Archive for September 18th, 2007

tanda-tanda KIAMAT

Bismillahhirrahmannirrahim..Assalamualaikum..sekali lg ini hanya bcara ana sbg insan biasa serba daif..semoga kt semua mendapat manfaat atas setiap peringatan dr teman2 kita..dn kita berusaha persiap kan dr utk menemui ALLAH swt dlm keadaan hati yg bersih dn beriman sepenuhnya tidak kira bilapun kiamat datang.. Apepun, hidup mati, kiamat etc++ itu semua atas urusan dn kehendak ALLAH swt sahaja…kita sebagai hambaNYA wajib menjalankn tanggungjawab selagi kita hidup dn berkemampuan..semoga setiap dosa kita diampunkn ALLAH swt dn sentiasa berada dlm baraqah dn rahmat ILAHI..insyaALLAH..sama2 kita fikirkan sejenak hadith2 berikut selaras sgn setiap perkara yg telah berlaku mutakhir ni…adakah kita berada dipenghujung? dn yang pasti…dimanakah kedudukan@tahap keimanan kita sebagai hambaNYA setakat ini? hmmm…wallahua’lam

_nahwanNUR_fadilah_

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat"

HADITH-HADITH dn PERKARA YG TLH BERLAKU

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan
di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq

Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja,
Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari
mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka
juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan
pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat
dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki
taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan
menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum
dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan
tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka
kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

Sekiranya hadis di bawah mempunyai kesalahan harap dimaafkan dan perbetulkan utk kebaikan semua

Di antara tanda kiamat:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
   Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan
salah 1) diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” - Sahih Bukhari

   ~ dah mulai kan?…

(fyi, hari ini kaum militan Yahudi sedang berusaha mengepung dan
membakar masjid Al Aqsa. Palestina sedang mempertahankan. Mari kita
berdoa beroda utk kejayaan dan kemuliaan Islam)

2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk,
yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keledai). Maka
pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” - Sahih Muslim

   ~ Dah tampak kan?…

3) Bermaharajalela alat musik.
   “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”
   Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
   menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah

   ~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition dan macam macam lagi

4) Menghias masjid & membanggakannya.
   “Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” -
   Riwayat Nasai.

   ~ terlihat sudah masjid2 besar tanpa jamaah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
   “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan
   silaturahim & sikap yang buruk dalam  tetangga.” - Riwayat Ahmad dan Hakim.

   ~ ada anak tak mengakui orang tua karena malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
   “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
   muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
   mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” - Riwayat Ahmad

   ~ boleh kita hitung berapa ulama besar yang tinggal.. .

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
   “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
   Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
   beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

   ~ george bush

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
   “Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
   mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” - Riwayat Ahmad

   ~ Terkadang sesama muslim kenal pun tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang”.

   ~ Pakaian zaman sekarang ini (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar.
    “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan  sabit.” - Riwayat Thabrani

    ~ Gak percaya lihat saja sendiri…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2
    yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana
    itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim -

    ~ coba baca majalah2 yang popular sekarang ini…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad

    ~ tengok ke peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″ - Sahih Muslim

    ~ Dubai dah turun salju… Mina dah kena banjir

lebih lanjut boleh rujuk di sini

http://www.harunyahya.com/ (boleh download 5 bahagian)

http://harry.sufehmi.com/archives/2005-04-27-894/

Penjenamaan Islam: Pendapat Al-Qardhawi

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum warahmatullah wat sahabat wa sahabiah..ikhwah wa akhowat.. ana sgt tertarik dgn bicara ulama terkenal, Syeikh Dr. Yusof Al-Qardhawi yg ana baca dlm site UZAR..version ARABnya boleh baca dlm site Dr.Yusof Al-Qardhawi sndr..hakikatnya, ana tak berapa faham Arab nih..so, kita boleh sama2 ambil perhatian wat perkara ni supaya kita terpengaruh oleh dakyah barat dlm memecah belahkn kefahaman sebenar terhadap agama islam yg syumul yg di bawa oleh Rasullullah saw.. Seperti kata kak syikin dlm buletin boardnye :p..ini bukan hal politik..ini berkaitan agama islam yg kita anuti.. so, harap sahabat2 tak memikirkan perkara yg menjurus ke arah politik..politik malaysia khasnya @ politik dunia umumnya..fikirkan secara kritis tentang perkara ni dgn berlandaskn iman dn ketaqwaan kita pd ALLAH swt dn agama islam…yg ni hanya pendapat ana semata..wallahua’lam..

_nahwanNUR_fadilah_

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menolak

Penjenamaan Islam Dengan Pelbagai Nama

( beberapa petikan dari artikel asal dan terjemahan beberapa teks sahaja)

Rujuk Artikel Asal

 

Bolehkah Islam Dijenamakan Semula?

 

 

من التعبيرات التي يُشنِّع بها العلمانيون والحداثيون تعبير (الإسلام السياسي)، وهي عبارة دخيلة على مجتمعنا الإسلامي بلا ريب،

Ertinya : Antara
slogan-slogan yang dipelopori oleh puak secular dan kumpulan modernisme
adalah slogan ‘Islam Siyasi’, iaitu satu bentuk slogan asing yang telah
memasuki masyarakat islam tanpa ragu lagi.

وهم يطلقون هذه الكلمة (الإسلام
السياسي) للتنفير من مضمونها ومن الدعاة الصادقين الذين يدعون إلى الإسلام
الشامل؛ باعتباره عقيدة وشريعة، وعبادة ومعاملة، ودعوة ودولة.

