M.L.A: Bicara Ilmu, Kerja dan Jaya

‘Nahwan, does Islam teach you to respect other’s time, I mean; does Islam encourage you to be punctual?’

Soal Vince suatu hari. Saat itu kami sedang menanti ahli kumpulan yang lain yang masih belum kelihatan, kerja untuk menyelesaikan Pelan Induk Landskap sebesar bilik 3 x 3 m itu yang perlu di hantar ke esokan harinya perlukan komitmen yang besar dari segenap ahli, namun kecewa juga yang merajai. Saat itu saya lihat kumpulan lain juga masih belum cukup ahlinya, dan paling teruk apabila kumpulan saya hanya ada saya dan Vince. Malu juga di buatnya dengan persoalan itu. Saat itu saya sedang mewarna pelan induk yang sebesar meja guru sekolah, itu baru satu per lima daripada bahagian yang ada. Saya tidak sesuka hati menyatakan bahawa Vince seorang yang skeptik dengan Islam. Malah saya memahami bahawa situasi yang membuatkan Vince dan mungkin teman yang lain bersikap sedemikian. Apabila terbit soalan begitu, saya suka mengambil sikap memerhati kembali ke dalam diri sendiri. Suatu perkara terjadi tentu ada sebabnya, begitu juga persoalan.

‘Tentulah tidak. Islam itu sendiri mengajar dari sekecil-kecil perkara sehinggalah perkara besar. Malah dalam Islam, masa itu ibarat nyawa. Dan kami ada surah khas yang menekankan tentang masa. But then in the end, it comes to the individual manners itself.’

Jawab saya ringkas.

‘Ya, I pernah dengar dan 

even I take pendidikan Islam in secondary school. But, almost muslim yang I be working with, most of them is far different with what Islam is. Actually, you are the one who change my bad perspective towards muslim before. If there is more muslim like you, I bet, no non muslim will refuse to living along with Islam.

Katanya. Nah, benar teori yang membutuh pemikiran skeptik non muslim kepada kita adalah kerana etika dan akhlak muslim itu sendiri.

‘I’m not the good one. You can find better muslim out there. Tapi, jika kamu lihat satu sisi buruk saya, so it should not response to Islam, it comes from my oversight. Apapun, I should say Alhamdulillah.

‘All praise is due to Your God?’

Soalnya yang merupakan jawapan kembali.

‘Ya. 

The Only One

Senyum.

Gagal Muslim kerana Gagal Memahami Islam. Sungguh Islam itu amat menekankan masa dan menghormati masa merupakan tuntutan. Bukan sahaja dalam mengatur masa sendiri, tetapi dalam menghormati masa rakan lain yang bekerjasama. Dan bijak dalam kita mengurus masa itulah gambaran sebenar kita sebagai Muslim yang beretika.

musleem-LAarchitect copy

Masa dan Kejayaan

Masa amat sinonim dengan kejayaan. Malah jika di lihat ribuan buku motivasi kejayaan, faktor pengurusan masa adalah perkara utama dalam menyuburkan akar kejayaan. Siapa berusaha bersungguh dalam sela masa yang ada, maka dia di jamin kejayaan. Siapa yang berleka-leka dalam masanya, maka dia lah yang kerugian.

Malah dalam kerjaya, perkataan masa adalah perkataan keramat yang mampu menggambarkan suasana. Masa masuk dan pulang kerja, masa itu adalah amanah bagi kita mendekati perkara-perkara yang di amanahkan di dalam pekerjaan kita. Namun, jangan lupa amanah ‘kerja’ yang di tuntut sejak kita lahir dan muslim, kerja untuk Dia. Kerja juga merupakan ibadah jika kene pada tempatnya. Namun jika sebab kerja dunia kita terlewatkan solat, di larang bersolat atau apa sahaja yang melalaikan kita kepada ibadah wajib, maka itu sudah tidak jadi kerja. Keberkatannya juga entah kemana.

Kejayaan itu hadir sementelah adanya usaha. Usaha dalam cabang yang pelbagai. Jika di ambil di dalam sudut seorang pelajar, maka kejayaan itu bukan pada segulung ijazah sahaja, namun di dalam kesemua aspek dan kredit yang telah di lalui. Kejayaan dalam mendapati segulung ijazah, itu satu. Namun, sejauh mana kejayaan dalam kita menguasai bidang ilmu dan sejauh mana ilmu itu nanti mampu membuahkan amal yang harmoni dengan kehendak Islam.

.

Ilmu dan Kecemerlangan

Jika di selak lembar sirah terdahulu, empayar Islam berkembang pesat saat wujudnya ilmuan Muslim yang menjuarai pentas kecemerlangan di dalam aspek kehidupan. Mereka, bukan sahaja menguasai sesuatu bidang Ilmu, malah cemerlang dalam menguasai bidang tersebut. Cemerlang di sini bermaksud mereka benar-benar menguasai bidang Ilmu tersebut, bukanlah ala kadar seperti pelajar kita hari ini.

Telah menjadi suatu isu hangat di kalang aktivis dakwah di universiti dan mereka yang ulat buku berselisih pendapat tentang kepentingan cgpa dan gerakan haraki, dan pelbagai cabang kehidupan saat itu.

‘Nahwan, nti rasa betulkah CGPA penentu kecemerlangan dalam pelajaran?’

Soal seorang sahabat aktivis dakwah yang biasa sahaja.

‘Jika ukuran di Universiti, ana akan kata Ya, dan terlibat dengan kokurikulum juga satu kelebihan yang mampu menterjemah kecemerlangan di gelanggang universiti’

Jawab saya ringkas.

‘Betulkah begitu? macamana pula jika asyik belajar dan mendapat keputusan cemerlang, tetapi tidak melibatkan diri dalam jemaah, dunia di kendong, akhirat keciciran.’

Tambahnya lagi.

‘Benar juga. Tapi itu dalam sudut pandang mata kasar manusia. Cuba lihat sumbangan dia pada Islam. Maksud ana, lihat kecemerlangan dia itu, ada orang bukan Islam yang memandang, lalu mereka berkata, Islam bukanlah agama yang lekeh, mampu juga menghasilkan orang cemerlang! Nah, kan dia sudah mampu mengharumkan nama Islam’

Jawab saya kembali.

‘Kak nahwan, saya aktif dalam persatuan Islam, tetapi saya punya pelajaran biasa sahaja. Macamana?’

Soal seorang adik.

‘Jadikan kamu cemerlang dalam kepimpinan dan dakwah.’

Jawab saya ringkas.

‘Pelajaran?’

Soalnya kembali.

‘Itu fardhu ain buat kamu sekarang ini. Tuntut ilmu sebaik mungkin, tapi jangan tinggalkan dakwah dan persatuan, kerana itu juga amanah buat kamu sekarang ini. Jangan kamu tersungkur dalam pelajaran sebab persatuan, dan jangan tersungkur di dalam persatuan sebab pelajaran. Dua-dua penting, tetapi tentukan di mana prioriti dan selaraskan dengan kemampuan kamu.’

Tambah saya kembali.

‘Jadi macamana? CGPA saya tak sampai 3 

pointer. Boleh bagi tips akak untuk cemerlang?’

Pintanya kembali.

‘CGPA dakwah dan ilmu sebenarnya terletak pada pandangan ALLAH. Bagi akak, jalan kamu dakwah dan kepimpinan, cuba di tolak akak berucap di tengah awam, memberi tazkirah di surau muslimah macam kamu, kakak pasti tak mampu dan tidak secemerlang kamu. Tetapi jika di letakkan akak di dalam pertandingan begini, menjadi wakil dalam pameran untuk fakulti, lalu itu memang bahagian akak, sebab tidak perlu bercakap, sekadar mereka cipta. Kita ada jalan berbeza, apa yang sebenarnya ALLAH mahu lihat, di mana lapangan kita di campakkan, dia mahu kita cemerlang, cemerlang dalam erti kata, membawa Islam dalam kecemerlangan.’

Jawab saya mengakhiri perbualan.

‘Padil, saya malu nak

join jemaah. Lagipun kalau saya join, pasti keputusan saya jatuh.’

Luah seorang sahabat sefakulti.

‘Dah cuba? Jemaah ini membentuk fikrah, supaya kita faham dengan Islam, punya kawan sama-sama praktis Islam. Tidak membebankan’

Saya cuba terangkan kepentingan jemaah.

‘Tapi persatuan ni pun jemaah yang menuntut komitmen saya. Nanti saya takut, jika saya memberi komitmen kepada 2 jemaah dengan tuntutan kepada pelajaran, keputusan saya akan jatuh.’

Jelasnya lagi.

‘Jadi, tumpukan pada persatuan landskap. Jadikan ini platform dakwah kamu untuk Islam. Dan praktis sebetulnya seperti anjuran Islam. Islam tidak membebankan, ikut prioriti dan selaraskan dengan kemampuan. Yang kita mahu tegakkan bukan jemaah, tapi Islam. Usahakan kecemerlangan di mata Tuhan, selanjutnya akan sampai ke mata insan’.

Jawab saya.

Banyak pertanyaan dan persoalan, hujjah dan fakta. Lalu jawapan tentu sekali berlainan mengikut prioriti individu dan kemampuan mereka. Sebagai manusia, harus kita fahami bahawa kehidupan terdiri dengan pelbagai warna yang membentuk suatu suasana bersama, tidak semestinya sesuatu yang sama sahaja membawa keharmonian. Begitu juga dalam membentuk komuniti Muslim dan dalam menegakkan Islam di muka bumi ALLAH subhanahu wa ta’ala.

Namun jika mahu saya simpulkan apa yang penting sebenarnya; CGPA atau apa? maka saya kata semuanya, semuanya yang kita memilih untuk terlibat, maka usahakanlah untuk cemerlang.

Saya teringat kak Najwa Salwana mantan MPP (Pro Mahasiswa) seawal kemasukan saya di universiti di selatan tanah air tersebut, beliau seorang yang begitu komited dalam dua perkara, iaitu di dalam pelajaran dan kepimpinan. Bukan MPP sahaja yang beliau berjaya dengan cemerlang, malah beliau antara pelajar terbaik yang memiliki CGPA kelas tinggi di dalam pengajian, malah merupakan majlis tertinggi persatuan mahasiswa Islam saat itu. Maka tidak melampau jika saya katakan, bahawa itu antara faktor persatuan mahasiswa islam berjaya bertakhta di hati pelajar saat itu dengan memegang tampuk tertinggi persatuan pelajar universiti, kerana budaya kecemerlangan di dalam pelajaran dan kepimpinan yang kedua-duanya di tekankan di dalam jemaah kami.

.

Kerjaya: Kesucian Ilmu di dalam Kerja

Berkata ibnu atthailah al Iskandari di dalam kitabnya Al Hikam dan melalui syarah Syeikh Said Hawa yang bermaksud;

Khairul Ilmi’ ma kaanatil khassyah ma’ahu

Ilmu yang paling baik adalah yang di sertai dengan perasaan khassyah

Khassyah yang dimaksudkan adalah rasa takut kepada ALLAH swt yang di sertai mengagungkan ALLAH swt.

Dalam melihat samada ilmu yang di tuntut bermanfaat, maka lihatlah pada hasilnya. Jika merasa semakin takut pada ALLAH az Zawajalla, semakin baik dan banyak ibdah kita keranaNya, maka itulah tanda ilmu itu benar-benar bermanfaat. Lalu jika sebaliknya, yang terzahir hanya rasa besar diri, superiority dan ujub, maka ada perkara penting yang telah di kesampingkan oleh kita dalam memahami maksud ilmu tersebut.

‘Nahwan, ko tahu aku sempat kerja 

1st day je, 2nd day dah berhenti!’

Beritahu sahabat saya suatu masa dahulu. Saya terkejut namun masih berlagak biasa. Sahabat baik saya ini sudah hampir 5 bulan tidak bekerja yang sepatutnya, sehinggalah dia mendapat tawaran di sebuah konsultan milik seorang yang bukan Muslim. Sungguh terkejut bukan kepalang apabila mendapat tahu khabar itu, namun saya cuba tenang kerana saya yakin, sahabat saya ini bukan seorang yang suka mengambil langkah yang melulu melainkan ada satu asbab yang cukup kukuh untuk dia berbuat demikian.

Aku dapat projek 

design kandang khinzir. Hehe.

Jelasnya. Saya mengangguk faham. Kalau di berikan kepada saya, pasti saya sendiri menolaknya. Pada hemah pemikiran saya yang singkat, jika saya tidak mampu menolak, lebih baik saya terus lari dari perkara tersebut. Maksud saya dalam perihal kerja ini. Namun ada beberapa perkara dan kondisi kita perlu fahami sebelum membidas tindakan seseorang.

Saya ada bercerita tentang ini pada seorang sahabat yang bukan di dalam pengajian kami. Namun saya tahu dia kurang memahami arena pekerjaan dan cabaran di platform ini.

‘Suatu hari pensyarah kami pergi ke suatu ceramah. Dia bertanyakan kepada seorang ustaz. ‘Ustaz, jikalau saya membina sebuah taman, dengan tujuan asalnya adalah baik, namun di salah gunakan oleh orang ramai sehingga terjadinya maksiat di sana. Adakah saya mendapat sama sahamnya?’

Soal pensyarah saya.

‘Iya ada sedikit. Namun apa yang perlu diperhati adalah langkah kamu dari awal. Saat kamu mereka bentuk, pasti sudah kamu pelajari ciri-ciri keselamatan, ciri-ciri rekabentuk yang bersesuaian. Dan jangan lupa, ciri-ciri rekabentuk kawasan di dalam Islam. Adakah ia syarie? adakah ruang yang di bina tidak menggalakkan sesuatu maksiat?’

