn ayah sejak dulu.. ‘apa cita2 kamu dilah?’ayah tanya waktu
kecik2..kenangan terindah di samping semua ahli keluarga, mak, ayah, yop,
angah, alang n adik yg masih kecil, tadika kalau tak salah.. habis semua
ditanya, dn akhir tiba masa sy menjawab…. ‘nak jadik macam mak..’
excited..tp,lain pulak reaksi semua org..tercengang..mak keje ape?..’nak jadik
macam mak lah…suri rumah sepenuh masa’ jawab sy sambil tersengih lagi
kesukaan sbb semua org tahu cita2 sy.. rupanya cerita tak habis kat situ.. kak
ijah (sepupu) bukak balik crite lama dn sy seperti biasa cuma senyum..ya,
memang itu cita2 sy dulu kini dan selamanya.. Cuma yg menghairankn, kenapa
mesti org hairan dn ada yg tak boleh terima.. ‘km ingat lelaki sekarang boleh
harapke? Sekarang taraf hidup tinggi, semua kene guna duit, mampu ke laki kamu
nk tanggung? Mungkin bg kamu niat tu suci, tapi kt mesti tolong suami..’ rakan
sy membidas..hahaha..lelaki mesti pelik, hal2 n pon perempuan bincangka? Huh,
mestilah, setiap perbincangan kami jugak kadangkala perancangan..Cuma
perancangan otak yg tak tertulis saje, itu rahsia kaum ibu :p sapa kata tak
mahu tolong suami, siapa kata niat tu suci dan siapa pulak kata lelaki sekarang
tak boleh diharap? Yang korang nak cari yg tak boleh harap watpe? ..anggapan
orang, kt tak boleh nak ubah, cuma bg sy ada sebabnya setiap impian sy simpan
dlm hati. ‘Nk jadi macam mak sebab mak tak pernah marah kalau sy nakal, tp, mak
cukup pantang kalau sy jahat.. mak yg ajar sy ABC, mak yg mula2 ajar sy faham
malu, mak yg jaga sy ngan adik beradik lain, tak penah mengeluh..mak yg mula2
suap sy, mak yg selalu senyum kalau ayah balik walau dlm keadaan penat @
marah,..mak yg ajar sy dn kawan2 mengaji..dn dlm mak lah sy mula2 tinggal’
huhu…macam iyo yo oo je alasan tuh.. tu sebab sy tak pernah bg tahu org..
‘poyo’, beriya, macam baik mesti kene batang idung.. Biakanlah.. ‘Pak Cik
selalu suruh kak ijah tolong kamu, sbb die risau sgt bile km kate nak jd macam
mak?’ sy senyum lg.. sy tahu, ayah risau bukan sebab kerja mak sbg ‘suri rumah
tangga’ tu hina, cuma, dlm banyak adik beradik sy lah yg punya cita2 ‘serendah’
itu, ditambah lagi, pencapaian akademik pun seperti menyokong keinginan sy
(teruk lah tuh..heheh). Alang selalu kene panggil ngn cikgu sbb adik die ni
malas buat keje, tdo++, nakalnya waktu kecik2
J.

Dscn5916_1

adik beradik yg banyak bagi semangat


Bg saya itulah kerjaya yg paling mulia… suri rumah tangga.. bukanlah definisi bg wanita yg tak
berkerjaya..sbb ada jugak suri rumah tangga dan part time ‘bekerja’. Cuma apa
yg kt nak faham, setiap kaum ibu itu, tanggungjawab sbg suri rumah tidak akan
terlepas, samaada fulltime @ part time… Kerjaya yg paling memerlukn
ketabahan, kesabaran dn stratergi yg berkesan dlm pengurusan…  tak tahulah pulak pandangan org lain..ini hanya pandangan sy semata tanpa fakta tapi atas pemerhatian dn penganalisaan..hikhik..senyum yop senyum :-)