Rasulllah Sallallahu’alihi Wassalam telah bersabda :
"Seorang
itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah, beliau tidak
menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah
dicapainya. Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu
hinggalah pada hari beliau menemui Allah. Dan seorang itu akan berkata
dengan perkataan yang dimurkai Allah. Beliau tidak menyangka bahawa
kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya. Allah
menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu hingga pada
hari beliau menemui Allah." [Riwayat Malik dan Tarmizi]"
Archive for July, 2007
Di
sini…aku terdiam resah,
Menghitung memanik rindu,
Menafsir dedebu kasih…
Sebagai
hamba Allah,
Kurindukan limpahan kasih rahmatNya,
Kupohon seberkas ihsan untuk secebis keampunan,
Kupohon keredhanNya atas segala-galanya,
Lantas aku terpaku…
Layakkah hamba yang dhaif ini dikabulkan doanya?
Sebagai
seorang anak,
Kurindukan titian kasih sayang,
Dibanjiri belaian kasih sayang tak bertepi,
Menjadi penghibur derita dan penawar nestapa,
Jua kucuba menggamit keredhaanNya,
Lantas aku terdiam…
Merenungi hakikat anak solehah yang masih jauh.
Sebagai
seorang sahabat,
Kurindukan untaian mesra,
Untuk mengundang serantai mesra ukhuwwah,
Bersama mengisi derita,
Jua berkongsi bahagia,
Namun aku tahu,
Aku belum mampu menjadi insan bergelar sahabat sejati.
Sebagai
seorang pelajar,
Kurindukan segumpal kejayaan,
Agar mampu mengukir senyuman si pengharap,
Mencipta kepuasan ibubapa tercinta,
Jua mengering keringat jerih mereka,
Tapi….Aku cukup mengerti aku belum bersedia.
Dan
di sini aku terpaku dan terdiam,
Di bening malam kubermunajat kepada Illahi,
Mengalung restu dan doaNya,
Ku pasrah pada Mu Ya Illahi..
Sumber : www.nur-mutiara.blogspot.com
Recent Comments