Jawab sang ustaz.

‘Lalu, jika semua sudah terpenuhi, tetapi maksiat masih berlaku, maka ia datang pula peran masyarakat dalam mengatasinya. Bahagian kamu sudah tiada kerana kamu sudah melaksanakan sesuatu mengikut ilmu yang ada dari sudut pandang Islam.’

Tambahnya lagi.

‘Hmm, payahlah macam tu. Ustaz ana ada sebut kalau semua fikir macam ustaz tu cakap, maka Islam akan tertinggal. Kalian tak boleh memikirkan perkara furu’ yang kecil walhal ada hal yang lebih aula dari itu. Kalian membina atas sebab menyediakan kemudahan untuk komuniti setempat, lalu hal maksiat yang terjadi bukan lagi tanggungan kalian.’

Jawab sahabat saya apabila selesai saya bercerita. Saya tersenyum. Susah juga nak perbincangkan hal ini. Ia bagi saya seperti juga seorang doktor yang menjalankan pembedahan plastik, bagi pesakit ia kemahuan dan kehendak. Bagi doktor, ia sebuah amanah dalam menyediakan ‘kemudahan’ pesakit. Lalu di mana Islam di letakkan?

Pernah pensyarah yang paling saya kagumi berkata di dalam kelas pengajianIslamic wordview for built environmentDr. Spahic Omer yang mengatakan antara beza seorang profesional muslim dan non muslim adalah keupayaan profesional muslim dalam meletakkan perihal Islam dan syariat sebagai asas atau dasar kepada suatu cabang Ilmu. Lalu di dalam kes doktor itu, sebagai doktor muslim, perihal pembedahan plastik hanya di bolehkan bagi kes yang tiada jalan keluarnya, sebagai contoh apabila seseorang itu kemalangan dan kecederaan teruk sehingga merosakkan keadaan fizikalnya.

“ …Setiap bangunan merupakan beban bagi pemiliknya, kecuali apabila ia dibangun dalam keadaan yang sangat terpaksa“.

- Al Hadits

Di sinilah peri pentingnya kita menguasai dan cemerlang dalam bidang ilmu kita. Untuk memahami ke mana harusnya ilmu itu di manfaatkan dan di amalkan berteraskan Islam.

.

Kerja dan Jaya

Seorang sahabiah saya meletakkan sebuah pertanyaan di dalam ruang BukuMukanya lalu mencetus paradigma saya untuk sama berfikir. Katanya;

Wanita berjaya: Memilih untuk bekerja atau bekerjaya?

Ini juga salah satu yang selalu di soalkan bahkan mampu menjadi suatu pucuk perbincangan yang kritis dalam memahami tuntutan kerja di dalam Islam. Islam amat menekankan budaya kerja yang baik dan bermanfaat. Sebagai seorang Muslim yang mempunyai keimanan sebagai dasar kepada setiap perkara yang di lakukan. Lantaran di sebabkan keimanan, seorang muslim itu akan terdorong dalam melakukan suatu kerja dan ibadah dengan sepenuh kepatuhan kepada ALLAH az Zawajalla, ini kerana ia memahami bahawa suatu kerja itu amanah yang juga dari ALLAHu subhanahu wa ta’ala. Lantas dengan berbekalkan keimanan ini, apa sahaja bentuk kerja yang dilakukan bakal dikira sebagai ibadah yang tidak mungkin sia-sia.

Lalu ia kembali kepada saranan Islam, suatu perkara di dalam kehidupan Muslim itu harusnya mencapai tahap cemerlang dan kejayaan dalam erti kata yang sebenar. Bukan sahaja sekadar melepaskan batuk di tangga. Kerja tiada keikhlasan lalu jadilah kerja itu terbeban di dalam kantuk fikiran. Yang di fikirkan tidak lah lain melainkan, jam 5 petang dan sesudahnya, cuti hujung minggu dan cuti umum. Semakin parah jika ada yang menjadikan sedikit sebab dalam memohon mc semata-mata akibat ‘malas’ yang merajai.

Di sinilah nilai kerja itu pudar dan menjadikan kerjaya itu hanya sekadar kerjaya yang terpaksa. Ini kerana suatu entiti terpenting dalam kehidupan itu terbabas dari kebenaran, iaitulah IKHLAS.

Berkata Abdullah bin Mas’ud radi’allahu anha bahawa;

Belum pernah aku menyesal, melainkan penyesalan daku setiap hari apabila benam matahari, semakin singkat umurku ini, sedangkan amalan daku tidak pernah bertambah.

Begitu juga perihalnya di dalam pengaturan kehidupan. Seperti sabda baginda rasul saw tentang pembahagian masa di dalam kehidupan yang mana kerja merupakan salah satu bagian amanah kita di dunia. Lalu, kerja merupakan sebahagian tuntutan untuk kita melaksanakan sebaiknya natijah dari pada keimanan yang pasti punya ganjaran pahala dari Pencipta.

Ia sesuai dengan tuntutan di dalam lafaz azan dan iqamah;

‘Marilah menuju kejayaan’

yang memiliki ribuan makna yang tersirat dan menuntut untuk di kupas lantas di laksanakan oleh para khalifah di muka bumi ini.

Maka jika di tanya kepada saya, apakah perkara terpenting di dalam semua ini? Lalu jawapan saya adalah menjaga sisi penjuru yang kita pegang sebaiknya.

Ilmu di pasak iman, berkerja dan berjaya, berkerjaya dengan usaha melaksanakan Ilmu, insyaALLAH BEKERJA dan BERKERJAYA; Kerja dengan Jaya: BERJAYA fid dunya wal akhirah.

Amiin ALLAHumma amiin.

.

Wallahu’alam bissawab wa barakallahu fiekum.

.

Nota Kaki:

M.L.A : Muslim Landscape Architect (Amiin ya Rabb)

atau boleh juga di lanjutkan begini

M.M.L.A : Malaysian Muslim Landscape Architect :D (Maaf sekadar canda di hujung bicara)

Artikel asal klik di sini

Ideologi dan Islam: Kerana saya bukan ahli

Bismillah ar Rahman ar Rahim, pertama sekali ini adalah entri yang dapat menggambarkan sedikit gagasan dan pola pemikiran saya sebagai seorang hambaNya yang serba lemah dalam memahami pelbagai acara dan tajuk perbualan di alam ini.

Beberapa hari yang lalu, saya telah di soal dua kali oleh pelawat yang bertanyakan adakah Islam itu satu Ideologi, mahupun tidak?

Saya semahunya tidak mahu menjawab panjang atau mungkin berhujjah, kerana bagi saya jika kita mahu tahu maksud ideologi, maka pasti semua akan mengetahui nya jika berusaha sedikit dengan mencari sekitar maya, dan paling bagus jika mampu mencarinya dari buku-buku. Ini kerana pensyarah saya pernah berpesan, jika tentang Islam yang kamu ingin ketahui, maka jangan percayakan seratus peratus fakta di internet, tetapi kajilah data yang di dapati di buku-buku ataupun orang yang alim (yang menguasai bidang agama).

Namun soalan ringkas saya di jawab oleh si penyoal dengan pesan lanjut:

‘Buat nahwan, perbanyakkan dan dalami selok belok 

berhujjah dan fakta’.

InsyaALLAH, saya tidak terasa dengan ‘nasihat’nya, dan saya memohon kemaafan atas kelemahan hujjah dan fakta yang saya utarakan untuk topik ini mahupun topik lain, ia tidak lain hanya kerana saya bukan ahli nya.

Salah satu asbab kenapa saya cuba menjawab seringkas mungkin adalah kerana saya bukan ahli. Namun, jika boleh saya nyatakan bahawa fahamlah, jawapan yang diam ataupun ringkas tidak memaknakan kecetekan pengetahuan tentang fakta mahupun hujjah. Mungkin di dalam kes saya, kerana saya bukanlah pakar di dalam memanjangkan hujjah, saya pasti sahabat saya yang membantu saya dalam menjawab persoalan itu turut tahu peribadi saya yang sememangnya bukan kaki hujjah. Dan itu kelemahan saya.

Tetapi ketahuilah, setiap persoalan, nasihat mahupun teguran diblog saya tidak pernah ambil enteng. Malah persoalan ini menuntut pengkajian dari saya melalui internet mahupun buku. Namun, sepanjang pelayaran saya mengenai topik ini, apa yang saya dapati persoalan ‘Adakah Islam ini sebuah Ideologi atau sekadar agama?’ merupakan topic hangat yang di bincangkan oleh pihak tertentu sahaja, dan maaf untuk saya katakan bahawa hujjah dan fakta mereka tidak begitu meyakinkan saya. Malah ada juga hujjah yang mematahkan fahaman bahawa Islam itu lebih jauh dari Ideologi juga saya temui namun bagi saya belum cukup jika mahu di bahaskan jika tanpa merujuk penulisan ulama’ yang muktabar, jika mahu melihat nya dari kaca mata Islam yang sebenar.

.

ISLAM BUKAN HANYA IDEOLOGI

Seperti pandangan saya di ruang chatbox, saya bertegas mengatakan bahawa Islam itu agama yang merangkumi semua, bahkan ideologi itu merupakan subset kepada makna agama. Namun dengan menyatakan ia sebagai ideologi sahaja (mabda’ jika dalam bahasa arabnya), maka ia kurang lengkap atau kurang tepat.

Jika di belek di ruang maya dengan mengoogle topik ini, didapati bahawa penegasan tentang ‘Islam itu Ideologi’ dengan menyatakan bahawa ‘ideologi’ adalah istilah baru dan istilah serapan yang memaknakan cara hidup, pemikiran atau sebagainya seperti istilah aqidah, dharibah dan sebagainya. Ia menyatakan bahawa menolak Islam sebagai ideologi seolah-olah menolak Islam sebagai sistem pemerintahan ekonomi, social, pendidikan, polititk dalam dan luar negeri. Ini bagi saya sememangnya ada kebenaran pada sebahagiannya namun ia merupakan satu kenyataan yang kasar dan terapung dari dasar hujjah yang konkrit.

Dalam memiliki pemikiran yang konkrit dan kritis, kita perlu faham bahawa subjek yang dibincangkan adalah Ideologi dan Islam. Namun dengan meletakkan ‘Islam adalah Ideologi’ sebagai objek sedari awal merupakan bias di dalam kajian pemikiran sehingga membuatkan kita lupa mengkaji dasar, sejarah dan makna sebenar Ideologi itu sendiri.

Secara logis seorang muslim, antara soalan bocor yang akan di tanyakan kelak di dalam kubur oleh Malaikat ALLAH adalah ‘apa agama kamu?’, bukanlah ‘Apa ideologi kamu?’. Dan jawabnya adalah ‘Islam agamaku.’

Nah, apa yang saya cuba maksudkan adalah penggunaan dua istilah yang jika kita suka main taram menggunakannya kelak saya takut mampu membawa kepada kekeliruan masyarakat Islam terutamanya mereka yang bukan ahli (seperti saya) malah lebih parah jika orang tersebut suka menerima tanpa mengkaji terdahulu dengan lebih mendalam.

Secara jelas, saya suka untuk mengajak kita memikirkan perkara akarnya, iaitulah Islam itu suatu agama yang satu-satunya di terima ALLAH swt di kalangan ummat akhir zaman ini. Makna agama atau deen itu sendiri terdapat pelbagai sudut di kupas oleh Al Quran dan Hadith malah di panjanglebarkan perbincangan oleh ulama’ muktabar dan syeikhul Islam. Bagi mereka yang pernah membedah buku Prof Naquib Al Attas seperti adik ini, pasti didapati bahawa penerangan tentang maksud deen yang amat mendalam. Malah di dalam buku ‘Apa ertinya saya menganut Islam’ oleh Almarhum Fathi Yakan juga turut mengupas maksud beragama dengan baik sekali.

Saya sememangnya tidak pasti faktor mana satu yang di jadikan akar atau basis yang menyatakan Islam sebagai Ideologi. Ideologi berasal dari dua sumber iaitu akal manusia dan wahyu ALLAHu subhanahu wa ta’ala, dan Islam adalah ideologi yang bersumberkan dari wahyu ALLAH swt. Maka sudah saya katakan ia adalah benar dan saya setuju dengannya. Namun sejauh mana tepatnya istilah ideologi? Atau lebih tepatnya agama wahyu dari ILAHI? Nah, kan kita semakin konfius.

Fakta yang menyatakan bahawa ideologi merupakan hanya istilah baru atau serapan yang wujud atau lahirnya sementelah kewujudan ‘ideologi akal manusia’ seperti kapitalis, sosialisme komunisme dan sebagainya. Nah,itu semua merupakan gagasan-gagasan ideologi yang berakar tunjangkan pemikiran manusia, jelas terlihat bahawa itu semua bukan yang kita faham sebagai agama yang wujud di dunia. Islam itu adalah yang kita benar faham agama syumul yang di sebut di dalam alquran, namun ada antara kuffar yang menganut agama kristian, hindu, Buddha dan sebagainya yang kita tahu dan faham itu agama. Jadi saya memahami bahawa ideologi tidak lebih dari salah satu buah-buah agama Islam namun bukanlah Islam itu sendiri.