Ertinya : Gelaran yang mereka
berikan ini iaitu "Al-Islam As-Siyasi" sebenarnya untuk menjauhkan
orang ramai dari kandungan islam yang sebenarnya dan bagi menghambat
dari para pendakwah ikhlas yang sentiasa mengajak kepada pelaksanaan
Islam secara sepenuhnya, aqidah, syariah, ibadat, muamalat, dakwah dan
kenegaraan.

وقد كنت رددت على هذه الدعوة،
وفنَّدت هذه التسمية في فتوى مطوَّلة، ظهرت في الجزء الثاني من كتابي:
(فتاوى معاصرة)، ويحسن بي أن أقتبس فقرات منها فيما يلي:

Ertinya
: Sejak dahulu aku telah menolak ajakan (slogan) ini dan aku juga telah
menolak penamaan (gelaran) sebegini dalam fatwa yang panjang lebar yang
boelh dilihat dalam juzu kedua dari kitabku " Fatawa Muasiroh", maka
eloklah aku memetik beberapa peranggan darinya sebagaimana berikut :-

هذه التسمية مردودة وخاطئة:

وذلك لأنها تطبيق لخُطة وضعها
خصوم الإسلام، تقوم على تجزئة الإسلام وتفتيته بحسب تقسيمات مختلفة، فليس
هو إسلامًا واحدًا كما أنزله الله، وكما ندين به نحن المسلمين؛ بل هو
(إسلامات) متعدِّدة مختلفة كما يحب هؤلاء.

فهو ينقسم أحيانًا بحسب الأقاليم: فهناك الإسلام الآسيوي، والإسلام الإفريقي.

Ertinya :

Ini adalah penamaan (istilah) yang terolak dan salah

Ia sebenarnya adalah satu
bentuk pelaksanaan perancangan yang diletakkan oleh musuh-mush Islam.
Dibina atas asas ingin memecah-belahkan Islam dengan
pembahagian-pembahagian yang berbeza sehingga seolah-olah ia bukan
Islam yang satu seperti yang diturunkan oleh Allah s.w.t, dan
seolah-olah ia juga bukan sebagaimana (Islam) yang umat dianuti oleh
kita umat Islam. Mereka (telah wujudkan) banyak Islam yang berbeza
mengikut kesukaan mereka.

Antaranya mereka bahagikan Islam kepada pembahagian sempadan seperti : "Islam Asia" dan "Islam Afrika"

وأحيانًا بحسب العصور: فهناك
الإسلام النبوي، والإسلام الراشدي، والإسلام الأُموي، والإسلام العباسي،
والإسلام العثماني، والإسلام الحديث.

Ertinya : Kadangkala mereka
bahagikan menurut waktu " Islam Nabawi", "Islam Rasyidi (zaman
khulafa)", "Islam Umayi", "Islam Abbasi", "Islam Uthmani", "Islam
al-Hadith (moden)"

وأحيانًا بحسب الأجناس: فهناك الإسلام العربي، والإسلام الهندي، والإسلام التركي، والإسلام الماليزي… إلخ.

Ertinya : Adakalanya mereka
namakan menurut jenis kaum seperti : "Islam Arabi", "Islam India",
"Islam Turki", "Islam Malaysia" dan lain-lain.

وزادوا
على ذلك تقسيمات جديدة: فهناك الإسلام الثوري، والإسلام الرجعي أو
الراديكالي، والكلاسيكي، والإسلام اليميني، والإسلام اليساري، والإسلام
المُتزمِّت، والإسلام المُنفتح، وأخيرًا الإسلام السياسي، والإسلام
الروحي، والإسلام الزمني،!.

Ertinya : Dan mereka juga
menambah pembahagian baru yang seterusnya : sehingga ada "Islam Thawri
(revolusi), "Islam Radikal dan Klasik", "Islam Al-Yamini (Haluan
Kanan)", "Islam Al-Yasari (Haluan Kiri), "Islam Al-Mutazammit (Rigid),
"Al-Islam Al-Munfateh (terbuka) dan akhirnya wujud pula "Al-Islam
As-Siyasi" , "Al-Islam Ar-Ruhi ( ruh), "Al-Islam Az-Zamani (semasa)

تقسيمات مرفوضة للإسلام:

والحق أن هذه التقسيمات كلَّها
مرفوضة في نظر المسلم، فليس هناك إلا إسلام واحد لا شريك له، ولا اعتراف
بغيره، هو (الإسلام الأول)، إسلام القرآن والسنة.

الإسلام كما فهمه أفضل أجيال الأمة وخير قرونها، من الصحابة ومن تبعهم بإحسان، ممَّن أثنى الله عليهم ورسوله.

Ertinya : Semua penamaaan dan
pembahagian ini ditolak dalam Islam. Tiada Islam kecuali hanya satu
Islam dan tiada sekutu atau pelbagai jenis baginya. Tiada harus memberi
pengiktirafan kepada selainnya, yang diiktiraf hanyalah Islam yang
terawal yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah. Islam yang difahami
oleh sebaik-baik generasi dan kurun dari kalangan sahabat dan tabien
yang telah dipuji oleh Allah dan RasulNya.

 

فهذا هو الإسلام الصحيح، قبل أن
تشُوبه الشوائب، وتلوِّث صفاءه تُرَّهَات المِلَل وتطرفات النِّحَل،
وشطحات الفلسفات، وابتداعات الفِرَق، وأهواء المُجادلين، وانتحالات
المُبطلين، وتعقيدات المُتنطِّعين، وتعسُّفات المُتأوِّلين الجاهلين.

Ertinya : Inilah dia Islam
yang benar, sebelum dicemari kekotoran dan kekarutan ideologi,
falsafah, rekaan puak-puak, hawa nafsu para pendebat, penyusahan oleh
puak pelampau, dan salahguna puak pentakwil yang jahil. 

 

Sekian

 

http://www.zaharuddin.net/

7 September 2007

15 Syaaban 1428 H