Jika diperhati istilah Ideologi merupakan prosa yang wujud semenjak revolusi France di mana pola nya adalah untuk memaksa semua perkara dengan berakarkan logika dan kehendak dalam menambah baik organisasi manusia mengikut subjek utama zaman tersebut, namun hakikat lainnya menunjukkan keruntuhan di dalam dimensi spiritual. Iaitu menolak nilai spiritual ataupun bertuhan. Lihat sahaja sejarah revolusi Industri, dan perjalanan tamadun manusia lain yang cuba mengangkat hanya satu cabang subjek, lalu mereka terus rebah dengan masalah sosial pula. Perlu diingat bahawa salah satu agenda besar Kuffar dalam memerangi Islam adalah dengan mengasingkan apa sahaja di dalam kehidupan kita dengan Tuhan. Menyapu bersih nilai spiritual sekaligus apa yang difahami dengan maksud akidah di kalangan muslim. Musnah akidah punahlah Islam.

Sememangnya Marxism, kapitalis dan sebagainya itu bukan suatu agama, namun ia bukan secara harfiah, namun mereka memesongkan akidah mereka dengan secara tidak langsung memiliki kitab pegangan mereka sendiri seperti das capital,communist manifesto dan sebagainya di dalam kepompong ideologi masing-masing, namun ia nyata amat tandus dengan makna spiritual.

Namun jangan salah faham dengan mengatakan saya berfahaman bahawa ‘ideologi’ merupakan akidah yang terpesong, namun dengan mengatakan ia sebagai kata ganti ‘agama’ amat menakutkan saya. Saya takut jika bahasa yang dibahaskan di sini mampu menimbulkan kekeliruan terutama sekali buat orang awam yang bukan ahli (Ya, seperti saya).

Ideologi bagi saya merupakan subset bagi agama yang juga penting dalam menggerakkan kefahaman dan perjalanan kita sebagai seorang Islam, namun tetap ada entiti atau elemen lain yang yang melengkapkan makna agama, dan Islam sebagai agama yang syumul dan menyeluruh. Muktazilah, juga salah satu gagasan ideology, maka jika dikatakan Islam adalah Ideologi, maka ia membawa makna bahawa Islam adalah subset di dalam kehidupan, hanya salah satu dari gagasan ideologi.

Menggerakkan Islam hanya berdasarkan ideologi dengan mengenepikan nilai tradisi dan elemen penting yang lain, kesannya dilihat tidak lebih sebagai suatu ideologi (mengikut tafsiran) sahaja, dan tidak jauh berbeza dengan gagasan ideologi yang separuh separuh itu. Antara golongan separuh yang saya maksudkan yang hanya suka bermain dengan ideologi semata adalah golongan ateis. Mereka sememangnya amat berpengaruh dalam mencakna minda tidak bertuhan dan menafikan kewujudan prime mover di dalam setiap entiti di dunia. Pemikiran yang mengabdikan kepada logika dan ‘kebetulan’ jelas menafikan kehendak spiritual seorang manusia. Dalam memahami gagasan ideologi para ateis, salah seorang cendikiawan Islam iaitu Bediuzzaman Said Nursi telah banyak mengulas di dalam tulisannya dan yang terbaru saya ada membacanya di dalam buku beliau bertajuk,Nature: Cause or effect?. Penulisan Said Nursi antara yang baik untuk kita rujuki dalam memulang paku buah keras kepada pendirian yang hanya meletakkan ideologi sebagai pegangan. Ini kerana pendekatan atau manhaj dakwah beliau yang menekankan faktor spiritual-intellectual.

Memetik kata adik wan;

Islam secara haqiqah bukan ideologi, jika tidak pasti sudah ramai yang di paksa memasuki Islam. Indoctrinate. Tetapi, pada hari ini dimana golongan reformis, modernis telah abai tradisi seoalah-olah islam yg ada ini timbul daripada kancah kemelut penjajahan, maka ianya nampak seperti ideologi, kita ada bukti sejarah yang hidup

Dan tambah mengecewakan apabila ada yang bukan ahli yang melulu menyatakan hujjah (nauzubillah) dan ada  aktivis islam itu sendiri yang mengaut fakta dan melulu menjadikannya hujjah, walhal dasar nya belum di kaji betul-betul.

Islam jika di tolak hakikat tasawwuf dan kepentingannya, maka ia sememangnya menjadikan Islam sekadar ideologi. Lalu jadilah bahawa Islam itu hanya sekadar ideologi tergantung dan tidak menyeluruh seperti Islam yang sebenar.  Ideologi bukanlah suatu perkara yang salah, yang membuatkan ia menjadi salah adalah apabila kita dirikan ideologi itu sendirian tanpa mengambil elemen lain.Islam adalah agama yang kaffah, dan ideologi adalah salah satu elemennya, bukan teras.

Wallahu’alam

.

nahwanNur HADITHUNA

Di harap bahawa penerangan yang sedikit ini mampu menggambarkan pemikiran saya sekadar pengetahuan saya yang cetek dan sedikit. Namun, pengertian sebenar Islam malah ideologi itu sendiri menuntut kita semua agar membelek dan mempelajarinya daripada golongan yang ahli bukan sekadar mencatatnya di internet sehingga tertutup kepada ruang perbincangan dan perbahasan yang lebih luas.

Namun, di dalam ruang blog ini, saya tidak pernah berfikir untuk membincangkan tajuk yang bukan saya ahlinya (seperti ini), bukan kerana saya tidak yakin, tetapi saya takutkan kesalahan dalam penyampaian saya dek kerana kekurangan kefahaman dan penguasaan di dalam bidang yang di utarakan, lalu takut ia menjadi fitnah kepada agama yang membawa kepada murka ALLAH swt.

Blog ini insyaALLAH akan terus menjadi medan untuk saya mencatatkan perkara asas di dalam kehidupan sebagai hambaNya dan sebagai muslimah khasnya yang mampu menjadi peringatan buat diri saya. Ia tidak lebih dari satu perkongsian bukan untuk mengajarkan. Ia hanya sudut pandang nilai kehidupan bukan atas kehendak saya sebagai insan, tetapi tuntutan ALLAH swt buat setiap pemegang amanahNya. Kerana hidup bukan apa yang kita inginkan, tetapi jalan menuju keredhaan Tuhan.

Saya memohon kemaafan di atas setiap kelemahan saya dalam menjuarai gelanggang sendiri kerana gagal melaung hujjah menggunakan fakta yang sedikit atau lemah. Lalu, saya tetap berbesar hati dan berterima kasih di atas bantuan, nasihat mahupun teguran kerana saya faham, bahawa saya hanya seorang yang faqir lagi haqer.

ALLAHu yubarik fiekuma.

artikel asal di sini [klik]

Fenomena Sinema Malaysia: Kemana halatuju pembangunan negara?

2 dan 3 beberapa hari yang lalu, saya mengumumkan status ‘hiatus’ kerana kerenah kerja dan manusia yang mencengkam, semakin menghiris, dan terus membarah dalam diri seterusnya memaksa saya lari sebentar untuk membersihkan hati sendiri. Ya, tidak lama saya kembali sebentar disini kerana terlalu marah dengan fenomena sinema Malaysia yang semakin memualkan.

REMAJA MALAYSIA VS REMAJA PALESTIN

Mahu melihat masa depan sesuatu negara itu lihatlah pada remajanya

Begitu terungkap kerana realiti pembangunan suatu Negara itu bakal diwariskan kepada para remaja. Malah tampuk pemerintahan di institusi pengajian tinggi juga terkendong oleh para perwakilan yang berstatus remaja. Memikirkan ini, saya terlalu bangga dengan para remaja Palestin yang tiada tara banding semangatnya melontar batunya demi melawan angkara zionis yang bersenjatakan kereta kebal dan mesingun nya. Jihad Islamnya terpancar kemas dan membara walau dalam keadaan huru hara yang menghimpit.

Namun, saya begitu terkesan kesedihan tatkala membaca kisah para remaja Malaysia yang semakin menimbus Islam di dasar bumi paling bawah walau diberi ruang keselesaan yang meluas untuk mempertegak ajaran Islam.

Permainan 7 sins bernilai RM5

Begitu tajuk berita yang menyingkap suatu permainan komputer di cybercafé dan pelbagai pusat permaianan di ibu kota yang semakin terkenal dan ‘dekat dihati’ para remaja kita. Secara ringkas buat yang tidak membaca, permainan 7sins ini merupakan permainan berkomputer dimana pemain harus melakukan 7 dosa di dalam islam termasuk minum arak dan zina. Dan bagi yang ‘berjaya’ melakukannya, maka hadiahnya adalah tayangan tubuh wanita, satu persatu sehingga apabila 7sins terlaksana, maka keseluruhan anggota termasuk alat sulit dihidangkan kepada ‘pemenang’.  Permainan itu hanya berharga RM5 (CDnya) yang mana sudah tentu mampu dimiliki oleh sesiapa walau orang susah sekalipun.

Mengurut kepala yang kepeningan dihambat permasalahan pembelajaran sudah biasa bagi saya, namun kali ini terasa mahu sahaja membelah otak sendiri yang semakin berat saat menatap berita para remaja Malaysia kini. Oh, sahabat sebangsa ku sendiri.

Saya jadi teringat zaman ‘remaja’ dahulu yang tergilakan siri permainan komputer bercorak penyiasatan seperti CSI, Death on Niles dan sebagainya juga siri permainan menyusun kata seperti Roda Impian namun dalam versi Inggeris iaitu Wheel of Fortune (oh ini paling saya suka). Permainan inilah yang membina kreativiti berfikir sehingga kita mampu menjadi kritis dan bersemangat untuk mengungkap ilmu itu satu persatu.

Dewasa kini, itulah hidangan minda para remaja kita. Era remaja internet dan cybercafé. Melewati cybercafé dikampung saya sudah cukup membuak rasa mahu sahaja ‘menelan’ dan ‘menghadam’ para pengusaha yang ‘membiarkan’ kanak-kanak dan remaja pewaris negera ini bermain permainan yang entah dimana nilai ilmunya. Geram dan marah. Dan semakin parah apabila seks dan wanita menjadi wadah kepada pembangunan ‘ilmu’ mereka.

Menakutkan.

SINEMA POLITIK YANG MERESAHKAN

Sedang anak bangsamu ‘berjuang’ dalam permainan yang membentuk fahaman kotor dari benar mereka, para pemegang politik Negara masih leka bermain dengan pelbagai acara di arena mereka. Semakin menakutkan saya apabila mereka telah masuk ke negeri yang saya cintai. Membuat pemerhatian kejatuhan anak-anak darul ridzuan, menjadikan saya semakin marah apabila para penggiat politik masuk dengan agenda dewasa mereka dengan menambah permainan kotor yang dengan tidak segan silu dipamerkan di depan negeri beraja ini.

Saya tahu, adik-adik senegeri semakin keliru lalu memilih ‘games’ sebagai tempat untuk melarikan diri dari permainan para dewasa. Tidak sedarkah orang dewasa? Sedang sepatutnya kitalah bangun membersih negeri dengan aliran pemikiran agama yang syumul bukanlah bermain dengan kekotoran mazmumah yang menjelikkan. Para remaja sedang memberontak jiwanya dalam proses mematangkan jiwanya salah satu tranformasi pemikiran kepada dewasa. Namun, apa telah kita lakukan?

Berpolitik untuk menang? Maka anda sebenarnya kalah dalam etika siasah Islam. Jika and berpolitik untuk berusaha menegakkan Islam, hatta kalah sekalipun tetap dikira menang dalam perjuangan menegak Islam.

Memetik dari buku Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau kurang Zikir

Yang penting dalam apa jua keadaan, samada dalam urusan politik umum atau politik kepartian, kita hendak terikat dengan ajaran Islam Islam. Politik adalah alat, manakala Islam itu adalah matlamat. Oleh itu apa jua persolan dalam politik mestilah ditujukkan dan tunduk kepada akidah, syariat dan akhlak Islamiah. Mana-mana pihak (samada individu atau kumpulan) yang berjaya mempertahankan prinsip ini tetap dianggap menang sekalipun kalah dalam pilihanraya.

Prinsip Machiavelli tidak seharusnya dibiarkan mendominasi senario politik Tanah Air. Islam tidak boleh terus menjadi semacam ‘bahan komoditi’ yang menjadi alat politik semata-mata. Kita tidak boleh melanggar nilai-nilai Islam dengan alasan untuk menegakkan Islam. ‘Orang politik’ tidak sewajarnya lagi dilihat hanya sebagai individu aktif dalam sebuah parti yang merayu rakyat menyokong partinya agar dia sendiri mempunyai tempat dan kedudukan dalam parti tersebut. Sebaliknya, dia wajar dilihat sebagai individu yang dapat membawa diri, rakyat dan negaranya menerusi bidang politik untuk mencapai kebaikan dunia dan akhirat.

Inilah yang telah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Uthman ra dan Khlaifah Ali. Walaupun keadaan politik di pusat pemerintahan mereka bergolak, namun dakwah, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, ilmu dan empayar Islam terus berkembang ke seluruh dunia. Sesungguhnya, persaingan dalam arus ‘politik yang diIslamkan’, tidak akan menghalang perkembangan Islam sekalipun terjadi perselisihan. Justeru, persaingan kerana berbeza pandangan atas matlamat yang sama - (the same difference) adalah suatu yang akan memberi manfaat kepada ummah. Sebaliknya persaingan dalam arus ‘Islam yang dipolitikkan’ akan memudaratkan ummah justeru perbezaan itu adalah disebabkan oleh matlamat yang telah berbeza. Renungilah hakikat ini. Mungkin renungan itu nanti boleh mendinginkan sedikit suasana politik yang kian membahang ini…

DIRGAHAYU TUANKU

Sistem beraja di Malaysia tidak dapat dinafikan hak dan kedaulatannya. Walau hampir keseluruhan corak di ukir oleh kepolitikan parti pelbagai di Malaysia.

Seperti kes di negeri darul ridzuan kesayangku, keputusan terletak kepada Sultan dan sekali lagi Sultan yang terkenal dengan prinsip dan bijaknya mempertahan keadilan dalam pembentukan kerajaan. Lalu biarkan dan hormatilah keputusan raja dan jangan sesekali memandai-mandai dengan keputusan sendiri.

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa- selagi mana mereka taat kepada Allah dan Rasul. Jika mereka tidak lagi taat kepada Allah dan Rasul maka tidaklah kamu perlu taat kepada mereka) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

Surah An-Nisa’; 59

Oh saya tidak mahu mengulas ini lanjut.

JAGA ANAK BANGSA KITA

Apapun saya memandang semua pihak memainkan peranan dalam menjaga anak bangsa kita.

Setiap kamu ini bertindak sebagai penjaga-penjaga penjuru agamamu

Hadith yang saya tidak tahu perawi dan sanadnya itu sangat terkesan dihati saya. Saat Kak E menyebut dalam usrahnya saya terfikir akan walau sekecil mana usaha kita, maka itu bermakna kita tetap menjaga  bahagian penjuru yang di amanahkan kepada kita.

Penulis, pelukis, penyair, penyanyi, doktor, doktor falsafah, pemegang ijazah, diploma, sijil, nelayan hatta penyapu sampah sekalipun punya tugas dalam pembangunan bangsa dan anak bangsa dan agama Islam khasnya. Hanya perlu faham dengan membawa tugas kita dalam iringan syariat agama adalah terpenting dalam memacu akidah dan daulah agama.

Pasanglah kekuda kita semua dalam menggempur ‘musuh-musuh’ dalam perjuangan yang penghujungnya semakin hampir ini. Jangan sesekali merendah diri atau merendahkan usaha orang lain kerana setiap usaha itu pasti punya impak yang besar jika agama  dijadikan sebagai tunjang perjuangannya.

Jangan kau meperlekehkan kebaikan saudaramu walaupun dengan sebuah senyuman kepada sahabatnya

Wallahua’am

p/s: Fenomena sinema politik perak kini diracuni agenda tersorok oleh pemain politik tanah air. Saya tidak menyalahkan atau menyokong sesiapa. Kerana saya tahu, saat ini ALLAH swt sebenarnya menguji keyakinan kita kepadaNYA, sejauh mana kita menerima qada’ dan qadar ALLAH tanpa sedikit pun mencalari aqidah dan akhlak kita. Dan tentunya menguji para pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan kepada sejauh mana mereka berjuang kerana agama dan daulah Islam. Sejauh mana mujahadah manusia menuju mardhatillah. Saya anak jati perak, ibu ayah saya lahir di perak, datuk dan nenek saya membanting tulang di Perak, sudah cukup membuktikan bahawa kecintaan saya kepada negeri darul ridzuan ini terlalu besar. Lalu, saya gantungkan keyakinan keatas kesemua hakikat kepada pemilik sebenar tanah tumpah saya ini, ALLAH swt.

Dan saya hanya yakin kepada yang SATU ini! ALLAHuakbar, segalanya milik Mu

artikel asal tulisan saya di sini

FOKUS

Semenjak membuat pengajian melalui kajian ini, perkataan fokus itu acap kali ditempel disegenap pelusuk organ fizikal dan rohaniah saya. Minggu lalu saya menemani kak hidayah bermain bowling di ampang.

Main bowling, kita kene fokus1

Canang kak hidayah. Jelas fokus kak hidayah saat dia melontar bola walau terkadang longkang juga menjadi laluannya (hehe). Nah, sekali lagi bagai dilekat didahi saya perkataan fokus. Beberapa minggu lalu juga pensyarah mengarahkan saya fokus kepada thesis saya.

Awak tampak mahu meliberalkan Islam itu” tegas seorang professor selepas pembentangan saya.

Seakan pendekatan lain yang konvensional, international dan sudah pun popular itu dinafikan keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah jenayah”

Tambahnya lagi. Terkulat-kulat saya dibuatnya. Ditampar perkataan ‘liberal’ itu amat menyakitkan. Mana mungkin saya berani-berani berfikir meliberalkan Islam, sedang saya tahu dan yakin Islam itu syumul dan universal. Gementar hati memerah terkulat-kulat saya menjadi sengihan panjang.

Erm sorry prof, but, I’m quite clear on what she’s trying to do. It is just that she have to re-organize her research structure in clear words and terms. And, she must clarify her focus2

Deputy Dean post graduate fakulti saya cuba mempertahan. Saya tersenyum.

Erm, saya mohon kemaafan jika wujud kesilapfahaman. Begini. Saya tidak sekali menafikan kewujudan sistem perlaksanaan dan undang-undang yang sediada ini membantu menyelesaikan mahupun mengurangkan masalah jenayah. Tetapi, sebagai muslim, saya berasa bertanggungjawab mengungkap syariah ALLAH dan sistem perlaksanaan dari perspektif Islam yang mampu menjadi salah satu pendekatan terbaik dalam mengungkap seterusnya menyelesaikan kes jenayah semasa. InsyaALLAH, i’ll make things clear after this

Saya mengakhiri sesi pembentangan dengan sedikit penerangan ‘lemah’ dari sudut saya sebagai muslim, bukan tujuan lain melainkan hanya sebagai tanggungjawab mengungkap khazanah Islam yang  lama terkambus dek kerana dasar mengagungkan system dan pendekatan barat oleh para pemikir Islam itu sendiri. Perkataan fokus itu saya tenggelamkan untuk sesi itu.

Semalam, adik saya di universiti Islam ulung di timur tengah bertanya saya tentang perkara yang sama. Bagaimana membina semangat yang semakin  lupus dan sirna akibat tekanan semasa.

fokus2.jpg

.f.o.k.u.s.

Ayat itu saya julang lagi dimata adik iema. Dan persoalannya bagaimana mahu membina dan istiqamah dengan fokus?

MEMBINA KHUSYUK DALAM SOLAT

Persoalan membina fokus sebenarnya sudah lama dijadikan sebagai pendekatan ruh oleh ALLAH swt. Kata ustazah saya, solat itu merupakan punca ilmu kedua selepas alquran dan hadith. Di dalam solat, bukan sahaja kita menimba ilmu, malah terus sahaja melakukan praktikal ke atas sesuatu ilmu.

Mendirikan solat bukan sekadar-sekadar sahaja, buat menjalani ibadah, tetapi untuk merasai intipati penuh nikmat solat, ialah perlunya khusyuk.

Khusyuk menifestasinya kita fokus kepada maklum ibadah kepada yang Satu. Bagaimana? Sering saja kekhusyukan itu kabur dan susah di capai malah mati saat solat. Penyebabnya nyata iaitu kerana fikiran masih lagi mengisar hal isi perut dunia.

Lalu disinilah resepi pesan ulama’ ulung Ibnu Atthailah AsSakandari yang ertinya;

Tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan dari kesenangan duniawi selain rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada ALLAH yang membuatkan hati merana.

Menuju khusyuk itu titiannya adalah fokus kepada Satu cinta yang layak untuk didambakan malah tidak juga pernah mengecewakan.

KEKUATAN SOLAT MALAM

Saya tidak lah sekuat mana dalam bertahajjud. Malah fokus ibadah tahajjud itu terkadang bersimpang siur kerana keterlewatan mengatur masa tidur dan bangun. Tetapi mengamalkan berpagi-pagian itu sungguh mencerna fokus pada kemuncak tinggi.

Pernah saya terbaca bahawa tiupan angin jam 4 pagi itu adalah terbaik berbanding angin-angin yang kita hirup setiap waktu. Sewaktu inilah angin memberi tindak balas yang terbaik kepada organ dan seterusnya mencergaskan otak dan minda kita.

Malah, ada suatu hadith yang menyatakan bahawa;

Kekuatan seorang itu terletak kepada solat tahajjudnya

Begitu juga terbukti saat membelek sirah Rasulullah saw yang mana digambarkan para sahabat itu seperti;

Ruhbanun fillail, wa fursanun finnahar yang bermakna, ibarat pendeta di malam hari dan satria di siang hari

Malah ALLAH swt sendiri sudah memberi gambaran malam sebagai waktu terbaik istirehat seterusnya menjana kekuatan dalam waktu singkat dengan ketenangan;

Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.

(al-qashah, 73)

Ketenangan malam itu sebenarnya memberi ruang untuk manusia fokus kepada pembentukan diri tanpa gangguan. Melainkan gangguan dari perasaan kita sendiri. Menakut-nakutkan diri dengan bayangan pelbagai benda. Fokusnya entah yang apa-apa, sedang memang ada yang memerhati kita di malam hari, iaitu ALLAH swt dan para malaikatNya yang mengawal selia manusia. Yang halus itu tetap ada, tetapi ia halus. Seseorang yang besar hatinya mengingati Tuhan pasti tidak terjejad ibadahnya kerana perkara halus ini.

MEMBINA TITIK MULA DARI DHUHA

Saat fajar menjengah bumi, wisel dhuha berbunyi. Waktu ini pasti bumi dipenuhi mereka yang berpapasan ketempat kerja, kuliyyah mahupun untuk urusan apa sahaja. Namun waktu penamatnya sekitar 2 jam putaran. Lalu, amat beruntung mereka yang mahu menggunakan sedikit waktu untuk beribadah kepada ALLAH swt. Ya, kerja juga suatu ibadah.

Saya begitu tertarik dengan pihak pengurusan beberapa syarikat tempat kenalan saya bekerja yang merutinkan bacaan surah al-waqiah dan solat dhuha seawall sebelum waktu bekerja. Itulah kerja terawal mereka. Bukanlah meletakkan kepercayaan kepada kalam ALLAH swt itu mampu memberi rezeki, tetapi berusaha dan tahu bahawa dengan sedikit usaha pasti juga tetap dipandang ALLAH swt.

Permulaan solat dhuha keatas waktu kerja sebenarnya merupakan pembentukan suatu titik fokus untuk satu hari tersebut. Bermulanya sudah kita fokuskan sebagai pengibadahan kepada ALLAH swt, lalu setiap bebanan kerja atau pelajaran dipandang sebagai suatu amanah dan tanggungjawab dari ALLAH swt, lalu pasti kita mahu melakukan suatu yang terbaik buat meraih rezeki yang bukan sahaja lumayan, tetapi penuh keberkatan.

….

Dan banyak lagi pendekatan yang mampu membina titik fokus kecemerlangan dalam kehidupan. Dan  tiga faktor  ini menjadi pemangkin yang saya lihat mampu memberi impak besar kepada seseorang dalam menangani kehadiran pelbagai musuh kepada kecemerlangan seperti malas, tiada semangat dan bersahaja (sambil lewa) yang mana mampu meruntuh benteng dan mengaburi titik tumpu.

Mata mungkin kepenatan, minda menjadi kelelahan, semangat semakin kabut, hati jadi kalut, namun, jernihkan kembali dengan ibadah yang meruntun jiwa dengan mengingati Ilah. Lalu melembutkan tembok rasa dari permaianan nafsu yang menggugah.

Satu yang akak dapat dari tamrin sekarang, berdoalah dengan dengan nama-nama ALLAH, sebutlah nama-nama ALLAH dan letakkanlah pergantungan tertinggi itu pada ALLAH…” pesan ringkas kak hidayah lewat sms.

Ya, tamrin hari ini saya tidak dapat hadiri kerana ada aula’ lain buat minggu ini. Alhamdulillah, selepas membaca mesej itu, kabut-kabut kemalasan yang menarik ligat pelapik mata beransur pergi lalu menjadi diri segar bugar kembali. Kuyu anak mata menatap skrin laptop memancar sinar luar biasa.

Ya, rupanya fokus itu telah manusia zikirkan hariannya, konon buat mengukuh titik tumpu kepada sesuatu target atau perancangan. Walhal, harusnya fokus itu harus membulat pada tekad memasak hati, tetapi tetap zikir dengan menyebut zatNya itu adalah haq terbesar meniti dibibir dan hati seorang muslim. Ia intipati utama sebenarnya dalam membentuk jati dan kekuatan diri manusia.

Sedikit ini dahulu perkongsian, maaf atas kelemahan penulisan yang ekspres kerana waktu dan masa terus menjeling diri saya, ada fokus yang lebih aula’ yang punya titik tuju isnin ini. Doakan saya ya :) Dan untuk itu saya dahului dengan ucapan Terima kasih

Memahami spirit dakwah sebenar

Seonggok kemanusiaan terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab? Bila semua menghindar, biarlah saya yang menaggungnya, semua, atau sebahagiannya…

~Almarhum Ustaz Rahmat Abdullah~

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH swt, Tuhan yang mengizinkan hambaNYA ini bertatih meneruskan langkah di bumi ini, selawat dan salam buat pembawa rahmat seluruh alam, Rasulullah saw yang menerangkan kita semua dengan kebenaran islam. Sedar tidak sedar, kita telah pun menempuhi 1/3 ramadhan, bulan yang sepatutnya manusia berlumba mengerjakan ibadah, namun tidak semua sedar tujuan dan hala pengibadahan kita. Sekadar ritual ramadhan atau memang benar-benar mahu dan tahu akan anugerah atas kebesaran dan kemurahan ALLAH swt buat hambaNYA?

Permulaan ramadhan saya kali ini bermula bersama keluarga tercinta di Perak, namun hanya di hari pertama. Seterusnya hingga kini saya meniti ramadhan bersama kesibukan pengajian memandangkan hari-hari penting semakin tiba. Hari presentasi. Namun, sedikit kesal kerana saya tidak mampu untuk memenuhi undangan sahabat saya untuk bersama membimbing usrah dan tadarus remaja setiap sabtu dan ahad memandangkan ada kerja ‘ringan’ yang sudah saya terjanji sedari awal. Ringan, terasa jika mahu menimbang amal ibadah dan urusan duniawi dan pengajian, terasa ia sangat ringan, entah apa lebih-lebihan yang saya lakukan. Moga ALLAH ampunkan saya dan kita semua yang hina dina. Terasa ke kalbu saat membaca entri sahabiah blogger, albazrah tentang Jut bi Lutfik. Apapun, tiada niat mahu membincangkan ini lebih lanjut.

Hampir 3 minggu lalu saya berjaya memiliki Vcd ‘Sang Murabbi’ dari seorang sahabiah blogger, adik Nihlah yang di hantar dari rakan blogger dari seberang. Sebelum ini saya telah mengulas awal melalui pemerhatian dari trailer nya. Boleh dilihat di sini…

Cerita ini cukup untuk saya katakan sebagai ringkas, namun sarat dengan fakta buat dakwah dan tarbiyyah, lalu tidak sedikit pun punya ruang untuk lalai atas kesaksian cinta duniawi. Jauh berbeza jika dibandingkan dengan filem ‘ayat-ayat cinta’ yang sedikit meringankan kompromi idealismi dan pendekatan barat. Namun bak kata sahabiah saya, ia boleh dikira berjaya untuk permulaan dakwah kepada golongan ‘biasa-biasa’.
Dakwah dalam dua entity yang berbeza
Di dalam filem Sang Murabbi, Dakwah merupakan ‘keypoint’ utama dan intipati penting kepada pembinaan jalan cerita. Di ambil dari kisah sebenar seorang Syaikut Tarbiyyah di bumi Indonesia dan pejuang dakwah bagi Partai Keadilan Sejahtera (PKS) [yang jika di lihat sebaris dengan PAS Malaysia serasa saya dari segi wadah perjuangannya], penekanan ke atas tanggungjawab bagi setiap manusia tidak mesti tidak tetap perlu berdakwah. Jelas sedari sekolah, bila di tanya oleh sesiapa tentang cita-citanya, beliau pantas dan yakin menjawab citanya sebagai seorang guru. Ya, Guru tidak dapat di nafikan sebagai pewaris ulama’ menyusuri kesinambungan usaha menyampaikan ilmu kepada manusia. Hidup dan ilmunya tidak untuk diri sendiri tetapi buat semua.
Saya teringat beberapa minggu lepas ketika bersama ustazah engineer dalam program usrah remaja, ketika memperkatakan tentang matlamat. Apakah matlamat saya? Oh, apakah matlamat anda? Dan apakah matlamat kita?. Memperkatakan tentang ini, saya teringat matlamat asal saya membina blog ini. Memandang kan saya bukanlah jenis yang outspoken, tidak biasa untuk aktif melontar idea dan pandangan dalam dunia dakwah dan tarbiyyah yang nyata, maka saya bina ini untuk suatu usaha menyampaikan atas semangat ‘mahu’ setelah ‘tahu’. Saya selesa tiada yang mengenali lantas tidak seorang sahabat yang mengenali tahu aktiviti maya saya ini sebelum ini. Dahulu, saya hanya tahu ‘menerima’, duduk dalam kalangan mad’u, golongan yang di pimpin, namun lama kelamaan setelah ada yang bertanya, perlahan saya ‘memberi’. Namun saya sedar tidak banyak dan terkira bilangannya berbanding kalian. Muslimah hari esok, bukan hanya hidup untuk diri sendiri, namun, hidupnya untuk sekalian manusia, itu matlamat jangka panjang. Moga ALLAH mudahkan urusan kita.

Apapun, sebenarnya hidup kita ini hakikatnya terdiri daripada 2 entiti yang berbeza namun harus arif di selaraskan. Dua entiti tersebut adalah hakikat kita sebagai hamba dan khalifah ALLAH swt. Memahami 2 entiti ini secara jelas boleh di gambarkan kita sebagai da’ie dan juga sebagai mad’u. Kita sebagai da’ie sentiasa berusaha menyampaikan dakwah secara langsung melalui aktiviti tertentu dan secara tidak langsung melalui perbuatan dan perbualan. Dalam masa yang sama, kita sebagai hamba harus akur kekurangan diri yang kadangkala tidak tersedar lalu perlunya manusia lain di sisi untuk menegur, jadi seharusnya kita sentiasa terbuka hati menjadi mad’u kepada yang lain. Menerima teguran dengan sebaiknya dan bersabar di atas sabar atas jalan dakwah yang kita lalui, yang tentu terlalu banyak ranjau cubaannya.

Jadi seharusnya sebagai manusia kita punya kesedian untuk sama-sama dalam mentarbiyyah dan dalam masa yang sama terbuka untuk di tarbiyyah.

Dakwah akar umbi

Suatu perkara yang amat menarik untuk di fokuskan mengenai cerita ini ialah dakwah yang bermula dari akar umbi dan menyeluruh. Kata-kata almarhum ustaz rahmat di atas seperti yang di pertonton di dalam filem ini. Usaha dakwah beliau yang bermula dengan realiti kehidupan masyarakat setempat yang masih terlena dengan mimpi indah keseronokan dunia tanpa jelas nyata matlamat akhirat. Method dan pendekatan dakwah juga terlihat begitu realistik dan dekat ke hati sekalian lapisan dan kefahaman serta budaya. Ke seloroh pelosok kehidupan beliau cuba salami lantas berdakwah sehingga mampu membawa kesedaran kepada beberapa kelompok.

Tidak memilih bulu, pergilah kepada realiti masyarakat kita sekarang, kebejatan gejala sosial dan kehidupan berpaksikan kefahaman hedonisme amat memerlukan pemerhatian para da’ie. Jangan hanya duduk didalam golongan yang sememangnya berada di dalam zon selesa dalam fikrah islam. Duduklah dan memahami mereka, beritahulah supaya mereka tahu, pujuklah supaya mereka mahu dengan islam yang syumul bukan hanya nama.

Keperibadian membentuk keyakinan di dalam dakwah
Suatu kekaguman timbul walau tanpa mengenali Almarhum ustaz hanya melalui filem ini adalah keperibadian beliau yang sukar dilihat di kalangan pendakwah sekarang. Entah kenapa saya menggambarkan beliau seperti tuan guru menteri besar kelantan sekarang.
Beliau sangat bersabar dengan setiap ujian tertimpa, sabar dengan kerenah pemerintah yang tidak henti ‘mengesyaki’ aktiviti beliau sehingga ada yang mahu menghentikan, lalu membuatkan beliau terpaksa merahsiakan aktiviti seterusnya. Namun, atas hemah beliau menerangkan dan kesabaran yang tinggi membuatkan mereka semakin menghargai dan menghormati syaikhul tarbiyyah ini.

Bersabar lah di atas sabar

Itu kata-kata beliau yang benar-benar menghenyak jiwa hamba. Terkadang hati terngadah dalam usaha dakwah kerana sedikit ujian, sehingga menafikan sebentar kenikmatan lain yang telah ALLAH beri pada kita.

Jiwa da’ie jiwa yang tenang, jiwa hamba yang sentiasa bersabar atas ujian, bersabar dalam melangkah, lembut dalam tingkah namun tegas dalam berdakwah. Tegas bukan kasar, lembut bukan erti lemah.

Wallahua’lam

.: Psikologi Hidupan Lebah :.

 

 

 

Beberapa hari lalu, saya berkesempatan menonton cerita Bee Movie bersama dua teman
Thailand saya. Walaupun saya ketinggalan 20 minit awal, namun
intipatinya dapat saya tangkap. Cerita bagi saya amat ilmiah dan
mempunyai nilai islami dalam isinya.

 

 

 

Cerita ini mengisahkan seekor graduan [erk!] lebah yang bercita-cita lebih dari menjadi seorang pekerja pembikinan madu [biasanya dilakukan seorang graduan]. Sehingga itu ia memutuskan untuk melihat dunia lebih jauh dan telah melanggar akta lebah dengan berbicara dengan manusia. Persahabatan yang terjalin dengan seorang florist telah membuat lebah ini
memahami sedikit demi sedikit peradaban manusia. Sehinggalah suatu hari
ia mendapati manusia telah mengambil dan menjual secara berleluasa madu
lebah.
Atas suatu semangat, si lebah telah mewakili koloninya dalam mengambil kembali hak mereka ke atas madu, dan akhirnya perjuangan mereka berakhir dengan kejayaan. Namun, kegembiraan koloni lebah cuma seketika setelah itu wujud satu permasalahan di muka bumi. Akibat
dari itu, koloni lebah bukan sahaja sudah tidak bekerja akibat limpahan
madu yang tidak di manfaatkan, tetapi juga telah melumpuhkan e
kosistem bumi. Akhirnya, mereka [koloni lebah] telah sedar bahawa mereka tidak mungkin dapat melawan hukum alam. Hukum ALLAH swt. Atas kesedaran itu, mereka bangkit dengan hanya beberapa tan nectar dari bunga-bunga di gunakan buat proses pendebungaan bagi memulihkan keadaan.

 

 

 

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut
lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguh
nya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."

 


(QS. An-Nahl: 68-69)

 

 

 


Terdapat banyak pengajaran dan ilmu dari kejadian lebah sehinggakan adanya surah an-nahl  yang menceritakan kewujudan, fungsi setiapnya dan kelabihannya.
Dan juga cerita Bee Movie ini, ada juga beberapa pengajaran boleh kita
ambil dari segenap sudut kehidupan dan islami nya.

 

 

 

Mengenal fungsi diri

 

 

 


Setiap
kejadian di dunia ini ALLAh swt telah ciptakan mengikut keperluan
masing-masing dan setiapnya mempunyai fungsi dalam menggerakkan semesta
alam. Haiwan dengan hidupannya dan fitrahnya sebagai sumber makanan
buat manusia, Sememangnya haiwan-haiwan ini menjalankan suatu perkara
yang rutin atau fitrah serupa kerana ia merupakan suatu ilham dan
suruhan dari ALLAH swt. Mereka tidak sekali menzalimi maha pencipta,
mengkufuri nikmat dan suruhan ALLAH swt. Begitu juga tumbuhan. Haiwan
dan tumbuhan jika di lihat begitu patuh melakukan ‘fitrah’ yang di
ajarkan kepada mereka oleh ALLAh swt yang mengawal semesta alam, Namun
lahirnya mereka sentiasa berzikir memuji ilahi.

 

 

 

Ada pula yang bertanya kepada saya, bagaimana mahu mengislamkan pokok, mengislamkan taman dan mengislamkan
alam sekitar? Persoalan itu timbul dek kerana bidang pengajian saya
sekarang yang mengkaji tentang seni landskap islam melalui perspektif
quran dan sunnah. Aduh, pening juga hamba di buatnya. Takkan nak suruh
semua itu bersyahadah pula bersiap saksi. Senyum.


 

 

 

“Kan semua tu memang makhluk ALLAH swt. Ciptaan ALLAH. Malah pokok itu sendiri sentiasa mengucap
zikir kepada maha pencipta. Lalu buat apa nak diislamkan lagi sedangkan
mereka itu tidak pernah sekalipun menyukutukan ALLAH swt.” Itu jawapan
saya. Ada yang mahu menerima, dan ada yang tetap tidak berpuas hati.

 

 

 

Berbalik cerita lebah, begitu juga fungsi
hidup manusia. Haiwan dan tumbuhan dengan fungsi mereka sebagai pemberi
sumber makanan, bahkan jauh dari itu juga, sebagai pembentuk suatu
ekosistem muka bumi yang mana juga sebagai pembentuk kehidupan manusia.
Percayalah bahawa manusia tidak mampu kekal lama tanpa haiwan dan
tumbuhan. Tentu sahaja.

 

 

 

Seorang
bijak pandai dan pakar fizik barat yang terkenal, Sir Albert Einstein
[salah seorang scientist yang saya kagumi dan suka mengkaji
pemikirannya] ada menyatakan:

 

 

 


“Jikalau sang lebah lenyap daripada muka bumi ini, umat manusia hanya akan mampu bertahan selama empat tahun untuk hidup. Tiada sang lebah, tiada pendebungaan, tiada binatang, dan tiadalah manusia.”

 

 

 

Pelik juga kan, seorang ahli fizik memperkatakan tentang biologi hidupan seekor lebah. Namun itu lah salah satu fungsi manusia, iaitu menggali ilmu
dan berkongsi kepada umum buat menjamin masa depan yang baik dan
terjamin. Ini lagi satu pengajarannya, iaitu manusia itu tidak harus
terhad kepada suatu cabang ilmu. Kerana ilmu itu suatu penganugerahan
buat kita bagi mendekatkan diri kepada ALLAH swt.

 

 

 

Memperkatakan tentang fungsi manusia sebagai penggali ilmu ALLAH swt, saya mempercayai suatu konsep tentang ilmu. Iaitu cycle of knowledge [entah wujud atau tidak sebenarnya].
Yang mana, setiap ilmu itu milik ALLAH swt [oh, tentunya bukan?!], dan
dengan hanya di izinkkannya kita menuntut mengikut kemampuan
masing-masing, Lalu setelah punya kepakaran dalam bidang tertentu, ia
menjadi tanggungjawab kita pula untuk melakukan sesuatu k
e
atas ilmu dalam menyumbang kepada agamaNYA. Pengalaman selama lebih
kurang 20tahun dalam pendidikan sekular memberi pengajaran yang amat
berharga bagi diri saya. Sekular? Ya, itu yang selalu orang katakan
bagi sekolah yang bu
kan agama atau maahad. Memang saya tidak langsung pernah berpendidikan secara rasmi di sekolah agama. Yang memanggil ilmu atau apa sahaja itu sebagai sekular adalah kerana setiap perkara itu di asingkan dari agama.
Sedangkan bagi saya, semua perkara adalah dari ALLAH swt dan punya
manfaat buat agama. Setiap ilmu tidak kira bahagian seni, sains mahupun
ilmu agama itu sendiri adalah milik ALLAH swt dan ada perkaitannya
dengan agama. Dan harusnya kita sebagai muslim mempelbagaikan bidang
ilmu supaya kelak si kuffar tidak lagi mampu memperlekehkan kita kerana
ilmu.

 

 

 

Sesungguhnya memang perjalanan hidup merupakan pelayaran mengenal fungsi diri. Maka teruskanlah
mengemudi nya dengan neraca iman seorang makhluk ALLAH swt. Dengan
mengenal diri, maka kita akan mengenal maha pencipta, dan dengan
mengenal maha pencipta, in
syaALLAh kita akan tahu kerdilnya diri.


 

 

 

Fitrah Lebah dan Madu serta kaitannya dengan Seni Fizik dan Matematik

 

 

 

Umum
pasti tahu bahawa madu membawa banyak manfaat bagi manusia dan juga
ekosistem dunia. Namun, saya tidak pasti berapa ramai yang mengetahui
tentang nilai fizik di dalam kejadiannya. Memperkatakan tentang fizik,
memang melonjak paradigma saya yang berada di aliran yang jauh berbeza
iaitu seni. Teringat kali terakhir saya mempelajari ilmu fizik iaitu
ketika pengajian asas university [matrikulasi], ada suatu killer subject
[kononnya] yang saya amat minati, iaitu fizik bendalir. Jadi rindu
benar dengan fizik, suatu cabang sains yang saya minati sehingga kini.


 

 

 

Seperti
yang di ketahui, sumber utama penghasilan madu yang merupakan makanan
utama lebah adalah nektar. Nektar diperolehi dari tumbuh-tumbuhan
seperti bunga yang mana tidak di hasilkan ketika musim sejuk. Oleh
kerana
itulah, lebah mencampur nektar yang mereka kumpulkan pada musim panas
dengan cairan [bendalir] khusus yang dikeluarkan tubuh mereka. Campuran
ini menghasilkan zat bergizi yang baru-iaitu madu dan menyimpannya
untuk musim sejuk yang akan datang.

 

 

 

Rasanya
ramai yang tidak tahu bahawa lebah menghasilkan madu lebih banyak dari
sebenarnya. Jika di fikirkan sudah tentu kita tertanya-tanya akan
kelimpahan produksi madu oleh lebah-lebah ini yang mana menggunakan
banyak tenaga, malah produksi ini terjadi tanpa henti. Memang
kadangkala suatu kejadian itu di luar jangkauan otak manusia,
dan jawapannya hanya satu, iaitu tidak mungkin tidak semua ini terjadi
melainkan itu merupakan suatu suruhan dan ‘wahyu’ ALLAH swt bagi
makhluk ciptaannya ini.

 

 

 

 

Fakta kedua adalah sarang lebah. Struktur
sarang lebah yang mana terdiri dari ratusan sel-sel kecil pada
permukaannya. Dan setiap sarang ini sekurang-kurangnya mampu menampung
80 ribu lebah yang hidup dan bekerja sama. Dan sarang ini di lindungi
dengan lilin-lilin milik lebah yang membentuk dinding-dinding sel bagi
melindungi dan memelihara makanan dan lebah-lebah muda. Sarang-sarang
ini mampu bertaham berates jutaan tahun dan keajaiaban ini terbukti
apabila sebuah fosil sarang lebah berumur 100 juta tahun di temui.

 

 

 

Ahli
matematik telah mengkaji melalui kepakaran matematik mereka tentang
penggunaan bentuk segi enam dalam pembentukan sel sarang lebah dengan
mengula
s bahawa struktur segi
enam adalah bentuk geometri yang paling sesuai untuk memanfaatkan
setiap bahagian unit secara maksima. Jika sel-sel sarang madu dibina
dengan berbentuk lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, dan
jumlah madu yang mampu di simpan adalah lebih sedikit berbanding yang
biasa disimpan dan lebih sedikit lebah yang mampu mendapatkan
manfaatnya. Rasionalnya, mengikut perkiraan matematik, pada
kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat
menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari
semua bentuk geometri tersebut, segi enam memiliki keliling yang paling
pendek. Kesimpulannya: sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin
paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.

 

 

 

SubhanALLAH,
memang kadangkala di luar jangkauan otak manusia, namun adanya ilmu
untuk kita memahami. Bagi manusia, adanya ilmu untuk memahami suatu
kejadian, namun bagi haiwan seperti lebah ini, mereka menggunakan
bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau
"diilhami" oleh ALLAH swt.


 

 

 

Struktur Organisasi dan Sistem Sosial

 

 

 

Lebah adalah suatu hidupan yang di ketahui tentang kekuatan system organisasi dan kehidupan berkumpulan [berjemaah] yang sangat hebat. Struktur organisasi lebah di wakilkan kepada tiga bahagian iaitu, lebah ratu, lebah pekerja (lebah betina yang tidak boleh bertelur) dan lebah jantan.

 

 

 

[Sedikit informasi]: Lebah ratu adalah lebah betina yang boleh bertelur yang bertanggungjawab mengawal kegiatan koloni  lebah.
Seekor ratu mampu bertelur 2000 biji sehari dan jangka hayatnya adalah
3 tahun [apapun semua atas kehendak ILAHI]. Badan ratu lebah lebih
besar berbanding lebah lain kerana ia diberi makan madu yang paling be
rkhasiat
yang dikenali sebagai jeli raja. Lebah pekerja yang terdiri dari lebah
betina yang tidak boleh bertelur bertindak sebagai pengumpul debunga
dan manisan yang kelak akan di tukar menjadi madu. Ada juga lebah
pekerja yang bertugas mengemas sarang dan menajaga anak-anak lebah dan
jangka hayatnya adalah dalam 3 bulan atau lebih sedikit. Manakala lebah
jantan bertugas untuk mengawan lebah ratu dan akan mati setelah
mengawan. Wallahualam.

 

 

 

Sedikit
informasi di atas hanya suatu asas yang jelas kelihatan. Jauh dari itu
sebenarnya, setiap strata menggalas setiap tanggungjawab dengan
sebaiknya dalam menghasilkan suatu kualiti kehidupan dan kualiti madu
yang bakal di hasilkan.

 

 

 

 

Suatu kajian yang di lakukan di university Oxford keatas suatu kejadian di mana system internet telekomunikasi
bermasalah. Masalah yang timbul adalah di sebabkan lonjakan pembeli
saham dan urusniaga perdagangan saham yang mencecah jutaan kemasukan
data setiap minit ke dalam system computer. Mengikut teori kemasukan
data komputer, sistem hanya mampu menerima kemasukan satu data setiap
saat. Hasil kajian menunjukkan, permasalahan serupa turut dialami dalam
tugas-tugas yang dijalankan oleh lebah madu. Sumber-sumber bunga
memiliki keseragaman dalam hal mutu. Oleh karena itu, seseorang mungkin
berpikiran bahawa keputusan tentang berapa banyak lebah yang harus
dikirim ke setiap tempat tersebut dan berapa lama mereka sebaiknya
berada di sana merupakan sebuah permasalahan dalam sebuah koloni yang
ingin mencapai laju pengumpulan madu bunga (nektar) setinggi-tingginya.
Akan tetapi, hasil sistem kerja mereka yang sangat baik, lebah mampu
memecahkan permasalahan ini tanpa mengalami kesulitan.

 

 

 

Selain itu, sistem sosial yang begitu berjaya ini juga mementingkan 2 perkara utama dalam kehidupan organisasi mereka iaitu makanan dan kesihatan.
Soal pemakanan [nectar] amat di titik beratkan oleh para lebah. Sebagai
contoh, dengan ‘ilham’ yang di berikan oleh ALLAH swt, para lebah mampu
mengidentifikasikan warna-warna bunga dengan kualiti nektarnya. Selain
itu, petunjuknya juga memperlihatkan kualiti nectar bunga melalui
struktur unik atau bentuk sesuatu bunga. Dua perkara ini telah banyak
membantu para lebah mencari suatu nectar [makanan] yang mampu meberi
kesihatan kepada mereka.

 

 

 

Lalu
apa kah kepentingannya kepada manusia? Sedangkan sistem pemakanan
manusia jauh berbeza dengan lebah? Salah. Sudah tentu salah jika
dikatakan tiada perkaitan. Seperti lebah, manusia juga telah di beri
suatu garis panduan padat dalam memilih makanan yang baik-baik iaitu
melalui quran dan sunnah Rasulullah saw. Mereka para lebah sudah tentu
tidak tahu membaca, lalu di ajar secara terus oleh ALLAH swt atas
perintahnya mengenali dari 2 perkara, namun manusia, ALLAH swt telah
memberikan suatu pendidikan dari Kalamnya dan dari pesuruhnya yang
jelas menyatakan bentuk makanan yang baik buat diri dan untuk di
fikirkan oleh otak yang di beri.

 

 

 

Di
dalam sistem kesihatan, para lebah amat menjaga kualiti madu yang mudah
di ganggu dengan keadaan panas dan kelembapan yang mana terdedah kepada
kehadiran bacteria. Sistem keselamatan sarang mereka begitu ketat
sehingga setiap zarah atau serangga yang mahu mehinggapi bakal di
tentang sehabis-habisnya oleh setiap lebah. Selain itu sistem kesihatan
ini juga di jaga oleh zat-zat [antibiotic] yang sentiasa bersedia
melawani bacteria yang berkemungkinan hadir.

 

 

 

Lumayan
bukan?! Zarah atau serangga ini saya lihat ada persamaan dengan
kehadiran ideologi barat yang banyak meracuni pemikiran anak muda
Malaysia kala ini. Lalu adakah kita seperti lebah sentiasa berganding
bahu menentang sehabisnya kehadiran pemikiran para pemusnah bangsa ini?
Dan apakah cukup ubat tahan [antibiotic] yang kita sediakan buat
generasi masa kini dan masa depan bagi mendepani virus dan gejala
social yang bakal menjangkiti kita.

.: Sexual harassment: Muslimah, Hormatilah Dirimu dengan Ketegasan :.

Geram! Saya mengetap bibir sesekali mendengar cerita-cerita yang di ketengahkan oleh hos rancangan The Breakfast Show: Worth working up for [cayalah, hehe] minggu lepas. Membincangkan tentang sexual harassment ke atas wanita, dengan mengetengahkan kes ke atas kaum wanita di

India

yang bekerja sebagai buruh. Kes penindasan buruh wanita dan kanak-kanak
di India sudah berlaku berkurun lama namun tindakan hanya di ambil
apabila dunia mula prihatin beberapa tahun kebelakangan ini akan nasib
mereka yang tidak terbela oleh Negara sendiri. Malah kes wanita di

India

jauh lebih teruk sehingga kewanitaan mereka di ragut namun tiada siapa
berani bersuara dek kerana fahaman kasta yang masih menebal di

sana

[tidak lama dahulu, walau sekarang masih ada sedikit].

 

 

 

Itu di India, di Malaysia?! Sungguh saya rasa tiada beza. Sexual harassment saya sudah dengar semenjak kecil, namun saya tidak fahami bentuk dan

gaya

gangguan yang dimaksudkan sehinggalah saya berada di sekolah teknik, sewaktu di tingkatan 4, saya

cuba

di tindas dan melihat sahabat muslimah saya di tindas. Mengimbau memori zaman sekolah terlalu indah bagi saya, namun menghidupkan kisah sexual harassment membuat saya geram dengan segelintir lelaki.
Gangguan berlaku seawal bulan pertama kami di sekolah. Bayangkan,
sedang bergelumang dengan ketakutan kerana pertama kali menetap di
asrama, menyulam rindu dengan keluarga dengan tangisan sendirian,
tiba-tiba terkejut dengan sexual harassment oleh orang yang kami mahu percayai sebagai bapa sementelah bapa betul kami berada jauh. Seorang yang layak kami hargai sebagai murabbi kami, tiba-tiba berkelakuan kurang hormat pada kami.

 

 

 

Awalnya saya bukan lah orang terpilih sebagai mangsa nya [mungkin saya bukan lah seindah mana, apapun, syukur alhamdulillah],
yang saya cuma dengar jeritan-jeritan kecil dan tangisan selepas kelas
mengadu masalah. Saya tekad, dia harus saya beri amaran pada masa yang
sesuai. Sehingga suatu hari, dia menghampiri meja saya [dalam keadaan sambil menerangkan pelajaran kepada kami] dan

cuba

mencabul [malu tambah geram], tangkas saya menepis seakan mahu bersilat sambil bangun. ‘Apa cikgu ni?!’ tingkah saya, agak keras [rasanya].
Dia terkejut namun tersengih. Diam dan berlalu ke meja sambil
meneruskan penerangan tentang pelajaran. Saya tak tahu jika ada yang
memandang kerana malu untuk berpaling ke mana-mana. Selesai kelas,
semua diam tidak seperti biasa, yang ada cuma suara berbisik. Agaknya
terkejut. Saya malu yang amat, namun buat seperti tiada apa-apa. Sejak
hari itu dia selalu tersengih setiap kali memandang saya. Gile! Bentak hati saya. [Geram ya amat]. Namun saya tidak sampai hati memperlihatkan wajah dendam pada dia memandangkan terlalu banyak ilmu yang dia sampaikan pada saya. Namun, setiap kali dia mahu melakukan sexual harassment kepada kawan-kawan, jika saya perasan, saya akan menjelingnya dan membuat seperti muka ‘harimau yang kelaparan memandang mangsanya’.
Dan, alhamdulillah kadangkala dia tidak jadi bertindak dan hanya
berlalu dengan sengihan. Saya ingat dia sudah berubah atas amaran tidak
langsung saya, sehingga suatu hari dengan kayu pembarisnya [kayu cikgu dulu-dulu yang panjang berwarna kuning mempunyai measure], dia sekali lagi

cuba

mengganggu saya dan alhamdulillah cepat saya perasan dan sempat merampas dan dengan pantas dan sekuat hati [tindakan reflex di atas sedar (unconcious mind)] mencampakkan ke papan putih di hadapan. Keletang!! Kelas yang mulanya gamat [pelajar bersembang sebelum kelas bermula]
diam, dia lalu terhenti dari melangkah di sebelah saya. Memandang saya.
Saya diam sambil denyutan jantung saya tersangat laju sehingga rasa
mahu pengsan. Semua diam dan dia diam. Kali ini tiada sengihan di wajah
dia. Biar dia tahu ketegasan saya!

 

 

 

Sejak
itu, saya lihat di dalam kelas aman tanpa gangguan atau acahan mahu
mengganggu. Sengihan kurang, senyuman ada. Saya tiada dendam, malah
makin bersyukur. Dia? Saya tidak pasti, namun saya harap dia halal

kan

setiap ilmu yang dia beri. Takut juga sebenarnya namun diri ini harus saya hormati, juga saya perlu lindungi sahabat muslimah saya di kelas itu dan di sekolah itu umumnya.
Saya selalu mengucap syukur setiap kali habis kelasnya jika dia tidak
melakukan gangguan dan terusan berdoa agar perangainya berubah. Tidak, saya tidak sesekali membencinya, yang saya benci adalah kelakuannya. Saya akan selalu hormat nya [sehingga kini, insyaALLAH] selaku pendidik saya.

 

 

 

Ini
suatu kajian kes yang berlaku sendiri di hadapan dan terhadap diri
saya. Waktu itu, beberapa sahabat saya yang menjadi mangsa selalu
merengek-rengek ‘Ape ni cikgu, hikhik, geli la, tak elok cikgu ni…’ dan pelbagai rengekan [manja]
yang hanya di balas sengihan dia yang lagi meluap-luapkan larva di
dalam diri saya ketika itu. Kadangkala mengundang fikiran jahat saya. ‘Itu manja lagi la laki tu suka. Cubala tegas sikit kawan!!’ jahat saya menghasut fikiran sendiri untu
k su’u dzon. Mujur punya hati memujuk untuk khusnuldzon ‘mungkin dia tiada upaya dan sememangnya di lahirkan begitu (seakan manja), lalu kamu punya peranan membela mereka’. Lantas itu saya bangun dengan cara saya membela diri dan sahabat.

 

 

 

 

 

Tegas dalam percakapan/ amaran

 

 

 

Hormatilah diri kamu wahai muslimah, lakukan lah ia dengan ketegasan.
Lalu apa yang kita faham akan ketegasan? Ketegasan bukanlah tindakan
yang di luar batasan tanpa sebab dan di luar akhlak seperti memaki
hamun, n
amun ketegasan saya definisikan dengan tindakan dengan logik kawalan ke atas keadaan semasa. Jika berlaku sexual harassment,
maka bertindaklah untuk mengelak, janganlah merengek meminta untuk
tidak di ganggu atau hanya mengelak mahu tak mahu, berlalulah ke posisi
yang lain atau apa sahaja. Merengek seakan kanak-kanak yang minta di
pujuk dan dibelai, jadi ia seolah menggalakkan pemangsa untuk tidak
rasa bersalah malah terhibur.

 

 

 

Firman Allah swt:

 

“Dan
janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan,
yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”

 

 

 

 

 



Tegas dengan pemakaian

 

 

 


Ketegasan juga
saya klasifikasikan kepada tindakan mengelakkan dari mempromosikan atau
mendedahkan diri untuk diperlakukan hal sedemikian. Pernah suatu ketika
di kedai makan, saya mendengar perbualan dua lelaki [sesama mereka] mengenai seorang wanita seksi di situ.

 

 

 

‘Ini sexual harassment ni, geram aku!’
kata lelaki tu. Saya terfikir, adakah geram dia sama macam geram saya
pada lelaki yang melakukan sexual harassment ke atas wanita.

 

‘Haah, mencabul jiwa emosi aku betul minah ni…’
sambut sahabatnya. Sambil mereka terus memerhati. Lalu saya terdetik.
Kaum wanita sendiri mengganggu/ mencabul kaum lelaki lalu memberi
peluang dan mendedahkan diri kepada perbuatan balasnya.

 

 

 

 

Lalu muslimah, hormati dan jagalah diri mu dengan bertegas di dalam persoalan pemakaian. Iltizamkan dirimu dengan pakaian islam.

 

 

 

Firman Allah swt;

 

“Hai
nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.” Al Ahzab : 59.

 

 

 


Dan firman NYA lagi:

 

Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”

 

 

 

 

 



Tegas dengan tidak menghampiri kawasan berisiko

 

 

 


Seterusnya,
pelihara dirimu dari mendekati tempat yang membuka peluang kepada
perbuatan pencabulan seperti tempat yang terlalu sunyi dan tempat yang
terlalu sesak.

 

 

 


Imam
Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW
setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi
peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

 

 

 


Jika mampu elakkan, maka harus kita elakkan, dan jika benar tidak boleh, maka berhati-hatilah di

sana

dan siapkan diri untuk memelihara kehormatan itu dengan ketegasan. Ini
yang saya mahu pemerintah juga tegas, iaitu dalam menyediakan
pengangkutan awam dengan pembahagian gender [namun berbeza untuk keluarga]. Kaum wanita ini terlalu mudah membawa fitnah, dengan lentok tubuhnya sahaja pantas mengundang fitnah dan aib.

 

 

 

Firman ALLAH swt:

 

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik (Al-Ahzab:33)

 

 

 
[1213]. Yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.

 

[1214]. Yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

 

 

 

 

 



Self defense

 

 

 


Adapun jika punya kesempatan, Bantu dan persiap diri kita dengan sistem dan barang pertahanan seperti senjata [tidak semestinya benda tajam yang mampu membunuh dan mencedera parahkan] payung pun ok, dan mungkin jika
berpeluang dapat mendalami ilmu mempertahankan diri seperti silat,
teak-wan-do atau apa sahaja yang mengajar skill bertindak melawan
musuh. Alhamdulillah, saya telah berpeluang mempelajari silat cekak
hanafi semasa mengaji di Kelantan, syukur cikgu-cikgu dan penuntut
semua wanita [mungkin tarbiyyah pimpinan tuan guru] dan tamat tanpa proses pengijazahan [hanya saya dek kerana beberapa sebab pandangan dan pendirian sendiri], namun belum berpeluang berpencak di gelanggang realiti [alhamdulillah tidak didatangkan perkara yang memerlukan saya membuka buah silat].

 

 

 

 

 

Tegas dalam tindakbalas

 

 

 


Lalu jika sudah terjadi, maka bertindaklah dengan tindakan setimpal.
Apa yang setimpal? Saya tersenyum bangga membaca cerita seorang sahabat
yang menendang lelaki yang telah mencabul wanita di LRT dan seorang
lagi yang menghempuk dengan seketul batu sehingga berdarah seorang
lelaki yang mencabul adik sahabatnya. Bagi anda saya tidak tahu apa
pandangan nya, namun bagi saya itu dua tindakan yang amat setimpal
mengikut suasana. Apa lagi balasan yang setimpal dengan tindakan merendahkan martabat dan kehormatan kaum
wanita? Dan jika berpeluang dan
punya organisasi yang menjaga, maka buatlah aduan. Jika berlaku di
pejabat, maka mengadulah kepada pihak pengurusan [jika ada kepada
wanita, jika tak, tak mengapa kepada lelaki]. Jika di sekolah,

cuba

beritahu guru wanita yang boleh di percayai. Jika di tempat awam, maka
boleh juga terus memulangkan paku buah keras dan boleh hantar sahaja
kepada pihak berkuasa.

 

 

 

 

 

Lembut muslimah itu beretika

 

 

 

Wanita
itu lembutnya tidak bererti boleh di jual beli. Lembut kita juga bukan
hiasan, bukan suatu kebanggaan, tapi kita mampu menjadi sayap kiri pada
lelaki yang berbakti [ihsan lagu hijjaz],
kita mampu menggoncang dunia, namun dalam ketegasan. Ketegasan bukanlah
kekasaran. Ketegasan itu merupakan emosi yang mempertahankan kehormatan
diri kerana ALLAH swt. Itulah muslimah, lembutnya di hiasi etika yang
menjaga penuh syariat dan anugerah di dalam diri. Teg
as itulah etika muslimah, tegas itu tanggungjawab muslimah, tegas itu lah penjaga kehormatan muslimah.

 

 

 

p/s [nahwanNUR]
: Wahai sahabatku muslimah sekalian, moga sama kita jaga diri, pelihara
dengan penuh hormat, menghormati diri bermakna menghargai anugerah
ILAHI, menghargai anugerahNYA menggambarkan sayang dan cinta kita pada
ALLAH swt. Lakukan ia untuk diri sendiri dan untuk saudara muslimah
seluruhnya. Maka janganlah takut, kerana ALLAH amat mencintai kita dan
sentiasa memelihara diri kita. Allah ma’a kunna

 

sumber asal: http://nahwannur.blogspot.com/

Hibernasi di celah kota

 

Sabda Rasulullah saw :

 


Jalan
yang membawa kita pada neraka adalah jalan yang mengikut nafsu syahwat
semata, dan jalan yang membawa kepada syurga adalah jalan yang
berduri-duri (penuh ujian)

 

Ya muqallibal qulub, tsabbit qalbi ala deenik

 

 

Anugerah

by NahwanNur

 


Jalan yang berliku
telah aku lalui
juga jalan berbilang simpang
telah aku redahi
aku rebah aku tersungkur
lalu bangkit berbekalkan azam
jua iman dari-Mu Tuhan
dalam meneruskan perjuangan

Anugerah dari-Mu Allah
kusalurkan menuju jalan-Mu
anugerah dari-Mu Allah
dalam mengetuk hati insani

Dari kamar sepi ini
kusenandung puisi lagu rindu
untuk-Mu Tuhan yang kuagungkan
demi kasih dan cinta ini

Tabah dalam menghadapi
segala cabaran dan rintangan
pasti nanti di suatu hari
perjuangan tersemat di hati

Terbinalah impian indah
yang tercipta dari anugerah
moga ia kan jadi nyata
sebagai pengukuh cinta kita

 

 

Pemikiran Pelik Si Cerdik Pandai

#1 Ceritera Satu : Holier than thou

 

Hari
itu (lama dahulu) hari saya mengiringi Angah dan sahabat karibnya
berjalan-jalan sekitar ipoh. Ops, bukan sekitar tetapi hanya satu
tempat membeli belah di ipoh, menemani mereka yang sudah berkerjaya
’shopping’ sudah tentu mengundang kecemburuan untuk turut berjaya
seperti mereka. Dari berjalan santai bershopping sehinggalah makan saya
setia menemani dan mendengar perbualan kakak dan sahabat baiknya.

 

Well, macam kata
pujangga barat, lebih baiklah kamu menjadi si ‘bodoh’ dikalangan mereka
yang bijak pandai, daripada menjadi si pandai dikalangan orang-orang
‘bodoh’.
So do I, I prefer to be the dim in your class. ” ulas sahabat Angah saya ketika mengimbau kenangan zaman persekolahan mereka dahulu. Saya di sisi hanya tersenyum. “Tak jugak..” ringkas jawab Angah saya sambil meneruskan makannya.

So how about me? Being nobody between dim yang akak maksudkan?” saya bermonolog sendiri. Anyway, thank you Angah


Saya
senyum lagi, memikirkan pemikiran pelik si cerdik pandai barat yang
suka di cedok oleh cerdik pandai anak watan kita sebulatnya. Bukanlah
tidak boleh mengambil kata-kata barat sebagai ‘pedoman’, namun perlu
ada timbangan waras dalam mencari permata di sebalik serpihan kaca.
Kaca mata barat kadangkala bagi saya jauh berbeza dengan kaca mata
kita, namun ia tetap punya nilai untuk kita timbangkan dengan
meletakkan asas islami dalam menapisnya. Mungkin ada benarnya untuk
kita menerima hakikat diri sebagai yang terlemah, namun hakikatnya
manusia tidak sekali-kali di ciptakan sebagai bodoh. Hakikatnya, kita
bukanlah bodoh, cuma belum bersedia untuk menjadi si bijak. Ya, bukan
bodoh, cuma kurang dan belum masanya kita bijak dalam suatu hal. Dan
saya sekali-kali menolak kata-kata ‘orang-orang bodoh’ kerana seperti
yang saya katakan, tiada manusia yang bodoh,cuma hakikat kehidupan, ada
golongan yang di bawah dan ada yang di atas, dan yang bijak itulah yang
bertanggungjawab membimbing si lemah supaya seiringin menjadi bijak
dalam ‘melayari’ kehidupan dunia. 

 

Ops
sorry, I forgot that i’m not a doctor or a marine engineer as they are
now. So, it’s not a big thing for me neither being the fool among the
intelligence nor the smartest among the dim.

 

Yang
penting, dalam melayari kehidupan walau di manapun bahagian kumpulan
kita di campakkan, perlulah kita menata pemikiran supaya sentiasa
berusaha melakukan peningkatan dalam diri, dalam kelemahan kita mencari
kekuatan, dalam kekuatan kita bina keimanan dan dalam keimanan kita
bina keyakinan bahawa ALLAH swt pasti memberikan pengakhiran yang baik
buat mereka yang sentiasa berusaha dan seterusnya bertawakkal kepada
ALLAH.


Menata fikiran dan menjana minda cemerlang dunia akhirat dengan dua pokok utama:

 

   

(Which perhaps will be discuss further on next or next-next entry, or maybe not, la haulawala quwwata illa billah)

 

#2 Ceritera Dua : Mahar dan perkahwinan

 

Dua
tiga bulan kebelakangan ini saya banyak terlibat secara langsung dengan
majlis perkahwinan sahabat dan adik-beradik saya sendiri. Cemburu itu
datang juga kadangkala.

’Berapa hantaran?’  itu soalan kerap di tanya. Salah satu nya di tanya kepada saya mengenai wang hantaran kakak dan abang saya. ’Kakak kamu mesti over 10 thousand…’
teka sahabat saya. Tentu sekali jika kami sekeluarga terikut-ikut
dengan pemikiran pelik yang di anggap normal bahawa wang hantaran
mengikut tahap pendidikan dan kerjaya. Mengikut rate si pemikir pelik yang sebenarnya kumpulan majoriti sekarang, ’nilai’ angah melebihi 10 ribu. Aduh!.

  

Daripada Aisyah Ra bahawa Rasulullah saw bersabda;

 

’Sesungguhnya sebesar-besar keberkatan dalam sebuah perkahwinan ialah yang sederhana maharnya’

 

Hadith lainnya;

  


’Sebaik-baik muslimah adalah yang rendah maharnya…’

   

’Korang cepat sangat sambung master, aku takut lelaki tak mau ja…’ ujar
sahabat saya. Saya tersenyum. Kalau lelaki tak mahu atas sebab itu,
maka saya akan labelkan mereka sebagai si pemikir pelik juga, namun
saya terima hakikat bahawa kebanyakannya akan berfikir begitu.
 

 

’Erm, mak aku letak min 10k sebab aku degree…so aku kena hold keinginan nak sambung master  sebab mak aku cakap rate dia akan meningkat…hmmm, kamu tak takut ke?’
cerita seorang rakan sekuliah ketika undergrad dahulu. Aduh, parah
juga. Patutlah juga ada lelaki yang takut dan menjadi pemikir pelik.
Kalau saya mengikut pemikiran begitu, sudah tentu sekarang saya tidak
akan langsung menyambung pengajian kecuali setelah bersuami dan mungkin
ketika sudah beranak. Dan jika mak dan ayah saya meletakkan syarat
begitu, sudah tentu sekarang juga saya meletakkan jawatan master saya.


Sungguh
susah jika kita meletakkan mahar dan hantaran mengikut tahap pendidikan
dan kerjaya seseorang, dan tidak begitu adil jika mengukur kejayaan
seseorang melalui tahap pendidikan dan kerjaya seseorang. Saya
memandang suatu kejayaan bukan kepada tahap pembelajaran, tetapi lebih
kepada nilai ilmu dan amal seseorang dalam meraih kejayaan di dunia dan
akhirat. Dan kesungguhan seseorang dalam menyelongkar ilmu ALLAH swt
yang maha luas dan pelbagai yang bukan hanya terdapat di institusi
tertentu sahaja. Namun tidak juga saya nafikan bahawa yang
berpendidikan tinggi itu tahap ilmu nya tinggi dan ucapan tahniah dan
bangga tentu ada buat mereka. Cuma dalam hal ini, adillah dalam
berfikir. Yang meletakkan suatu aras pendidikan formal atau tidak itu
adalah manusia, namun ada sesuatu yang lebih adil akan ALLAH timbangkan
di akhirat kelak dan itulah juga timbangan adil buat kita dalam meniti
sebuah perkahwinan.


Dan
jika tahap pendidikan dikatakan salah satu perkara yang akan kita usung
bersama hingga ke liang lahad berbanding dengan nilai takwa kita kepada
suatu ilmu itu, maka sekarang juga saya katakan paling kurang saya mahu
taraf pendidikan ’bakal suami’ saya adalah Ph.D dan mahar saya tidak
akan kurang dari 10k dan saya lah salah seorang si pemikir pelik itu
dan memasuki golongan majoriti wanita sekarang (selfclaim only, not refering to anyone who are alive or already pass away).
Saya tidak akan kisah lagi tentang amalnya terhadap ilmu dan timbang
tara imannya terhadap sesuatu ilmu. Jika saya berfikiran begitu.
Tsabbit kulu bana ala dinik.

Dalam
melontarkan idea sendiri, saya lebih suka terlebih dahulu melakukan
observation, dan access audit. Jadi saya cuba menimbang idea diluar
kotak, menjadikan diri sebagai objek dan subjeknya; ’meletakkan mahar
tinggi dek kerana kos walimah yang tinggi’.


Melihat
jam berjenama yang mana pemain golf terkemuka yang berpendapatan
beratus juta dolar setahun sebagai model jenama, di jadikan sebagai
hantaran membeliakkan mata saya yang sepet. Mana tidaknya, jam jenama
itu paling murah pun berharga lebih rm500. Menyebut jenamanya dengan
betul sudah cukup susah bagi saya inikan lagi hendak membelinya.
Melihat set minyak wangi juga berjenama antarabangsa untuk sahabiah
saya yang hanya boleh di pakainya untuk sang suami dirumah (mengikut hukum islam) yang
mencecah setengah ribu menggelengkan kepala saya. Melihat khemah jamuan
dan santapan raja sehari yang gilang gemilang dan berambu ramba, set
persandingan yang melampau (kalaupun untuk sesi bersama keluarga dan bukan untuk tontonan umum dan tidak sesuai untuk semua lapisan masyarakat) melirihkan
senyuman saya. Itu belum kira kos juadah untuk tetamu. Jika begini,
saya akan segera menganggukkan kepala kepada mereka yang mengatakan
bahawa kos persediaan perkahwinan itu tinggi. Dan saya berani katakan
inilah yang pelik. Sedangkan ada lagi perkara yang boleh di ’budget’
dan dilaburkan dengan menggunakan wang hantaran (tinggi) yang berbentuk
pelaburan masa depan, tetapi kehendak hati ini juga yang diikuti. Ini
sudah bukan keperluan, tapi kehendak yang pelik.

 

Jika
dikatakan wang hantaran tinggi buat belanja jamuan untuk tetamu, sewa
khemah yang biasa buat keselesaan tetamu untuk berteduh dalam panas
mahupun hujan, jam berjenama sedikit sebagai tanda hari baru istimewa
yang mungkin tidak mencecah rm200 namun cukup bermanfaat dan punya
ketahanan, dan set simple untuk bergambar dan meraikan pengantin dan
ahli keluarga, dan beberapa hantaran yang ’kurang membazir’ dan ala
kadar, manakala selebihnya buat pelaburan di bank buat membeli rumah
atau kenderaan bersama; saya akan katakan ia di haruskan jika ia
sekadar memenuhi keperluan. Keperluan walimah dan masa depan. Apa yang
penting adalah ’mahar’ untuk masa depan, makan berkecukupan dengan rasa
bahagia yang cukup dan mungkin lebih. Ini saya katakan sebagai
pemikiran bijak si cerdik pandai.


Menata
fikiran dan membina minda cemerlang dalam membina ’kesediaan’ dalam
melayari alam rumah tangga tidak lah harus cenderung kepada persoalan
mahar semata, tetapi memikirkan 3 perihal utama:

 

  • Tanggungjawab      dan amanah sebuah perkahwinan
  • Perkahwinan      sebagai pelengkap kepada iman seseorang
  • Perkahwinan
    merupakan salah satu platform dan hadiah ALLAH untuk nikmat dunia dalam
    membina jalan ’bersama’ menuju cinta ILAHI


Attoiyyibu nalittoiyyiba…

******

Wallahua’lam 

27th June 2008, 2:41 am

Ipoh 

 

p/s [nahwanNUR]
: Maaf jika anda merasakan aritkel ini bersifat provokasi atau mungkin
suatu pendekatan reverse psychology. InsyaALLAH akan ada entry sambungan mengikut perancangan saya, mungkin entri seterusnya atau
nanti-nanti atau mungkin tidak. Saya merancang dan ALLAH jua merancang,
dan sesungguhNYA ALLAH lah sebaik-baik perancang dan penentu akhir
segalanya. Mohon doa bersama semoga setiap perancangan dan kerja kita
semua di permudahkan dengan kebaikan yang penuh barakah.

sumber :http://nahwannur.blogspot.com/

Sang Murabbi : Filem Dakwah dan Tarbiyyah

Ribuan langkah kau tapaki

Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan Firman tuhanmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Berhujan badai tak runtuhkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
 

(Sang Murabbi—Izzatul Islam)

 

 

 

Filem
Sang Murabbi merupakan satu lagi karya seni islamik keluaran Indonesia
yang bakal di tayangkan tidak lama lagi. Namun, di Malaysia, saya tidak
tahu bila. Apa yang menarik, filem ini saya lihat (melalui trailernya)
terdapat sedikit kelainan berbanding filem sebelum ini yang
bernuansakan islami. Ia saya lihat sebagai suatu filem pasca tarbiyyah
secara total yang kurang dengan pengaruh liberalism yang jika dilihat
dari filem-filem bercorak islamik yang masih tebal dengan nilai liberal.

 
 

Filem
Sang Murabbi mengisahkan tentang guru pentarbiyah dan pelopor gerakan
dakwah sebuah parti di Indonesia, almarhum Ustaz Rahmat Abdullah.
Keseluruhan ceritanya mengenai keperibadian dan ketokohan almarhum
ustaz yang mana jauh sekali berbeza dengan filem islamik sebelum ini
yang bertunjangkan cinta manusia yang ‘di sandarkan pada ILAHI’ sebagai
paparan.

Keypoint
utama yang saya dapati dari filem ini adalah tentang bertapa akhlak,
keperibadian dan keterampilan seseorang sudah cukup member kesan
mendalam dalam kerja-kerja dakwah. Filem ini dilihat cuba menggariskan
bahawa ‘dakwah bil hal’ merupakan intipati terpenting dalam proses
pentarbiyahan dan pembentukan akidah ummah. Klise cerita ini yang
kurang menyentuh perihal ‘cinta insan’ sudah cukup memberikan gambaran
bahawa hidup ini tidak hanya hadir dengan ‘kisah cinta’, malahan jauh
lebih besar kepada tanggungjawab dakwah da
n tarbiyyah buat diri sendiri dan sesama manusia.

 

Alhamdulillah,
saya lihat filem ini bisa ‘mengejutkan’ muda mudi sekarang dari lena
yang panjang dengan kisah cinta yang mereka cuba corakkan dan member
priority melebihi segalanya. Dan kisah ini memberikan impak yang besar
kepada kesadaran kita bahawa golongan ulama’ itu tidak harus di caci di
hina dig am di sisihkan atau apa sahaja yang dunia lakukan hari ini,
bahkan merekalah golongan yang patut di ingati dan di ikuti kerana
ulama’ itu adalah pewaris nabi. Dan bagi penggiat filem di Malaysia,
ini suatu cabaran kepada ‘mentaliti antum dalam membuat filem yang
bukan hanya berorientasikan keuntungan semata’. Fikirkanlah bahawa
hidup ini bukan sahaja wujud di antara ‘CINTA’ dan ‘SEPI’ tetapi
hadirnya hidup itu di antara perjuangan di medan ‘DAKWAH’ dan
‘TARBIYYAH’. Bangunlah kita semua. Bangun!!

 

 

"Mereka yang keruh nurani, selalu melihat dengan angan-angan panjang. Seakan kematian hanya berlaku
atas orang lain. Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan
jenazah ke liang lahat, melepas kerabat di akhir nafas, atau berbiduk
di lautan dan gelombang yang ganas. Bila tak mempan, takbirkan empat
kali bagi kematian hati nuraninya"
- K.H. Rahmat Abdullah, Beternak Mimpi

Trailer Filem

selebihnya boleh di rujuk di sini

p/s [nahwanNUR]
: Teringat saya kepada cerita ‘lion of the desert’ karya Anthony Quiin
dan cerita Muhammad Utusan Terakhir. Harapnya lahir lagi filem-filem
begini yang bisa meniup semangat juang sebenar mujahid mujahidah islam.
Cuma, masih belum berkesempatan menonton saladin. Entah di mana boleh
di dapati.

sumber : http://nahwannur.blogspot.com

Next Page »